Bawa Azriel tengok iKON & WINNER CONCERT

by - October 23, 2018

Last 2 weeks ago, pertama kali bawa Azriel tengok konsert. nak tengok juga penerimaan dia terhadap medium sosial yang menjadi trending remaja masa kini. Yela memandangkan dapat tiket free sapa taknak kan? dahtu tiket tu pula Aku dpat betul-betul depan stage. hah?!! gamak nak tolak, memang taklah. kalau nak beli tiket berharga RM800. Wow!! tak mau lepaskan peluang.



Harus lah bawa boyfriend kesayangan. Memang tak sangka dapat tiket ni. 
Dua group Kpop yang menjadi kegilaan remaja masa kini, iaitu iKON dan Winner. (yer Aku bukan lagi remaja) tapi jiwa tu masih tetap dengan Kpop. hahaha.. Azriel juga yang paling memahami. Pada those yang nak ikut, maaf bukan taknak bawa tapi tiket hanya dapat dua. Satu untuk mommy satu untuk Azriel.

Tak kenal siapa iKON group ni. Nah! aku kongsi kan gambar 


Hah melting, ramaikan ahli diorang. Semua ada 7 orang yang paling menjadi kegilaan pada mata aku adalah si Bobby dan Ju-ne. setiap kali diorang mula buka mulut mesti peminat akan menjerit histeria. Lagu diorang yang menjadi hafalan di bibir anak remaja ni adalah "Love Scenario" . Korang tak pernah tengok kena layan lah. Memang best untuk di dengar.

untuk next group adalah Winner. Meh aku share lagi gambar untuk yang tak tahu


WINNER ( kini terdiri daripada 4 ahli: Yoon (Seungyoon), Jinu (Jinwoo), Hoony (Seunghoon) dan Mino. Taehyun meninggalkan kumpulan itu pada 26 Nov 2016. Dan yang paling menjadi kegilaan di dalam group ini adalah Mino. Sebab aku skali memang minat dan adore dia. Huhu tak boleh tahan sebab dia sangat comel. Alahai.. (mak-mak bercakap sebab nanti nak Azriel comel macam ni) hahahah. Lagu popular diaorang adalah Everyday. Aku tengok lah group ni kalau buat video klip mesti ada ramai perempuan seksi. Fuhh berdarah hidung kalau lelaki lain tengok. Masa peform kat Melawati Shah Alam pun diaorang bawak dancer diorang sendiri. Body dancer dia omaigaddd tak mampu lawan. cantik macam patung. Yang diorang pun kulit, masyaAllah licin macam lilin. makan ape lah mekema ni kan?

So jom kita share gambar sepanjang hari kejadian pula..









 
Pengalaman

Sebenarnya tak sangka yang Azriel sangat enjoy dengan aktiviti kali ni. Hihi.. yela budak-budak kan, mana paham kpop macam mommy ni. Tapi during events memang lansung tak sempat nak amik gambar sebab kebanyakkan keletah dia, aku record buat video sahaja. sebab tahap terkinja dia menari kalah peminat yang sebenar. Yang penat dan letih adalah mommy, bukan sebab menari menjerit atau sebagainya. Tapi sebab mengawal si Azriel ni yang gigih duk ajak pelawa kakak abang yang tengah melompat menari dengan dia. Hahahah.. 

Bila dah second day nampak dia agak stone maybe kudrat bateri tinggal tak banyak. 

Tips

Tapi pengalaman juga bila attend concert terutama sekali artis luar negara, memang sebarang gadget yang canggih dan pixel tinggi tak dibenarkan bawa masuk. Antara barang larangan kalau next time korang nak nak attend concert sebegini.


Ingat!! lain kali jangan bawa. Sudahnya jadi macam Azriel 1st day lepas, seconnd day diorang tak bagi bawa masuk Ipad. Nasib botol minuman Azriel yang kekanak punya dibenarkan masuk. Sebab tu lah anak mommy bertenaga sebab ada air kosong siap dibekalkan.

Untuk tahu lebih lagi pengalaman dan keadaan sepanjang di konsert boleh lah rajinkan diri lawat Youtube yang mana sempat lah aku sort out kan jadi movie untuk tatapan Azriel.



Layan...

P/S : thanks much Cik http://ruby.my/ untuk tiket yang awesome dan sangat sangat  tak tau nak cakap . Appreciate it. expecially bila Azriel pun enjoy the concert.

You May Also Like

0 Comments

Powered by Blogger.