Followers

Detik kelahiran dan pengalaman pertama bersalin

Salam. Sudah lame ako berdiam diri mungkin jugak blog ni dah bersawang. Hari ni baru terajin singgah dan bersihkn sikit2 sawang kt blog ni.

Lame kan? ako xupdate sini. Bukanpe hari tu warded terus menerus sampai lah melahirkan cahaya mata terindah kami.

Setelah 7 hari admitted di HUKM. Ako minta kebenaran untuk balik. Bosan kot duk spital lame2. Dah cam orang gile ako rase. Dahla xdibenarkn bjln bckp atau ape2 selain ke tandas dan tido. Gile. Konon nak control bp ako supaya x naik. Hurm...xda makna pun tgh ako tido diorg kjutkn utk amik bacaan bp ako tetap juga 150/100. Tah hape hape tah. So dapat balik ako sonok lah call en suami dtg jemput. Mkn tghari yg sgt menyelerakan..yumyum...blik rumah..wah..nyamannya bau rumah sendiri berbanding spital busuk! En suami minta ako berehat, bestnya tido katil sndri. Tilam empuk bantal gebu perghh..esoknya en suami g kje. Ako lak di arah tggal ngn kak ipar. Masa ni ako rase sonok nk kata tanda2 nk beranak pun xda. Bb cam biasa aktif sokmo..fuhhh..fenat jugak lah..dahtu mlm tu en suami bawa ako g jumpa doktor Getha. Katanya nak makesure bp ako maintain. Cam biasa ako steady je pning2 mual2 mmg xda. Sungguh tak disangka skali check bp ako tinggi ngko...trus doktor mintak ako g kecemasan..malam tu jugak bersamaan 110/4/13 10.00mlm . En suami terus bawa ako ke O&G kecemasan dan akhirnya ako ditahan. Sekali lagi ako masuk ward. Stress betul smpi mngis ako sbb ako nk blik.

Esoknya 12/4/13 8.00pg bp check 146/97 makna kata ako xdapat blik lagi lah dan mungkin terpakse duk ward smpi bersalin. Hakikatnya masa tu ako xrase risau stress atau nk marah tp bp maintain tinggi. Spnjang hari ako duk whatsapp ngn en suami...dan ako hanya duk atas katil smbil baring. Tepat jam 3.30ptg. Tiba2 kepala ako pening. Dan ako mula rase mual n akhirnya muntah..sgt2 xselesa..ako mngadu kat nurse dan sekumpulan doktor n doktor pakar datang untuk check keadaan ako jugak amik bacaan bp. Kalinih bp ako sangat tinggi 170/123 mata ako mula rase blur2 kepala rasa melayan je. Datang seorang doktor terus terjah ako dan arahkan ako untuk mula berpuasa. Ako tgh blur2 tertanya tanya knp. Doktor cuma bgtau yg bayi terpakse dikeluarkn mlm ini jugak ( force labour) sb takut bb n ibu xsmpt dslmtkn. Ako mmg lah blur time tuh. Doktor arahkn ako call husband untuk bgtau ako akan ditukarkn ke unit kawalan rapi HDU dan terpakse melalui cser section mlm itu jugak. Tiba2 dtg salah seorang doktor Wani bg aku injection drip dan amik darah lepas tu tiba2 satu cairan yg dipggil magnesium sulfat xsilap ako dimasukkn dlm badan. Tuhan je yg tahu time tu ape rase ubat tu. Panas bahang. Terasa cam kena panggang panas giler. Segala lubang kt badan ako ni terasa haba panas. Ako rasa cam nak mati time tu.xbole nk citer sakit bisa panas perit time tu.yg ako ngat mngucap khalimah Allah dan tiba2 teringat kt suami...huhu. magnesium dimasukkn ke dlm badan ako supaya dapat mbstabilkn tekanan darah yg tinggi juga tempoh 2 jam diperuntukkn untuk doktor ikhtiar supaya moga2 ada bukaan untuk ako deliver normal. Dlm jam 7.30mlm 12/4/13 ako dipindah ke unit HDU. Dimana hanya dibenarkn suami yg tunggu jugak 2 nurse akn jaga ako seorang lawatan hanya dibenarkn selama 10minit. Bila ako masuk hanya ada 6 katil je dlm bilik tu. Dan ako satu2nya pesakit mlm tu. Pahtu tiba2 dtg kerumun doktor n 2 nurse masa ni ako dah lemah longlai mungkin kesan ubat panas tdi.dlm masa yg sama ako perhatikan nurse n doktor sdg check tknan drah. Time ni lah ako xberdaya nk lwan. Tgn ako kiri da kanan di cucuk jarum drip. Berselirat wayar kat tgn badan di bahagian kemaluan ako pun dimsukkn saliran pipe utk air kencing.mmg dah xrase sbb ubat tadi lagi sangat2lah sakit. Masa ni dr tambhkn lg dos magnesium tu n masa tu jgak en suami dtg smbil bawakn colek mngga sbb sehari sblum ako teringin nk mkn tp xbksmptan. Tp masa tu ako terbaring kaku penat lemah xdaya. Yg ako tau nk mintak air. Terasa dahaga yg amat. Ubat tdi terlalu pnas bhang 1bdan. Trase mmg cam nk mati. Ako ckp ngn en suami yg ako rase cam nak mati..sakit tak boleh citer. Time tula ako trase teringat mula2 ako knl die n kami kawen. Ako bgtau die jgn isau kot2 mane pun ako akn cuba bertahan. Selpas 2jam seorang doktor perempuan dtg untuk check laluan ako ternyata sbb penglaman pertama utk anak pertama laluan ako sikit pun xda. Masa ni ako mngis xtahan sbb doktor tu korek kemaluan ako mmg sakit sgt.tp xdaya nk melawan. Dgn serta merta nurse diarahkn tukarkan baju ako dan pkaikn ako baju utk ke bilik bdah. Hati ako time ni makin cekal..berserah untuk ape kemungkinan dlm kesempatan itu doktor minta suami untuk bg kata semagat atau ape2 pesanan sbb ini pembedahan berisiko. Yg ako tau n mpu ako ckp "bubu jgnlah sedih ok. Ayg ok..rase cam nk mati pun ado ni.mintak maaf klu ayg slalu buat pangai k." Laki mne lah sanggup tgk mini die camtu time tu..bibir ako merekah kering ksan dr ubat n akhirnya ako masuk dlm bilik bedah. Masa tu ako tgh sdar lg. Ako tgk dlm dlm 10 org la tgh uruskn peralatan bdah jaga tmpt smbut bayi kiri kanan ako plk dua doctor cantik. Diorg cuba melekakan ako. Tpi tiba2 drah ako makin naik..dok terpkse delay waktu pmbedahan sbb nk tggu drah ako trun sikit. Start jam 2.00pg 13/4/13 operasi bermula setelah tulang blkng ako di bius. Dlm khayal ako bole nmpk doktor duk kelebet perut ako. Terase badan bergoyang.doktor ckp hah kitaorg tgh keluarkn anak awak ni..tiba2 ako dgr bunyi bayi mngis..tu dia nyaringnya n doktor yg standby kt mngkuk bayi uruskn anak ako. Ako bole nmpk cmne doktor cuba selmatkn ank ako  disumbat tube utk sedut cairan..mcam mimpi seorang bayi lelaki yg sempurna kejadiannya keluar dari perut ako tepat jam 2.06pg 13/4/13 dgn berat 2.24kg.

Lepas tu ako dah xsedar. Tau ako dah ada kat HDU unit selama 2hari xsedar sebab kesan ubat bius keatas ako. Dan ako dpt tau bayi kami ditahan di ward NICU kerana paru2 belom matang dan terpkse bergntung dgn oksigen bantuan. Selepad 2hari ako dipindakn ke unit ward biasa dan masih ditahan kerana bp belom stabil n masih tggi.

Hanya tuhan yang tahu sakit operate diperut. Mmg xrase mase tmpoh bius masih ada. Tpi selepas tu perghhh...batuk pun sakit wooo..trase cam di toreh toreh je perut. Tpi ako kuat sb pikirkn anak. Keluar je dari HDU ako trus ke nicu melawat bayi kami. Sedihnya hati.ibu mane sanggup tgk anaknya penuh dgn wayar dihidup mulut tgn berjarum drip sedangkn die masih kecil xtau ape..ako mngis je sbb xsanggup tgk...dlm masa yg sama ako mohon pada Allah supaya sembuhkn ank ako dan kuatkn semagat die untuk terus n cepat baik...

Hari makan hari bayi kami mnmpkkan peningkatan yg baik pada hari ke 3 tube oksigen tidak diperlukn lg. Bb dan boleh bernafas sendiri. Cuma tube pada mulut untuk mknan. Kerana bayi kami lahir tidak cukup bulan. Tpi alhmdulillah dlm nicu terdapat pakar penyusuan dimana mereka akn mngajar ibu yg bertama kali bf bayi mereka melalui kaedah simulation urutan rangsangan pada wajah bayi supaya bayi tau untuk menyusu dari nipple ibu terus.

Seterusnya bayi kami di tempatkn di NICU selame 7 hari alhmdulillah petang jumaat kami dibenar bawa bayi blik. Hureyyy!!!

Selepas 7 hari kelahirannya nama telah dipilih dan daddynya telah daftarkn untuk dapatkn MYKID nak tau ape nama anak kami?

ZAIRIEL AZRIEL HEZRY B ZAIRUL AZIZI.

P/S: Syg anak mommy n daddy, kamu adalah pemberian terindah dari ALLAH swt kpd kami berdua. Mommy n Daddy sgt2 bersyukur dgn kehadiran kamu syg. Kami harap kamu membesar dengan baik sihat n ceria. Moga kamu menjadi anak yg berjaya dalam hidup dunia akhirat dan mnjadi anak yg soleh. Amin....

Admitted kesan dari bp yang tggi

Lepas satu, satu dugaan. Kali nih ako kena tahan ward sebab bp tinggi. Camne boleh tggi itu yang ako kompius..siyes sejarah idup ako lah selame ni ako hanya ada bp rendah je. Dah lah masa nak due dah time..time ni jgak la die datang mnyerang..adeiii..

Orang tengok luaran ako cam sihat skali doc check bp ako cecah 163/100 . Uiks biar betul..cuak gak ni.

Mula2 dari kesan tu sebenarnya ako da seminggu sakit kepala. Betol2 sakit sangat2 xbole citer dlm masa yang sama ako muntah batuk berkahak juga selsema. Mungkin dari kesan ubat yang byk tu yang mnyebabkan darah ako naik. Nak kata bab makan, en suami sentiasa pantau mane taknya kbyakkan mkn n minum ako die yang sediakn. Erm...bila tanya doc knp bp boleh naik. Jawab doc itu normal bg seorang ibu yg sedang hamil. Hormon changes katenya lg.

Jumaat mlmbako terus di refer ke HUKM oleh Dr. Getha garnie ako. Die terpaksa keluarkan surat untuk ako buat pemeriksaan thdap bp n juga kandungan. Alhamdulillah spt biasa baby sgt sihat. Lasak lg. Itu yang buat ako xrisau sangat...cuma ako ni lepas doc injected jarum tuk amik darah dan drip ubat..asak masuk ubat je ako loya muntah xbenti. Kesudahannya darah makin tggi. Dan akhirnya ako disini.

Alhamdlillah nurse kat sini baik peramah baik budi santunnya. Sangat2 membantu. Memang susah nk kata diaorang ni sombong atau garang sbb semuanya baik2. Cuma pembantu nurse baju ijau nmpk kerek. Tpi peda hal die xjaga ako pun.

Kesian jugak pada en suami sbb datang tggu hantar ulang alik sepanjang hari jaga ako. Thanks bubu love u so much. Mak mentua adik beradik pun da datang td. Dah cm kritikal plak sume datang..haha tapi ako mampu senyum lagi cuma bosan jela duk spital. Tapi yang best bole tgk baby cute n dgr diorang nagis alololo...xsabar nk dgr ank sendiri melalak..hahaha.

K la doakan ako n baby sihat yer. Smin...

Dugaan menanti saat kehadiran kamu sayang.

Lain orang lain pengalamannya. Dan bagi ako itulah dugaan dan ujian yang Allah bagi untuk ako menghayati sendiri detik2 sepanjang tempoh kehamilan. Ako seorang ahli sukan semestinya mempunyai daya tahan badan yang sangat kuat. Tapi bila sesuatu itu di izinkan Dia maka jadi lah. Sekuat atau sesihat mane pun kalau nak datang penyakit. Sakit n mati itu adalah kehendakNya.

Tempoh kehamilan ku kini cecah 36 minggu bermakna sudah 9bulan. Anytime jela si penghibur duka lara ni akan dilahirkan. Seronok sebab semua kelengkapan telah di sediakan. Keutamaan untuk bayi yang bakal lahir. Tak disangka 2 minggu sebelum cukup 36minggu ako diserang demam pakej lengkap selsema n batuk. Hari pertama buat pemeriksaan doc dah ckp yg tekak ako dah luka dan terkena infection.  Larh baru 1 hari batuk.esoknya g check da parah.. ingat boleh elok ubat sampai 3x top up. Jumpa doc sampi 2 x. Ako lak mendapat semput sebab kahak yg da pekat n menyukarkan ako bernafas. So mmg xjauh la dgn en ventolin kan.

Seksa tuhan je yang tahu. Syukur baby sihat je ako tgk perut ako ni sampi bergegar dek kerana bayi nakkal kami ni. Alhamdullilah mommy masih boleh mampu bertahan janji kamu tak ape2 ok sayang...jangan nakkal2 sakit tau perut ngn tut..tut..mommy..dah xsabar nak kua ek...?? Setiap mlm dengan keadaan yang sangat tak selesa. Jujur ako cakap sampai satu tahap ako bagitau baby " keluar lah cepat adik oii kalau dah bosan kat dlm tu" mommy pun dah xdaya tahan sakit... erm. Itulah ako sebab sakit xtahan.tak boleh nak cerita camne rase sakit tu..ngan sesak dada hidung tersumbat.makan ubat xjalan..fuhhhh dugaan sungguh. Tapi yang ako pegang sepanjang tempoh darurat tuh orang tua ada kata.." takpelah die banyak songeh sekarang nt lahir mesti jadi budak baik yg dgr kata" aminnnnn...pjg ako kan..
Disebabkan keadaan ako yang kerap batuk sampai akhirnya tekak jd luka..kesudahannya kena plak kahak n hingus berdarah..doc plak tukar ubat lain..setelah dua mlm mkn ubat doc bg pg tadi ako dapati bayi ako xbgerak. Giler cuak takut sume ada. Ako dan en suami cuba gegarkan perut ako.pahtu kitaorg pggil2 bayi kami..cuba gosok2..takda reasi..ako dah panik. Trus call doc..risau dos ubat yg doc bg boleh effect bayi kami. Doc minta kami observed sehingga tengahri..ako trus bgn mandi n makan. Cuba buat kje rumah jalan dalam rumah..tertiba trase satu tendangan..syukur bayi baru bangun mungkin..tapi xsekerap selalu. Ako yakin kesan ubat yg buat bayi ako slow. So lega tang situ mnjelang tghari bb mkn ligat...

Harapan ako moga kami berdua selamat. Amin..doakn kami yer..

Pemilik Tanah

 

SUARA DARI TELAPAK KAKI COMEL Copyright © 2012 This template design by Whiteixora Sugarplum | All Images And Content Belongs to WHSC