Rasa Viet WAJIB cuba. HALAL dan Bebas MSG

by - November 04, 2020




Hi guys, back to back i update pasal makan travel makan dan travel now back to food and restaurant review again... yezza. Memang terpaksa cari masa yang sesuai kalau nak buat entri kali ni. Sebab apa yang akan i shared adalah yang sangat menarik dan korang kena tahu. yang dah tahu tak apa lah dah memang korang sedia maklum kan, yang tak tahu mai dekat-dekat rajin-rajin lah scroll sampai ke bawah dan baca sampai habis tau entri kali ni. 

Ok entri kali ni, i nak share pasal satu Restaurant yang terletak di The Sphere Bangsar. Yela semua tahu kat sana kebanyakkannya adalah crowd office dan boleh dikata kat sana, kalau nak saja-saja lepak macam tak sesuai. korang salah yer. Sebab kat The Sphere bangsar ni ada satu Restaurant yang menarik dan paling penting design dan warna cat Restaurant pun memang dah lain dari yang lain. bagus betul lah idea ID diorang ni. menggunakan method marketing (eye catching) yang mana, belum cuba lagi menu tapi hati dan mata dah tertarik nak masuk dan cuba menu yang bakal dihidang. Bagusnya lagi adalah Restaurant yang i duk kias ni merupakan port paling sempoi kalau nak berTIKTOK atau berPHOTOGRAM belum lagi melihat hidangan unik mereka. Serious you will love it. 


Ok lah taknak rahsia lagi Restaurant yang i nak share ni dinamakan "RASA VIET" nama pun dan unik. Hah.. "RASA VIET" adalah makanan yang berasal dari Vietnam. Kira Vietnamese taste semua ada kat sini. Hah sekarang kan dah tak boleh travel keluar negara, huhu sedihnya ticket i pun terpaksa burn je sebab memang tak boleh travel sampai hujung tahun dan hingga di beritahu. Sedih kan. kalau tak mesti mesti i dah berposing mau Hoàn Kiếm Lake. tapi takpe lah bukan rezeki kan. Tapi tak apa. "RASA VIET" akan buatkan korang terasa berada di Vietnam. Dengan hidangan yang akan i share nanti. mesti akan buatkan korang tak sabar nak explore.




Vietnamese Mango Salad with prawns, served with delicious prawn crackers- Aiyoooo.... ini tak dapat dielak, semestinya kalau i datang lagi sekali i akan order dan makan seorang takkan share dengan sesiapa yer. Bukan nak compare tapi i have too, sebab Mango salad ni macam kerabu mangga atau kalau di Thai dipanggil SomTam. tapi kan, kalau Somtam Thailang rasa dia tajam. tapi ini tak sama sekali. Rasa dia sangat juicy dan fresh. makan pula dengan keropak aduhh leka. Udang salad mangga masih crunchy dan ia adalah badan yang lite dan rasa yang ringan dan sesuai dengan lidah penggemar makanan kerabu atau salad.


The Fried Rolls with Dry Vermicelli (RM21.60)- Rasa unik dan ini pertama kali i rasa, mula-mula i ingatkan dalam fried rolls tu adalah cendawan butang rupanya tauge, timun, lobak acar & daikon, daun selasih & pudina, bihun beras Vietnam, beberapa kacang tanah. Baguslah makanan vietnam ni sesungguhnya mempunya bahan yang sangat segar dan kalau korang perasan dalam setiap hidangan mesti ada serai dan daun pudina. Ibarat pudina adalah main sayur yang kena ada dalam setiap hidangan mereka. Dan rasa ia sedap dan unik.



Traditional Dripped Coffee with Milk (RM9.90). Ok ini memang kaw. keunikkan rasa kopi adalah sangat berbeza dari kopi kebanyakkan yang i penah minum. Betul!! Korang kena cuba, the way diorang brew kopi depan mata, menanti setiap titisan kopi yang terhasil membuahkan aroma yang unik. Bukan kopi biasa kerana bau wangi n sweet seakan gula nira. Korang wajib cuba. bagi i ia sangat unik. 


Sizzling Pancake RM23.90. 


Lihat sahaja cara pernyediaan, Thanks Racheal sudi rolls kan untuk kami. Sumpah ini sangat sedap, Ini macam popia gulung tapi apa yang unik disini inti dalaman yang digunakan. pancake tu macam lempeng lah, tapi kata Racheal kat luar pun ada jual, tapi takkan sama dengan yang ada di Rasa Viet. Sebab the pancake tu garing dan inti dalam dia siap ada daun kesum,dengan pudina, ehh lain yer. Salad segar pahtu sedap yer cicah ngan sos ikan. Aduh tengah karang ni tiba pula kecur air liur. Sedapnya...


Ok get ready nganga luas luas.. Bismillah.... aummmm nomnomnom... 


Sebelum selamat didalam perut. Tidakkah ia sangat sexy... Oh my Pancake!!!


Makanan Vietnam tidak pernah lengkap tanpa mencuba Pho, yang merupakan makanan jalanan yang popular di Vietnam yang dibuat secara tradisional dengan kaldu, mi nasi, herba, dan daging atau kadang kadang ayam. Kira kalau nak tahu Pho ni apa, ia adalah noodle beef soup. OMG cara macam dia adalah sangat unik. Bila water dah hidang tu, jangan terburu kacau nak terus makan yer. Mula-mula ceduk kuah dan hirup (hirupan pertama, kedua nyamannnnn bethol).. ok selepas tu baru lah masukkan rencah lain seperti sayur,sos, jus limau, dan ada sos 3 beradik tu adalah sos yang dibuat sendiri yer. Hah korang tau tak soup dia adalah rasa segar yang korang takkan pernah jumpa. Aduh camna nak describe yer. yang i dapat tahusoup daging dimasak direneh direbus selama 10 jam dan paling penting kesemua masakan serta hidangan dari Rasa Viet adalah TANPA MSG. 


Nampak tak kesedapan sup ni. Oh my Beef soup.



Tak percaya korang kena lah rasa selepas 30 minit nantikan sama ada korang akan terus minum air atau tidak. Atau akan hirup kuah soup hingga licin seperti apa yang i buat.



Omooo... ini lagi lah habislah diet i, oiii kenapa sedap sangat adik manis. Ini memang pure dan sangat lagi pure caramel puding yang berlemak, lunak padu diganding dengan sirap gula merah aduhhh.. lepas makan boleh baring yer. Sedapnya oiiii... 


Ini pun Dessert unik, biasa kita makan pisang goreng dengan ais krim, hah kalini, Nangka goreng dengan ais cream. Sedap wei.. to be honest i tak makan nangka, tapi sebab pertama nangka ni digoreng dan digandingkan pula dengan ais krim kelapa, nyaman betul tekak ni.





Ok ini pun sedap OMG tolong kenapa,kenapa sedap sangat, sos dia unik sebab rasa macam kacang tumbuk dan biasalah rolls dia dalamnya ada prawn, bihun,salad, Korang kalau suka masakan atau menu yang ringkas tapi mengeyangkan korang kena cuba makan di Rasa Viet ni. Yang pasti Rasa Viet menyajikan hidangan yang sangat sihat dan tentunya HALAL.

I would recommended this Restaurant 200% to ALL people kalau korang masih dan sedang mencari citara Vietnam yang asli lagi menyihatkan di Rasa Viet la tempat yang sesuai dan korag kena kunjung.

Makan kalau sorang-sorang tak best paling best bila angkut semua kawan-kawan kesayangan menikmati makanan best ni. Nak nak di musim kemerdekaan cuti panjang PKP last time kami tak dapat berjumpa dan inilah masanya nak meluahkan rasa kebebasan nak-nak kena pula time merdeka. memang merdeka lah semua.




So kalau korang nak tahu detail lokasi dan menu boleh ke official page :

Website : https://www.rasaviet.com/

Facebook: @RasaViet


Detail lain:





Unit No. G-3A, Level Ground, The Sphere, No.1 Avenue 1, Bangsar South City, No.8 Jalan Kerinchi 59200 Kuala Lumpur.



You May Also Like

0 Comments

Powered by Blogger.