14 July 2018

Movie Review : Ant-Man and The WASP

July 14, 2018 0
Assalamualaikum, semalam anak bujang tuntung nak tengok Movie Ant-Man and The Wasp. So kalau dah di ulang berulangkali, haruslah mommy tunaikan, dah besar dia. Dah tahu meminta-minta. Risau lak minta yang bukan-bukan nanti. Memandangkan cuaca di KL sangat panas, so mommy dicided taknak keluar waktu siang (bajet putri lilin). So siang hari mommy habiskan masa buat paper work dan assignment yang sudah nak hampir due. Nampak buat keje last minute lagi. Hahah..


So lepas magrib kami klua dinner dulu kat port kegemaran dan terus shoot ke Wangsa Walk. Alhamdulillah walau ticket banyak sold out, tapi mommy berjaya dapat tempat stratergik untuk layan Movie ni. Si kecik lagi excited lah, Gigih sgt nak tengok Superhero. Nah! mommy bagi satu kali layan. 

Tau tak masa dah siap beli tiket, selamba ayam je dia cakap pada mommy, azriel rasa taknak tengok superhero lah, adik nak tengok Zombi (WTHacksss) Azriel jangan main main boleh?!. Dahlah mommy senget benget bawa semua barang kamu ni. Tiba tiba kamu tak nak layan Movie Ant-Man. #mommy sentap. Tapi finally dia pujuk cakap hanya gurau. Naseb baik, kalau tak mommy trus balik umah, no Ant-Man forever.


Sementara tunggu dinner







Nampak tak excitednya anak bila, apa yang dia nak telah tertunai. Movie date gittew.

Review : Scoot Lang ni, masih dalam kurantin disebabkan keslahan lalu menyertai kumpulan Marvel (Superhero) menentang kejahatan, Bagi membersihkan rekod beliau, beliau perlu melalui tempoh kurantin di rumah selama 2 tahun. Namun Hope dan Dr Hank telah menemui ciptaan baru menghasilkan laluan Quantum yang mana mereka yakin akan mampu membawa Isteri dana Ibu mereka kembali ke bumi (alam nyata) Dengan tidak sengaja Scoot sekali lagi terlibat dengan mereka, setelah mendapat satu mimpi mngenai ibu Hope (janet) seakan akan memberi message yang dia masih hidup dan masih boleh ditemui melalui lorong Quantum itu. Kat situlah banyak konflik terjadi antaranya kehadiran gadis hantu, yang mana die mengalami serangan radiasi waktu kecil dulu menyebakan kan beliau sejenis makluk yang ghaib dan sukar di tembusi. Tapi tak lama setelah Janet ibu kepada Hope ditemui oleh Mr Hank. Beliau berjaya dipulihkan. Pada aku Ant-Man and the Wasp is an intelligent, funny, fast-paced Marvel movie, ideal for kids la, sebab ia sebahagian hiburan dengan kehadiran little peanut and kepada Scoot Lang dan juga semut api gergasi. Pada aku cerita ini amat telus dan staright forward. So parents lain boleh lah bawa anak anak tengok movie ni, mesti diorang suka lagipun Filem ini dibawah kumpulan P13 (di dalam kawalan oraang dewasa atau ibubapa). 

Aku bagi 7.5 instead of 10 sebab ending dia macam tergantung. .. Apa yang tergantung korang kenalah layan ok. 








Dah habis, so kami balik dulu bye...

5 July 2018

Raya 2018 Pahang vs Gemas

July 05, 2018 0
Assalamualaikum, lama gila tak da post any topik dan update cerita kat sini. Maaf yer semua, bukan dah lupa password atau pun malas nak menaip. tapi kangkangan masa yang melampau, menjadikan aku seorang yang sangat busy. kalah menteri kot. Hihi gurau je. Ok apa nak di ceritakan dulu ek?. Meh lah kita citer pasal raya nak?! Hah?! yang taknak duk tepi terus boleh left page ok. Tak paksa baca..haha..

Ok raya tahun ni, alhamdulillah terima kasih Allah diberikan lagi pinjaman nyawa untuk terus bernafas di atas muka bumi ni. Syukur. Dan raya tahun ini tema pilihan semestinya "BLUE BLACK". nah! sekali terjebak tengok Fatah Amin dan Fazura pakai kaler ni. OMG terus terjebak. Memang cantik..yeah obviously aku sangat tak suka warna gelap, tak tahulah, tahun ni banyak sangat yang aku tak suka dulu sekarang mula suka. Terutama warna gelap dan warna hijau. memang aku tak suka tahap anti. Tapi tula makin ke arah ketuaan ni, Warna gelap mula mendapat tempat dihati.

Raya tahun ni, Azriel beraya bersama daddynya ke Gemas, awal zarul jemput. tapi takpe lah sebab nak meluangkan masa dengan anak dia, during eid kan. Aku? Raya kat KL jela. Tapi aku ok je dah biasa. Camni lah orang takda kampung kan. So Sepanjang cuti raya, hari-hari aku akan berhubung dengan Azriel melalui Video Call. Azriel pun dah macam security , check aje mommy kemana, dengan siapa buat ape. Dari situlah aku mula sedar dia dah besar dan bijak bertutur untuk any kind of questions yang dia nak tanyakan.

Zarul pun bagus, rajin share gambar dan update keadaan anak. Alhamdulillah semua berjalan lancar. The best part is, Mak Zarul bekalkan aku rendang Mamang. memang terbaik bohh!! sedap weii, tak jumpa lagi orang boleh masak macam mak dia masak, memang awesome tahap emosi. 



Rendang Mamang ayam kg Vs Ketupat Palas Teacher Maria.. Sedap weiiii.. makan ketupat yang terakhir siap buat ucapan kott.



Sepanjang raya juga, aku berpeluang beraya sakan ke pahang, kmpung ex office mate bersama ex boss aku. Memang best jangan cakap sebab kami jumpa ketupat palas weii. Sedap ya Amat memang kalau setiap kali raya memang aimed ketupat tu je semata. Memang ada orang jual, tapi nak jumpa yang pandai buat tu memang susah

Cerita banyak takda lah sangat semua pasal raya sama je macam tahun-tahun lepas, yang kelainannya adalah tahun ni aku tak memasak sebarang juadah raya ataupun biskut raya. Sebab banyak kerja, penat ditambah pula Azriel tak beraya sama tahun ni. Mommy mogok! hahahah.. kidding.

So meh lah kita layan gambar sepanjang musim perayaan kami yang tak seberapa nak lengkap ni. Tapi kasih sayang tu sampai.

Meh lah layan OOTD kami...








kenapa lah dia membesar sepantas ni.. huhu.. nak dodoi nak gomol bukan bagi dah..ishhhh... gerammm



5 June 2018

21st Century Chewable Vitamin C-1000 Review

June 05, 2018 28
Assalamualaikum,

Kali ni. Aku nak buat review tentang  Chewable Vitamin C-1000  dari keluaran 21st Century. Seperti yang sedia tahu dan maklum 21st Century ni ada keluarkan pelbagai jenis supplement perubatan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Untuk semua golongan termasuklah kanak-kanak. Sebelum ni aku takdalah familiar sangat dengan produk ni. Tapi sebab nak try produk vitamin C, Dengan cara paling senang dan selamat, juga produk di recognized oleh jabatan kesihatan. Yela untuk seorang ibu yang berkejaya dan punyai 2 character berbeza dirumah juga diluar. Inilah cara terbaik untuk menambahbaikkan kesihatan luar dan dalam. Korang pun tahu, even Azriel dah berusia 1 tahun 9bulan tapi dia masih breastfeed, disebabkan itu juga, kulit aku akan cepat kering dan merekah. Kalsium dalam badan pun dah berkurangan, sebab segala zat dalam badan di transmit to anak teruna ni. Yang dapat cantik berseri selepas tu dia juga. Untungnya jadi baby. Minum susu mommy terus jadi cantik. Ahak~~~

So tergerak hati nak cuba Vitamin C-1000 dari 21st century ni. Alhamdulillah, pertama sekali sedap sangat. Sebab ia berperisa oren. Kesan terhadap badan juga yang aku boleh Nampak, kulit jadi lebih lembab. Luka cepat kering. Nampak lah kulit lebih glowing. Sebab didalamnya terkandung extract buah oren. (yela kalau nak kupas buah oren sampai 50 biji, memang taklah untuk sekali hadap). Tapi berbeza dengan kapsul Vitamin C-1000 21st Century ni. Pengambilan sebiji sehari selepas makan pun dah cukup untuk menampung jumlah Vitamin C yang diperlukan oleh badan kita.

Harga tak mahal RM29.90 je. Boleh didapati di farmasi Watsons dan Guardians berhampiran. Okla harga tu kira mampu milik kot. Sebelum ni ada je aku cuba produk vitamin C brand lain. Result pun sama bagus. Tapi harga tu yang tak berapa nak bagus. Huhu setiap bulan dah kena set allocation untuk supplements badan. Bukannya murah kebanyakkannya. Dan sebab tula aku bertukar kepada ini. Tahan untuk 60 hari lagi. Mampu?? Hah.. Sama je kesannya. Ada yang tanya aku makan apa untuk kulit muka dan badan sebab nampak elok dan sekata. Selain menjaga pemakanan (kadang makan hentam gak). Inilah salah satu vitamin yang aku amalkan. Dan semestinya jangan lupa minum 8gelas air putih setiap hari ok. Lebih lagi bagus.


KEPENTINGAN VITAMIN C UNTUK ANDA

  • KULIT DAN KULIT MUKA - Fungsi Vitamin C yang terkenal adalah rumusan kolagen iaitu bahan protein yang mengikat sel-sel. Ia penting bagi pembaikan semula dan pertumbuhan tisu, sel, gusi, pembuluh darah, tulang dan gigi.Vitamin C mempercepatkan pemulihan luka, melecur dan gusi berdarah. Penyembuhan selepas pembedahan adalah lebih cepat dengan pengambilan Vitamin C yang tinggi.
  • ANTIOKSIDAN - Vitamin C merupakan antioksidan yang menolong mengeluarkan toksin dalam darah dan mempunyai kesan anti penuaan. Ia amat berguna bagi menentang jangkitan, menghalang serangan virus dan bakteria, mengurangkan kesan alergi. Bagi perokok Vitamin C menghapuskan keracunan nikotin.
  • TINDAKAN KARDIOVASKULAR - Vitamin C mengurangkan pembekuan darah dan menolong menurunkan kolesterol dalam darah. Ia juga menolong menyerap zat besi dan meningkatkan hemoglobin dalam darah.



VITAMIN C BERFAEDAH UNTUK

  • * Memperbaiki kesihatan kulit muka.
  • * Ekzema, dermatitis, masalah kulit.
  • * Batuk, demam selsema, jangkitan.
  • * Warga tua.
  • * Mereka yang mengambil antibiotik dan menjalani perubatan.
  • * Wanita yang mengambil pil perancang.
  • * Perokok dan mereka yang mengambil alkohol.
  • * Pesakit kencing manis.


Peringatan tambahan : sebelum membeli sebarang produk, perkara yang wajib diambil kira adalah sticker hologram yang menunjukkan produk itu adalah original dan ada kelulusan dari kemeterian kesihatan. Tarikh manufacture jugak tarikh luput dan kandungan serta cara ambilan ok. Jangan sebab nak cepat cantik korang men hentam je. yang dapat mudarat korang juga nanti. So berhati-hati dan berlaku bijak bila membeli yer.

 Bagi mereka yang malas nak berjalan, boleh juga didapati secara online dilaman website rasmi HEALTH SUPPLIMENTS  klik je kat link tu. siap Free Delivery untuk pembelian lebih RM50. jemput singgah macam-macam produk ada dalam tu. 

REVIEW : NIVEA FACIAL CLEANSING WIPES

June 05, 2018 4

Tahu tak sebersih mana tahap keneraihan make up korang?. Yela sekarang dah jadi kebiasaan anak muda remaja akan bersolek penuh untuk keluar hanya berjumpa kawan. Tahukah korang, masa nilah tengah zaman nak up, hormon sedang giat membiak, nak pula pada kulit lembut gebu untuk gologan remaja. Mula lah jerawat dan bintik -bintik keluar pada muka. Ini juga boleh dikatakan oleh punca cara penjagaan kulit itu sendiri.

Yela semua nak cantik je, sampai lupa cara untuk menjaga keberaihan terutama sekali bila waktu membersihkan wajah selepas, bermakeup tebal. Masalah tau jika korang tidak membersihkan make up korang dengan betul. Ia akan mengundang cela yang bakal tiba pada permukaan kulit. Lagi-lagi golongan kulit berminyak yang melampau. Lepas tu korang gigih lah tutup cela muka dengan foundation atau tepek bedak yang tebal. Hakikatnya korang yang sebenar, korang tak betul betul bersihkan make up pada wajah korang. 

Masalah juga, nak cantik tapi taknak jaga kebersihan. Betul nak kulit sihat dan cantik kena minum banyak air. Tapi yang paling penting lagi cara penjagaan kebersihan muka korang. Bila betul betul bersih takkan ada lagi jerawat, masalah kulit kering atau berminyak terlampau. 

Macam mana sekali pun perlu ada cara sampingan lain dalam kaedah pembersihan solekkan pada wajah. Selain dari pencici wajah yang diamalkan setiap orang. Yela Malaysia kan beriklim lembab, panas berbahang. Bayangkan jela kulit muka dengan alat solekan sehariannpada wajah, lepas tu dah bersihkan pun masih ada sisa solekan. Leceh kan?

Jadi sebab tula, aku dengan gembiranya nak share satu produk yang aku sendiri guna dan memang sangatlah convinient untuk semua yang suka bersolek diluar sana. Taadaaaa perkenalkan “NIVEA FACIAL CLEANSING WIPES” dari NIVEA. Keberkesananya ternyata memuaskan dan korang aku suka.

Lapisan dan permukaan cleansing wipes sangat lembut dan menjadikan kesan lembab pada kulit selepas penggunaan. Yang bagusnya kesan solekan tanggal dengan sekali sapuan, power tak?!. hebat. Make up tanggal sepenuhnya. Jadi tak adalah kesan lebam bawah mata disebabkan cuci mascara dan celak mata menggunakan kajal bold.

Pada aku, recomended sangat-sangat product ni sebab banyak kebaikkan dan kandungan didalamnya seperti ;

Aqua, Isopropyl Stearate, Glycerin, Dimethicone, Methylpropanediol, Panthenol, Lanolin Alcohol (Eucerit®), Prunus Amygdalus Dulcis Oil, Polyglyceryl-3 Methylglucose Distearate, Sodium Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, 1,2-Hexanediol, Phenoxyethanol, Methylparaben, Limonene, Linalool, Geraniol, Citronellol, Benzyl Alcohol, Alpha-Isomethyl Ionone, Butylphenyl Methylpropional, Citral, Parfum

jadi kandungan ini lah yang akan membantu memberikan kelembapan kulit serta memulihkan kulit wajah supaya sentiasa sihat dan cantik.

Rate aku nak bagi 10/10 (RECOMMENDED)

30 May 2018

11street Introduces A French Mobile Phone On Its Platform

May 30, 2018 0
KUALA LUMPUR, 30 May 2018 – One of Malaysia’s largest online marketplaces, 11street has partnered up with Wiko,  a French mobile company that was founded in the South of France in 2011, to offer Malaysians a value for money mobile phone with the newly launched Wiko View2 Pro.

Starting from today, 30 May 2018 until 11 June 2018, 11street will be the only marketplace to offer its customers the exclusive opportunity to pre-order the Wiko View2 Pro on 11street’s platform. Customers who purchase the pre-order of Wiko View2 Pro via the platform will also receive a gift box worth RM318.


11street’s partnership with Wiko signals a greater drive to be a one-stop online marketplace that allows consumers to get all their needs including the latest gadgets available. As the trend of consumers purchasing their technology needs and wants online are more evident, this partnership will provide 11street customers with a further variety of choices.

In conjunction with 11street’s Syioknya Raya campaign, this is one of the many partnerships that 11street will be embarking on this year, as it continues to focus on being one of the leading online marketplaces that provide affordability and convenience with more than 13 million products listed on its platform.

General Manager - Merchandising Division of 11street, Henry Ho, said: “We are always excited with new partnerships, especially with a brand that shares the same values with us - to provide our customers with the best experience 11street has to offer by getting closer to the people that believe in us. This partnership with Wiko will strongly add to the 11street line up of product offerings, as our consumers will now have a greater variety of mobile phones to choose from that will fit the needs and specifications that each individual consumer is looking for.”

With Malaysia’s mobile cellular penetration and smartphone penetration reaching 131.8% and 70% accordingly in the third quarter of last year (3Q,2017), 11street and Wiko’s partnership will enable more Malaysians to afford smartphones that fit their budget while still satisfying their needs.  

Wiko is a mobile company that focuses on achieving the right balance between technology, design, quality and pricing. Wiko plans to make its products accessible to the mass market, which is why Wiko has partnered 11street as they explore the e-commerce industry.

Neo Lau, Wiko Malaysia Business Development Director, said: “We at Wiko has always placed the user at the heart of our brand, democratizing on-trend technology and making the high-quality mobile experience accessible to everyone. This partnership with 11street goes along with our vision as this will help enhance the brands' awareness as well as accessibility of Wiko  for everyone, but most importantly, Wiko will continue to offer on-trend technology with a quality experience at amazing price points for everyone in Malaysia.

Furthermore, in a technology-driven era, it only makes sense for us to partner up with one of the leading online marketplaces in Malaysia to provide Malaysians access to purchase Wiko smartphones, the second largest brand in France. Hence, this partnership is the perfect opportunity to offer Malaysians the chance to pre-order the new Wiko View2 Pro that comes with Full Screen (19:9) design, Dual Rear camera that captures images in detail, Face unlock for instant access, video stabilisation, wide angle 120° shots for panoramic pictures, Contextual top area use and in-app top notifications, and many more.”

The Wiko View2 Pro available for pre-order from 30 May till 11 June 2018. Malaysian customers will be glad to know that the phone will be priced at RM999 and for those who pre-order on 11street, will also receive a gift box worth RM318, which contains a WiShake (Wiko headphone), a 15000mAh power bank and an OTG pen drive.

Log in to www.11street.my today to pre-order your own Wiko View2 Pro today. Customers can also find the full list of Wiko products here: http://www.11street.my/store/wiko

# # #


About 11street (www.11street.my)
11street is a trustworthy and convenient online marketplace that offers a great variety of products at competitive prices. It strives to revolutionise today’s consumers’ online shopping experience by making it more personalised and engaging. 11street has a diverse selection of product categories which are tagged on Fashion, Electronics, Groceries, Health & Beauty, Kids & Baby, Leisure & Sports, Home & Living, and Books & Services including deal offerings like E-vouchers. 11street is also an optimised marketplace where its merchandising ecosystem, education and training programs can fully support sellers regardless of the size of their businesses. Established in Korea since 2008, 11street is now one of the top global e-commerce marketplace providers with 400,000 sellers serving over 30 million consumers worldwide. For more information, please visit http://www.11street.my.

About Wiko
Wiko, the French mobile company, was founded in 2011 in Marseille in the South of France. Today, it operates in over 40 countries around the world. Wiko is currently the second best-selling smartphone brand in France1 and is also in the TOP 4 in Western Europe2. Propelled by its success in the European market, the company has a growing international presence in Asia, Africa and the Middle East. Wiko is a member of French Tech, a government agency promoting digital innovation and creation.

24 May 2018

Bio Oil Malaysia Mother's Day Campaign #sheisremarkable

May 24, 2018 1


Bio-Oil Malaysia meraikan hari ibu pada Mei dengan kempen bertajuk #sheisremarkable. Kempen Bio-Oil, sepanjang 2018, #iamremarkable meraikan pencapaian dalam kehidupan seorang wanita, terutamanya peristiwa paling bermakna seperti mempunyai bayi dan mempunyai pengalaman menjadi seorang ibu yang mengeratkan hubungan dengan ibu sendiri. 



Sambutan telah dimulakan dengan sebuah video yang bertajuk cinta luar biasa yang mempamerkan hubungan unik antara Yasmin Hani dan ibunya. Ia berkisar tentang pengalamannya yang baru melahirkan anak. Dia mengimbau kembali kenangan ketika dia hamil  dan hubungan erat dia dengan ibunya sendiri.



Kempen ini diikuti dengan peraduan Facebook dan peminat Bio-Oil boleh menghantar gambar dengan ibu mereka. Sebelas pasang produk Bio-Oil  menanti anda bersempena dengan ulang tahun ke 11 Bio-Oil di Malaysia.

Peraduan ini diadakan sehingga hujung Jun dan dengan pembelian Bio-Oil 60ml, anda berpeluang untuk memenangi sesi fotografi dan makeover di studio istimewa untuk anda dan orang tersayang. Perjalanan kami sentiasa berubah dan Bio-Oil menggalakkan semua orang di luar sana, tanpa mengira peringkat dan di mana mereka berada untuk merasai kenangan ini.


#sheisremarkable bukanlah semata-mata meraikan diri sendiri sebagai seorang wanita, tetapi untuk menyerlahkan sokongan yang diterima daripada hubungan bermakna dengan orang lain. Bio-Oil bukan sahaja boleh membantu seorang wanita mencari dan merasai dia yang terbaik tetapi ia menguatkan kegembiraan kerana dapat berkongsi dengan orang lain.

"Kasih sayang ibu ialah cinta sejati – dalam bentuk yang paling tulen cinta yang ada. Dia ialah pelindung diri dan sentiasa mahukan yang terbaik untuk anaknya. Sebaliknya, cinta seorang anak perempuan terhadap ibunya tidak dapat diganti. Walaupun pertalian itu boleh menjadi kompleks dan penuh dengan masalah, pada akhirnya nanti tiada cinta lain seperti kasih-sayang antara seorang ibu dan anak perempuan. Kehamilan dan melahirkan membantu membina hubungan antara seorang anak perempuannya sehinggalah anaknya dewasa dan merasai pula apa yang ibunya lalui.  Bio-Oil merupakan minyak yang sesuai untuk merawat dan memeterai pertalian itu kerana ia   boleh digunakan untuk mencegah dan merawat stretch marks dan garis-garis penuaan," Pengurus Unit perniagaan Malaysia Bio-Oil, Cik Low Hooi Wan. ''Ia  benar-benar suatu produk yang boleh diwarisi dari generasi ke generasi."


Bio-Oil Malaysia Mother's Day 2018 - Remarkable Love 

Mengenai kempen Bio-Oil #iamremarkable
#iamremarkable meraikan perjalanan seseorang menuju pencapaian yang paling besar dan paling bermakna dalam kehidupan sambil membantu menjaga kulit bebas daripada tanda cela. Kempen #iamremarkable akan menampilkan pelbagai tema dan personaliti wanita dari pelbagai industri.

Mengenai Bio-Oil
Bio-Oil ialah produk pakar penjagaan kulit yang sangat digemari kerana keberkesanannya untuk membantu memperbaiki pelbagai masalah kulit, seperti parut, tanda regangan dan tona kulit yang tidak sekata. Rumusannya yang unik mengandungi PurCellin Oil ™ yang berfungsi secara sinergi dengan gabungan mujarab vitamin A & E dan minyak tumbuhan semula jadi - lavender, kalendula, rosemary dan kamomil untuk menjana semula dan menyuburkan kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak. Selain daripada memperbaiki parut-parut lama dan semasa pada kulit, Bio-Oil juga boleh digunakan sebagai langkah pencegahan untuk membantu mengurangkan kesan regangan terbentuk. Di samping itu, produk yang sangat popular ini juga digunakan untuk melicinkan dan menegangkan kulit dan kedutan di muka dan badan. Bio-Oil juga boleh digunakan untuk membantu menambahkan minyak kulit yang terhakis akibat kesan penyaman udara dan mandian kerap. 

Sebanyak 223 anugerah yang diterima oleh Bio-Oil dan kedudukan No.1 di 24 negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia, merupakan bukti keberkesanan produk ini.  

20 May 2018

Buffet Ramadhan paling santai di 9 Kedondong.

May 20, 2018 2


Semalam Ahad merupakan puasa hari ke empat. Terasa nak makan sedap plak tekak ni. So aku dan Bff aku Shah decided to makan kat 9 Kedondong yang bertempat berhampiran Tasik Ampang Hilir.


Itupun selepas kami dapat tahu dekat sini ada kambing bakar. Hah Si Shah ni, purpose nak berbuka kat sini sebab ada kambing bakar, walaupun aku bukan pengemar daging, tapi mengenangkan kawan aku ni. Ikutkan sahaja selera dia. Lagipun Shah ada kelas pada hari minggu, so kebetulan juga Azriel during weekend memang akan balik ke rumah daddy dia. Jadi mommy sesorang takda gang, jin lah si Shah ni berbuka.

Wah.. Pertama kali sampai, terasa macam pergi kenduri khawen, sebab the whole decoration dia sangat cantik dan cosy, tau jela si Shah ni asyik duk tanya aku, kenduri sape kita attend ni. Yang best lagi depan stage siap ada deco suasana raya di kampung. Cantik sangat.

Ok kembali kepada cerita makanan kat sini, the dishes totally awesome. Semua sedap.. dari masakan dan makanan berat sampai lah ke dessert dia. event air minuman pun cukup sifat dan rasanya. Memang tak menyesal. Lauk masak lemak, udang sambal dan yang lain memang membuatkan si Shah makan tak tengok kiri kanan (selera ko bang) yela orang puasa. Memandangkan Shah ni cerewet gak bab makanan. Tapi alhamdulillah hidangan yang disediakan di 9 Kedondong tidak mengecewakan. Katanya nak repeat lagi. Nak bawak gang kelas makan-makan kat sini lagi. Mesti teringatkan sambal udang dan kambing bakar tu. Senang cerita untuk makluman semua, hidangan di 9 Kedondong ni adalah 100 % masakan lauk melayu dan siap ada kambing bakar. Hah jangan tak tahu keli sambal, siput sedut, masak lemak cili api, fuhh tak berani nak mention semua takut terbatalkan puasa korang. 

Yang bagusnya kat sini, ada menyediakan surau untuk pengunjung yang datang berbuka kat sini. Jadi boleh lah lepas berbuka pengunjung boleh ke ruang solat untuk tunaikan solat magrib di samping itu juga pengunjung boleh juga terawih di sini. lagi pun 9 Kedondong ada menyediakan telekung untuk jemaah wanita, jadi sangat convinient untuk keluarga yang datang bersama family yang ramai. di 9 Kedondong juga sangat friendly stroller, so sesiapa yang ada naka kecil tak perlu risau sebab sini tak ada tangga atau lift bertingkat untuk di terjah. Kalau nak bawa mak ayah yang kurang sihat untuk berjalan jauh, sini lah tempatnya, mereka mesti suka, sebab tak penat nak berjalan atau memanjat tangga. Bab anak-anak pula , jangan di risau, memang sangat-sangat mesra alam tempat ni, sebab kawasan terlindung dan anak anak selamat untuk berlari berkeliaran. Rasa macam ala-ala kat rumah mak teh, kenduri dalam pagar rumah. So tak risau anak hilang ke ape. 

Jadi masing-masing siap dengan roles masing-masing, boleh makan, boleh chitchat aka membawang (hihi) boleh solat dan sambung lagi makan sepuas hati. 

Cerita panjang tak guna, meh kita sama-sama menghayati dan nikmati juadah dari 9 kedongong yang bertemakan " Selera Warisan Desa" memang memukau mata dan anak tekak bila ditatap.



























Korang kuat tak?? kuat tak? aku tak kuat.. huhu teringat kat castard caramel dan pulut mangga semalam, uiiii sedapp uiii.. Takpa kata Shah dia nak repeat, mau aku join skali lagi ni. Sebab ape? sebab harga terlalu berbaloi dengan jumlah hidangan yang disediakan. Parking senang, makan sedap, tempat yang sangat convinient dan tak crouded 

Ok lepas makan makanan ringan boleh lah nak solat ke nak bergambar kenangan ke kat stage yang disediakan. Best kan?. So nak tahu harga tak? mestilah kan.. boleh refer di bawah.




Harga Ramadhan Buffet is RM55.00 nett Dewasa, RM28.00 nett kanak-kanak berusia 7-12 tahun. Senior Citizen 60 tahun keatas is RM28.00 as well. Buffet Ramadhan akan bermula dari 18 Mei sehingga 10 Jun 2018 so boleh plan dari sekarang. Untuk book boleh Call/WhatsApp 017-2250705 (Haziq) OR 018-7669065 (Rabia)
Nak lagi detail untuk ukuran anak-anak, yela nak budget juga kan kalau ramai sedara mara yang nak bawa anak kecil. dan lagi bagusnya adalah book untuk 10 orang percuma 1 tak perlu bayar. gittew.

0-6     : foc
7-12   : RM28
13-59 : RM55
60-99 : RM28

Alamat untuk senang nak ke lokasi:





Contact Person : 016 – 886 8311 (Miss Rabia) or 017 – 2250705 (Mr Haziq)
Waze : 9Kedondong
Alamat : 9 Jalan Kedondong of Jalan Ampang
55000 Kuala Lumpur

kawan-kawan yang turut serta.


Bff aku (tengah mencari jodoh ni, single and available) skali promote dia da.. minat? DM tepi ek.. Kahkahkah



Ok kak su ni dari mula jumpa sampai sekarang OMG cantik je orangnya, lembut, manis bila senyum tang taring tu.. btw thanks kak masih tak lupa Comel.



Ok ini anak kak Moon, Sutan Zulkarnain. % bulan, single and available (hihi) cuma auntie tak paham kenapa awak taksub sangat dengan auntie anak oii,, adakah disebabkan gigi auntie yang berpagar besi tu?!! cepat lah gigi rata, xsanggup dah nak senyum alah-alah robotcop ni.


Ok sebelum menutup tirai, bagi yang merancang untuk datang ke sini, boleh lah GUNA PROMO CODE surayax9kedondong DAPAT off 10% from total bill

Total Pageviews