ACL cara penjagaan mengikut cara Comel

by - October 06, 2018



Hi korang harini ni tergerak hati dan jari untuk rajin update tentang Anterior Cruciate Ligament  atau lebih dikenali sebagai (ACL) Injuries.
Bagi yang baru mengenali diri ini, mesti tak sangka yang aku selamani pernah jalani pembedahan ACL. Kalau ada yang rajin follow aku dari awal memang tahu tentang hal ni. For those yang masih tak tahu boleh lah jika rajin singgah membaca rentetan sepanjang tempoh pembedahan dan penyembuhan aku di link ini BACA SINI.
Alhamdulillah lutut aku sepenuhnya baik dan mampu digunakan sepenuhnya dengan tanpa sokongan. Syukur dan terima kasih Doctor yang rawat. Sejak dari tu, aku menerima banyak email dan wa
Hatapps dari no tidak dikenali untuk bertanyakan tentang cara dan kaedah penjagaan luka akibat dari pembedahan lutut.
So untuk coretan kali ini aku akan bagitahu cara dan kaedah yang aku gunakan sebagai effort diri sendiri selain dari bantuan pakar fisiotrapi. Cara makan, senaman, cara tidur dan juga pantang larang. Nampak biasa tapi kena ingat bagi luka ACL, seperti semua sedia maklum, ia melibatkan luka dalaman yang berat dan dalam. Tulang di tebuk dan tendom dipangkal peha di ambil untuk mengantikan ligament bawah tempurung lutut yang sudah rosak atau putus.
Soalan-soalan ni aku kumpulkan dan secara raawak membuat rumusan dari setiap soalan cara penjagaan yang aku amalkan. Aalhamdulillah ia kekal baaik sempurna sehingga sekarang dan aku setakat ini belum mengalami sebarang radang atau kesakitan walaupun selepas menyertai larian atau senaman yang berat seperti aktiviti badminton setiap minggu. Alhamdulillah.

Soalan 1 : Berapa kos ACL reconstruction ni?
Aku buat kat pakar n nur bangi.kos xsilap sy rm26k. Tapi alhamdulillah doctor sangat  bagus service bagus nurse bagus trainer physiotherapist pun sangat-sangat  bagus.. Banyak membantu.
Soalan 2 : Berapa lama diperlukan untuk sepenuhnya sembuh?
Kalau ikut kata physiotherapist masa diperlukan untuk sepenuhnya sembuh adalah 6 hingga 9 bulan. Dimana aku memerlukan tempoh dalam lingkungan 4 bulan berjalan tanpa tongkat dan cecah 6 bulan Alhamdulillah dah lepas join marathon run anjuran Bursa Malaysia. Sebenarnya keadaan ni bergantung pada kekuatan individu. Ada yang tak tahan sakit dan ada yang tak mampu buat senaman yang di anjurkan. Apapun kalua nak betul betul sembuh kena ikut channel yang betul untuk pulih tau. Macam pengalaman aku sendiri, selepas 4 hari operate physiotherapist dah suruh aku turun kati dan belajar untuk gunakan lutut untuk aktiviti turun tangga. (yang ni Nampak drastic) tapi physiotherapist lebih tahu tahap ketahanan kecederaan korang (ditambah semangat aku memang nak cepat sembuh) tapi ingat kalua korang tak mampu jangan paksa ok. Ia akan memudaratkan kesan luka tersebut.
Soalan 3 : Banyak buat physiotherapy sendiri atau pegi ke gym?
Ok untuk kaedah yang aku amalkan adalah kedua sekali. Tapi bukan gym lah, just buat senaman dirumah mengikut saranan dan nasihat ahli physiotherapist. Jika di ikutkan aku akan ke pusat physiotherapy seminggu sekali selama 3 bulan. So kat sana, ada terdapat mesin yang aku bantu korang naikkan dan baik pulih muscle kaki kerana muscle kaki akan mengecut akibat ia tidak digunakan sepanjang tempoh penyembuhan. So alatan ini diguna untuk menaikkan otot kaki. Korang akan rasa aliran arus kecil nanti masa treatment berlansung. Kaedah dirumah pula, korang kenalah buat yang bersesuaian dan tidak terlalu medesak pergerakkan kaki. Macam aku sendiri kerap ikut senaman melalui channel youtube. Sangat bagus kerana ia terdapat tahap yang mana sesuai dengan keadaan dan tempoh kecederaan. Jangan lupa kaedaah RICE (bukan nasi ok) tapi RICE bermaksud Rest, ice, compression, and elevation can help heal your aching knee.
Definisi RICE
RICE merupakan kepanjangan dari Rest(istirahat), ice(es), compression (kompresi), dan elevation(elevasi). Komponen RICE mempunyai peranan masing masing karena mempunyai fungsi tertentu sehingga saling melengkapi untuk penanganan cedera. Penanganan cedera pada masa dini sangat signifikan fungsinnya sebagai factor penentu lamanya proses kesembuhan penderita cedera. Apabila ada tindakan pertama yang salah dalam penanganan cedera, hal itu akan berefek pada lama dan proses penyembuhan cedera tersebut. Untuk itu prinsip RICE ini sangan berperan dalam segala macam penanganan cedera. Apakah itu cedera olahraga, cedera pekerjaan ataupun cedera aktifitas keseharian. Penatalaksanaan RICE sebagai berikut :
RICE pertama adalah Rest (istirahat) yang bererti mengistirahatkan fungsi bagian extreme yang cedera untuk mmeminimalkan cedera ataupun penambahan cedera. Agar penderita cedera tidak bertambah keluhannya. Anjuran yang disarankan adalah istirahat.
RICE yang kedua adalah Ice(es). Pemakaian medium ais pack sebagai salah satu penanganan dari prinsip RICE adalah sangat mutlak peranannya. Penggunaan ais sangat diperlukan saat cedera terjadi. Kerana saat cedera pasti terjadi pembengkakan atau kerosakkan pembuluh darah. Cara untuk mengatasinya adalah menggunakan ais
RICE ketiga adalah compression/kompresi. Kompresi merupakan tindakan pembalutan bagian yang cedera dengan alat perban atau bandage untuk menghindari penumpukan cairan yang disebabkan oleh pembengkakan. Selain untuk menghindari pembengkakan, metode kompresi dapat juga sebagai penyangga atau peng-fiksasi gerakan extremitas yang cedera.
RICE yang terakhir adalh elevation/elevasi. Elevasi merupakan komponen terakhir yang berfungsi atau bertujuan sebagai fasilitator suplai darah melalui pembuluh darah melalui pembuluh darah balik (vena) dari extremitas (lengan atau tungkai) kearah jantung. Pembengkakan di extremitas biasanya terjadii karena tidak lancarnya pembuluh darah balik tersebut (sumber dari Google).

Soalan 4: Kena jaga makan tak?
Ok yang ni paling penting dan utama. Bagi aku laah, jika betul cara makan insyaAllah luka dalam tu takkan melarat. Luka dari kesan jahitan dan tebukan semasa pembedahan adalah bahaya dan mudah dijangkiti jika tidak dijaga dengan baik. Ramai yang cakap dah berpantang tapi luka masih tak kering dan luka jadi berair dan ada kes lagi teruk kena jalani pembedahan kali kedua, sebab yang pertama gagal. Cara aku berpantang agak ketat dan tak semua orang mampu untuk ikut. Tapi disebabkan pantang larang secara dalaman nil ah aku bajaya pulih sehingga sekarang. Mampu pergi hiking dan mampu untuk bersukan lasak terutamanya badminton. Makanan yang aku amalkan dan elakkan adalah :
Elakkan
  • ·        Ayam
  • ·        Telur
  • ·        Seafood
  • ·        Makanan berminyak
  • ·        Ikan kembung ke tuna ke buat masa sekarang jangan amlkan sebab boleh akibatkan gatal.


Bagus amalkan
  • ·        Pati kunyit (perahan air kunyit amalkan seminggu sekali
  • ·        Pati gamat (beli kedai jamu)
  • ·        Makanan bakar (daging bakar dan ikan selar ) sangat bagus keduanya ini.
  • ·        Sayuran hijau tapi elakkan kekacang, berjalar, dan makanan sejuk atau buahan sejuk. (macam menu orang pantang kan?) tapi itulah rahsia aku jaga luka lutut aku ni.

Makanan ni kenalah betul cara makannya. Aku  pantang sangat2 semua makanan berdarah. Kalau ikan sy makan ikan selar je dan masak dgn cara grill.. bakar kunyit garam je. Daging pun bole tp bakar juga.. pahtu minum air kunyit means that minum pati kunyit yang asli perah tu.. pahtu xmakan benda sejuk, sayur sejuk.. bykkan mkn taugeh. Ayam ke telur ke seafood ke mmg sy pantang selama 3 bulan atau tempoh penyembuhan. Sebab acl melibatkan luka dlm tulang skali..
 Kalau tak nanti urat korang akan rase rengsa dan bengkak dibahagian dalam, nak mengurut memang tak mampu sebab luka bedah bukan boleh buat main. Kenalah jaga betul betul barulah akan mudah dimasa akan dating.
Senaman juga penting dank orang kena lah rajin amalkan senaman. Kerapkan dan rajinkan diri letak ais,kat lutut tu.

Tips:

Kalau nak tido malam pastikan korang letakkan bantal bawah kaki dan pastikan paras kaki korang berada tinggi sedikit dari paras jantung/dada. Ini tips dan cara yang diajar physiotherapists supaya aliran darah mengalir secara baik dan proses penyembuhan akan lebih baik. Bila malam, tanggalkan knee brace dan pastikan anak-anak tidak ikut tidur bersama dikuatiri korang akan dipijak atau ditendang lutut tanpa sengaja. Tapi andai kata korang seorang tidur yang lasak, aku sarankan korang pakai knee brace tapi jgn lah ikat kuat.
Bila kita sakit ni, slalu akan baanyak rehat kan. Tapi saranan aku, dari koraang landing badan tanpa buat apa-apa, baik korang buat senaman ringan, buka youtube pahtu ikut latihan senaman untuk kaki.
Untuk pertanyaan lain boleh je tinggalkan komen dibawah ok.  

You May Also Like

0 Comments

Powered by Blogger.