Memastikan anak saya mendapat makanan berkhasiat setiap masa, di mana jua

by - October 24, 2017

Naluri kasih sayang seorang ibu sememangnya tiada tandingan. Setiap ibubapa sentiasa ingin memberikan yang terbaik dan lebih lagi buat anak-anak mereka – lebih masa, lebih perhatian, lebih kasih sayang dan semestinya lebih nutrisi. Sebaik sahaja seseorang wanita menimang cahaya mata dan bergelar ibu, ia merupakan satu perjalanan yang sungguh bermakna baginya.

Memilih makanan berkhasiat adalah penting untuk tumbesaran kanak-kanak kerana nutrien yang cukup sangat penting dalam proses pertumbuhan dan perkembangan mereka. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengawal pemakanan yang diambil oleh anak-anak mereka kerana segala aspek bermula daripada pemilihan makanan, tabiat, cara makan dan jenis makanan yang ditunjukkan sejak mereka kecil lagi. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membentuk gaya pemakanan yang sihat kepada anak-anak mereka.

Sejak Azriel dilahirkan, walaupun tak cukup bulan, memang seronok dapat melihat Azriel membesar setiap hari – pelbagai kerenah dan telatah yang dapat diperhatikan, dan setiap detik perkembangan dia adalah sangat berharga pada aku. Kesihatan dia adalah perkara utama yang akan diberikan perhatian. Seperti sedia maklum, kanak-kanak yang dilahirkan tidak cukup bulan mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti pelbagai penyakit  dan seterusnya akan membahayakan kesihatannya. Sebab itulah, memenuhi keperluan nutrisi Azriel adalah tumpuan paling utama buat aku untuk setiap tahap tumbesarannya kerana sebagai ibunya, aku menjadi tidak senang hati apabila keadaan kesihatan Azriel mula menular. Nutrisi bukan sahaja makan secara seimbang, malah nutrisi yang menyeluruh haruslah merangkumi rangkaian vitamin dan mineral yang menyeluruh demi menampung pertumbuhan anak-anak kita¹. (Malaysian Dietary Guidelines for Children and Adolescents, NCCFN (2013), Page 66)

Azriel boleh dikatakan menyusu badan sepenuhnya sehingga dia berusia 3 tahun. Yer!! 3 tahun adalah tempoh yang lama tetapi aku juga bersyukur kerana diberikan peluang sejauh itu untuk memberikan penyusuan penuh kepadanya. Sejak dari umur 3 tahun, Azriel mula pergi ke nursery yang disediakan perkhidmatan pembelajaran untuk kanak-kanak di peringkat awal. Ini kerana pendidikan adalah sangat penting dan menjadi keutamaan juga selain daripada nutrisi pada masa kini. Ada sahaja mulut yang bercakap dan mengatakan aku ni seorang ibu yang obsess dan terdesak untuk menjadikan anaknya matang secara paksa. Pada aku, itu tidak menjadi halangan kerana Azriel telah membuktikan segalanya dengan perubahan dia dari aspek kematangan mental, emosi, fizikal dan potensi diri, jika dibandingkan kanak-kanak lain yang seusianya. Kalau aku ditanya perasaan saat ini, aku dengan yakin boleh katakan bahawa dia adalah putera kebanggaanku.

Anak kesayanganku, Azriel, memang tidak salah pilihan mommy untuk sediakan susu Dugro® untuk membekalkan Azriel nutrisi yang lebih optimum dalam kehidupan seharianmu. Melihat kamu membesar seharian dengan cergas dan sihat, menjadikan mommy – ibu yang sangat bangga. Azriel juga sukakan Dugro® Madu dimana masih berkhasiat seperti dahulu, dengan kelazatan madu dan tanpa sukrosa.
Dengan bekalan tenaga yang dibebaskan secara beransur-ansur daripada karbohidrat kompleks tersebut, ia membantu Azriel kekal kenyang dan aktif sepanjang hari. Lihat sahaja saiz tubuhnya, jika dibandingkan student yang sebaya dengannya di sekolah, dia adalah antara pelajar yang paling tinggi dan besar untuk kanak-kanak berumur 4 tahun.
Setiap minggu Azriel dihantar ke nursery untuk seharian disana sehingga aku menjemputnya, dan semestinya makanan yang dibekalkan untuknya haruslah mencukupi supaya aku tidak perlu bimbang jika makanannya mencukupi atau tidak. Buat pengetahuan semua, Azriel adalah seorang kanak-kanak yang mempunyai selera makan yang tinggi dan boleh dikatakan, nasi adalah makanan utamanya yang mampu memberikan dia tempoh kenyang yang tinggi.
“Memang terasa bangga dan sangat gembira apabila kita dapat menyediakan makanan yang bukan sahaja enak, tapi penuh khasiat untuk anak-anak!”


Pada mulanya aku sangat risau. Yela kalau aku sendiri yang menjaganya, semestinya setiap kali dia minta untuk makan, senang sahaja aku sediakan… Tapi, kalau di sekolah pula macam mana? Nasib baik lah ada susu Dugro® yang dirumus khas dengan khasiat DHA, 15 Vitamin & Mineral serta lcFOS unik (kandungan serat), untuk para ibu yang sentiasa ingin memberi Si Manja mereka lebih lagi nutrisi. Aku tertarik dengan kelebihan susu Dugro® sebab ia boleh membantu perkembangan dari pelbagai segi yang diperlukan oleh anak-anak dalam pertumbuhan tahap awal. Sejak Azriel mula minum susu Dugro®, ia telah banyak membantu aku dalam penyediaan kesemua nutrisi penting yang perlu ada pada seorang kanak-kanak.

Muka ceria dimana seceria hidangan bekalnya
Dengan 3 variasi bekal yang menarik juga mampu menarik perhatian mata Azriel untuk makan.

Ini makanan tengah hari untuk Azriel, seperti semua tahu Azriel memiliki selera makan yang tinggi dan mudah berasa lapar. Kalau pulang sahaja dari Taska mesti akan mengadu "Azriel lapar lah mommy nak ayam goreng"! Berpunca dari sinilah saya sebagai ibu sentiasa ingin memastikan Bekal Nutrisi disediakan, dan Azriel dapat menikmati makanan yang berkhasiat dan lazat sepanjang hari apabila perutnya kosong. Lagipun dengan isian bekalan didalam bekal yang comel molek ini, Azriel akan lebih teruja menikmati hidanganya.


Pastikan Si Manja mendapat lebih lagi nutrisi dengan bekal hidangan air tangan ibu! Kumpulkan semua 3 warna menarik! Maklumat lanjut promosi di http://dugro.com.my/promosi_dan_acara/ncp . Nak tak bekal macam Azriel? Senang sahaja anda boleh dapatkan satu bekal dalam 3 variasi warna pilihan untuk anak anda sekarang dengan membeli dua pek Dumex Dugro® 900g sebarang variasi, sementara stok masih ada! Promosi berakhir pada 31 Oktober.
#DumexDugroMY #LebihLagiNutrisi #dugrokid #dugro #zairielazrielhezry #bentoforkids #kidsappetite


You May Also Like

2 Comments

Powered by Blogger.