Kulit cantik sihat dengan “Neogence Hyaluronic Acid Hydrating Series”

by - October 04, 2018



Hi korang, maaf yer lama betul tak update pasal review product kan? Maklumlah bila buat dua kerja ni, terpaksa lah I utamakan yang wajib. Hihi paperwork untuk kerja tetap pun kena submit by due date line. So ni lah baru berkesempatan untuk update. So jom kita membaca.


Sapa kat sini ada masalah kulit yang sangat sensitif dan super dry. Makna kata dah banyak product guna tapi tetap tak berkesan. Mungkin korang mempunyai alahan dengan kandungan bahan seperti terdapat bahan paraben atau alahan pada bau sesetengah product. Kesiannya, mesti agak sukar untuk mencari produk yang betul betul mampu mafaat pada kulit kan.


Jangan risau, Kali ni I akan review product dari Neogence “Neogence Hyaluronic Acid Hydrating Series” di mana product ini mampu mafaat pada si pengguna.

Asal usul Neogence Hyaluronic Acid Hydrating Series.

Neogence berasal dari aspirasi pengasas untuk menyediakan orang yang disayangi dengan rutin pelembab yang ideal. Dilancarkan pada tahun 2005 dengan “Hyaluronic Acid Hydrating Essence”, yang mendahului produk yang dijual pada masa itu dalam tahap kesucian dan kepekatan, Neogence selama tiga belas tahun telah menjalankan misi untuk menyediakan produk cosmeceutical yang disimpan dan serta-merta berkesan. Essential Hydrating Acid Hyaluronic, yang mengandungi asid hyaluronik tulen, terus menjadi produk terbaik setakat kini. Jumlah jualan asid hyaluronic asid yang menghidratkan melebihi lima juta botol. Rekod jualan yang mengagumkan menunjukkan bahawa ia telah diterima ramai dan meningkatkan jumlah penjualan botol yang mencukupi untuk menampung seribu dan lima ratus bangunan Taipei 101.

Pada tahun 2005, Neogence memperkenalkan teknik pelembab tiga langkah yang inovatif, Neogence A.H.P.S (Mengaktifkan Sistem Penghidratan Hidrasi), yang menyerupai perisai penghidratan semula jadi kulit. Berikutan langkah-langkah dengan mengambil Hyaluronic Acid Hydrating Lotion, Hyaluronic Acid Hydrating Essence, Hyaluronic Acid Hydrating Fluid, melalui 3 langkah penjagaan ini, para pengguna mampu untuk melihat kembali kulit sihat dengan pengamalan yang konsistent untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.



Hydrating: Hyaluronic Acid Hydrating Lotion.




Sangat bagus digunakan sebagai toner atau disapu terus seperti pemakaian lotion seperti kebiasaanya. Pastikan kulit korang sebelum apply lotion ni, kenalah bersih. Yang bagusnya ia senang menyerap dan sangat cepat kesan terhadap kulit. Dengan daya serapan yang pantas ke atas kulit. Korang akan merasai kesan selepas beberapa saat menyapu product. Rasa lembut dan segar. Kulit nampak bertenaga dan sihat. Lagi satu ia sangat bagus di apply pada leher. Tahukah bahagian leher antara kawasan yang paling jelas keluhatan kedutan kulit, disebabkan tekstur kulit yang kering dan juga disebabkan faktor usia. Kulit dileher kerap kali di abaikan kerana kebanyakkan pengguna skincare lebih focus kepada bahagian wajah semata. Walhal mereka lupa untuk menjaga bahagian leher. Jadi dengan Hydrating : Hyaluronic Acid Hydrating Lotion. Ini lah penyelesaiannya. Bagusnya ia adalah gel ringan dan tidak melekit. Best kan?!


Water Retention: Hyaluronic Acid Hydrating Essence.


Setakat ini, essence ini adalah yang terbaik. Lebih advance dari hydrating lotion. Tekstur gel ringan yang mudah meresap dan mempunyai tindakan double action untuk penjagaan secara intensive. Mudah meresap dan saiz botol yang kecil mudah untuk dibawa kemana mana.


Water Locking: Hyaluronic Acid Hydrating Fluid.


Mengandungi ceralipid, squalane dan estrak minyak zaitun dara. Berfungsi untuk memperbaiki kulit yang mengalami radang kulit seperti kesan dari jerawat dan bekas jerawat .Diciptakan khas untuk yang memiliki kulit jenis kombinasi ke berminyak. Sesuai juga untuk kulit yang mudah berminyak pada waktu siang.



Berpeluang menghasilkan Musk muka sendiri.










Betul lah kata pepatah. Pengalaman tidak mampu di beli kerana ia hanya akan datang pada yang terpilih. Alhamdulillah ilmu dan pengalaman ini menjadi diari untuk di ingati dimana, kami yang sertai majlis ini berpeluang menghasilkan musk muka sendiri dari bahan bahan raw. Masa tu terasa macam professor X sebab melakukan sendiri campuran bahan untuk dijadikan musk muka. Dr Hseih adalah founder dan juga cikgu kami semasa sesi pembuatan musk berlansung. Mengajar dan banyak memberikan tips penjagaan serta berkongsi pengalaman beliau dalam penghasilan produk. Tahu tak yang musk ini mampu bertahan untuk 3 bulan tau. Best bukan?!.



Seronok jangan cakap lah teringat zaman skolah dulu dulu bila kami seleas menjalankan proses amali sains. Paling bestnya sesi yang mengambil masa kurang dari 2 jam ini telah melayakan kami menerima certificate sebagai pembuat musk muka. Hureyyy... expert dah tau. Ini namanya intensive course dlm sehari dan lulus subjek. Hihi..



Produk lain dari Neogence antaranya

Produk Neogence Hyaluronic Acid Hydrating Series terdiri daripada :
Hyaluronic Acid Hydrating Cleansing Mousse
Hyaluronic Acid Hydrating Facial Wash
Hyaluronic Acid Hydrating Cleansing Water
Hydrating Cleansing Liquid
Hydrating Lotion with Hyaluronic Acid
Hyaluronic Acid Hydrating Essence
Hydrating Water with Glacier Water
Hydrating Fluid with Hyaluronic Acid
Soothing Emulsion with Hyaluronic Acid
Hydrating Cream with Hyaluronic Acid
Hydrating & Revitalizing Mask
Hyaluronic Acid Hydrating Mask
Hydrating Eye Cream with Hyaluronic Acid



Produk Neogence tersedia di 58 cawangan Watsons Malaysia dan di dalam laman e-dagang https://www.watsons.com.my/all-brands/b/165172/neogence





P/s : Terima kasih Watson dan Neogence di atas jemputan dan pengalaman merasai sendiri cara pembuatan musk muka. Terima kasih untuk gift dan certificate. ️Dah pandai buat musk sendiri sekarang masa untuk apply pada muka pulak... wahhh nyamannya.












You May Also Like

0 Comments

Powered by Blogger.