22 March 2017

Agar Azriel Menjadi Lebih Lagi



Naluri kasih sayang seorang ibu sememangnya tiada tandingan. Setiap ibubapa sentiasa ingin memberikan yang terbaik dan lebih lagi buat anak-anak mereka – lebih masa, lebih perhatian, lebih kasih sayang dan semestinya lebih nutrisi. Sebaik sahaja seseorang wanita menimang cahaya mata dan bergelar ibu, ia merupakan satu perjalanan yang sungguh bermakna baginya. Kehidupan aku pun telah berubah dalam pelbagai aspek termasuk diri sendiri dan perspektif hidup aku sebab aku mula menumpukan segala daya tenaga dan kasih sayang kepada Azriel sahaja.



Baru-baru ini, aku ternampak iklan baru Dugro® ‘Dear Mom’ yang memaparkan kasih sayang di antara Si Manja dan ibunya. Di dalam TVC itu, si ibu menjadi pujaan Si Manja kerana ibunya telah menyediakan segalanya untuk memastikan dia membesar menjadi lebih banyak lagi – aktif, penyayang, imaginatif dan bahagia. Adegan di TVC tersebut sungguh menyentuh hati, mengingatkan aku tentang detik-detik manis aku dengan Azriel. Dari situ, aku sedar bahawa anak kita ni boleh mencapai potensi yang sepenuhnya melalui dedikasi dan sokongan yang berterusan dari ibubapa. Dengan kata lain, kita haruslah selalu berbangga dan bersyukur dengan pencapaian anak kita setiap masa. Begitulah harapan setiap ibu di dunia untuk melihat anak mereka membesar dengan sihat dan menjadi lebih lagi sehingga mencapai kejayaan dalam hidup.


Jom tengok TVC Dugro® ‘Dear Mom’ ini:



Sejak Azriel dilahirkan, walaupun tak cukup bulan, memang seronok dapat melihat Azriel membesar setiap hari – pelbagai kerenah dan telatah yang dapat diperhatikan, dan setiap detik perkembangan dia adalah sangat berharga pada aku. Kesihatan dia adalah perkara utama yang akan diberikan perhatian. Seperti sedia maklum, kanak-kanak yang dilahirkan tidak cukup bulan mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti pelbagai penyakit  dan seterusnya akan membahayakan kesihatannya. Sebab itulah, memenuhi keperluan nutrisi Azriel adalah tumpuan paling utama buat aku untuk setiap tahap tumbesarannya kerana sebagai ibunya, aku menjadi tidak senang hati apabila keadaan kesihatan Azriel mula menular. Nutrisi bukan sahaja makan secara seimbang, malah nutrisi yang menyeluruh haruslah merangkumi rangkaian vitamin dan mineral yang menyeluruh demi menampung pertumbuhan anak-anak kita¹.  Malaysian Dietary Guidelines for Children and Adolescents, NCCFN (2013), Page 66




Azriel boleh dikatakan menyusu badan sepenuhnya sehingga dia berusia 3 tahun. Yer!! 3 tahun adalah tempoh yang lama tetapi aku juga bersyukur kerana diberikan peluang sejauh itu untuk memberikan penyusuan penuh kepadanya. Sejak dari umur 3 tahun, Azriel mula pergi ke nursery yang disediakan perkhidmatan pembelajaran untuk kanak-kanak di peringkat awal. Ini kerana pendidikan adalah sangat penting dan menjadi keutamaan juga selain daripada nutrisi pada masa kini. Ada sahaja mulut yang bercakap dan mengatakan aku ni seorang ibu yang obsess dan terdesak untuk menjadikan anaknya matang secara paksa. Pada aku, itu tidak menjadi halangan kerana Azriel telah membuktikan segalanya dengan perubahan dia dari aspek kematangan mental, emosi, fizikal dan potensi diri, jika dibandingkan kanak-kanak lain yang seusianya. Kalau aku ditanya perasaan saat ini, aku dengan yakin boleh katakan bahawa dia adalah putera kebanggaanku.



Setiap minggu Azriel dihantar ke nursery untuk seharian disana sehingga aku menjemputnya, dan semestinya makanan yang dibekalkan untuknya haruslah mencukupi supaya aku tidak perlu bimbang jika makanannya mencukupi atau tidak. Buat pengetahuan semua, Azriel adalah seorang kanak-kanak yang mempunyai selera makan yang tinggi dan boleh dikatakan, nasi adalah makanan utamanya yang mampu memberikan dia tempoh kenyang yang tinggi. 



Pada mulanya aku sangat risau. Yela kalau aku sendiri yang menjaganya, semestinya setiap kali dia minta untuk makan, senang sahaja aku sediakan… Tapi, kalau di sekolah pula macam mana? Nasib baik lah ada susu Dugro® yang dirumus khas dengan khasiat DHA, 15 Vitamin & Mineral serta lcFOS unik (kandungan serat), untuk para ibu yang sentiasa ingin memberi Si Manja mereka lebih lagi nutrisi. Aku tertarik dengan kelebihan susu Dugro® sebab ia boleh membantu perkembangan dari pelbagai segi yang diperlukan oleh anak-anak dalam pertumbuhan tahap awal. Sejak Azriel mula minum susu Dugro®, ia telah banyak membantu aku dalam penyediaan kesemua nutrisi penting yang perlu ada pada seorang kanak-kanak. Baru-baru ini, bila aku membawa Azriel ke roadshow Dugro, aku dapat tahu lebih lanjut tentang Dugro® ini. Rupa-rupanya, Dugro® ada kumpulan pakar Careline yang sedia ada 24 jam untuk memberikan nasihat kepada para ibu yang memerlukannya.

Careline Dugro® terdiri daripada pakar nutrisi, pakar diet dan bekas jururawat yang sedia membantu bila-bila masa sahaja. Inilah cara Dugro® menyokong para ibu dalam perjalanan keibuan ini. Apa yang bagusnya tentang susu Dugro ini adalah, Azriel amat menyukainya. Terutama sekali perisa Madu. Yang penting aku pun boleh minum. Sedap!!! Lebih-lebih lagi diminum sejuk. 


Oh yer! Azriel telah buat satu kejutan pada aku, apabila dia meminta aku untuk buatkan susu untuknya dan ini dialog kami:

Azriel : Mommy…tolong buatkan adik (dia suka bahasakan adik) susu. Adik dahagalah..

Mommy         : owh.. ok.. kejap yer
Azriel : Ok..
Mommy         : Nah susu adik. Meh amik..
Azriel : Terima kasih mommy, buatkan susu kat adik..
Mommy         : melting… terkulat kulat bebola mata mommy.
Azriel : Hmmmm.. sedapnya susu mommy buat kat Azriel ni..
Mommy         : berkaca biji mata kagum pun yer.. 

Kagum sungguh aku dengan anakku ini, seusia 3 tahun sahaja dia sudah mula menghargai pemberian/perbuatan keatasnya. Seperti ucapan terima kasih, Azrial menunjukkan rasa kasih dan hargai perkhidmatan yang mommy buat untuknya. Itulah detik paling berharga bagi mommy apabila anak mommy mampu mengucapkan terima kasih pada mommy. 

Anak kesayanganku, Azriel, memang tidak salah pilihan mommy untuk sediakan susu Dugro® sebagai gantian makanan sampingan kamu seharian. Melihat kamu membesar seharian dengan cergas dan sihat, menjadikan mommy – ibu yang sangat bangga. Azriel juga sukakan Dugro® Multi Grains yang mengandungi kebaikan susu dan empat jenis bijiran termasuk oat, gandum, jagung dan beras yang merupakan sumber karbohidrat kompleks.

Dengan bekalan tenaga yang dibebaskan secara beransur-ansur daripada karbohidrat kompleks tersebut, ia membantu Azriel kekal kenyang dan aktif sepanjang hari. Lihat sahaja saiz tubuhnya, jika dibandingkan student yang sebaya dengannya di sekolah, dia adalah antara pelajar yang paling tinggi dan besar untuk kanak-kanak berumur 4 tahun.

Terima kasih Dugro® kerana melancarkan roadshow Dugro® ‘Build A Backpack & So Much More’ ini untuk mommy dan anak-anak – bestnya kami dapat meluangkan masa bersama dekat 1 Utama Shopping Centre hari itu. Tengok tak, Azriel sungguh seronok bermain dekat booth ‘Fish The DHA’ ini – betapa lama dia memancing ikan mainan ni. 



Bagus juga game ni, memancing ikan dan dapatkan jumlah nutrisi yang cukup dalam setiap gelas serta menguji macam mana anak-anak nak kenal berlainan warna atau nombor yang ada pada setiap ikan itu! Selain itu, seronoknya aku dapat mereka hias backpack khas untuk Azriel…siap dengan pesanan, lencana-lencana comel dan namanya pun disulam dalam backpack tu. Bagus lah… selepas ni, Azriel bolehlah mengalas backpack ni ke nursery. 



Cam mana nak dapatkan backpack istimewa ini? Dengan setiap pembelian 6 pack 900g variasi susu Dugro® di lokasi tertentu roadshow Dugro® yang berlangsung di seluruh negara, sekarang hingga 30 April 2017! 


Layari lah laman web dan Facebook Dugro® sekarang untuk lokasi-lokasi roadshow dan keterangan lebih lanjut mengenai Dugro®:

Careline Dugro® (24 jam)http://www.dugro.com.my/careline
Hubungi : 1800-38-1038 





2 comments:

hyde dea said...

omg...omg..omg..
comelnye azriel & bag die tu...
kaler merah lagik...aunty nak jugak!!!
hehehe...
btw, lame jugak eh u bf Azriel..congrats!!
Aunty doakan moga Azriel terus jadik anak yang baik n boleh jaga mummy macam mummy jaga Azriel.
Amin.

Comel Azhar said...

hyde dea..

thank you so muchhooo untie !!!
lame xjumpa untie tak tau lah bila la boleh jumpa lagi, nak2 masing2 dah ada keluarga kan..
Azriel doakan untie pun maintain gorgeous dan hot macam selalu, dpt anak ramai dan dimurahkan rezeki..aamiin

Cuba Klik tengok apa jadi!