25 April 2015

Eyebrow Models Review


Kali ni entry pasal kening. Sekali lagi aku upkan pasal eyebrow tutorial. Kalau sebelum ni, tutorial eyebrow ni aku penah post kat previous entry.. Klik sini
Ok kali ni, aku nak share cara paling mudah senang tahap bentuk/lukis kening sambil kopek kuaci. Hah.. mampu?? Dengan alat yang akan aku kenalkan kat bawah, confirmed korang akan suka.

Kat mana aku jumpa Eyebrow Models ni. Hah.. masa tu aku ngan en asben masuk DIY kat dalam Jusco Eon. Benda lain yang aku cari benda lain yang aku jumpa. Taaadaaa.. dahla harga dia.. korang nampak kan? hihi murah tahap dewa. Kalau kat online shop ni sah-sahlah dorang jual dengan harga puluhan ringgit. Sebelum ni aku selalu je tengok iklan  atau Instagram yang duk promote Eyebrow Models ni. Tapi bila pikirkan balik, nak ke spend untuk hanya alat bentuk kening, sedangkan aku dah biasa conteng secara manual je kot kening aku hari-hari. Memandangkan harganya yang murah.. Aku pun sambar dan bawak balik lah. Jomlah layan gambar dan video end result lepas aku apply Eyebrow Models ni.





Dalam satu pack/set ni ada 6 bentuk kening yang korang boleh guna untuk bentukkan kening korang mengikut kehendak. dari nipis sampai lah bentuk kening tebal. Hah sangat bagus bagi mereka yang tak pandai naak conteng kening. Jenuh nak belajar conteng, tetap jugak tangan gegel. kesudahannya akan jadi macam kening awek kat bawah ni...... hahahhah..


Cantik sangatlah gamaknya tu.. style katanya.. (hahah sorry Fauziah Gous ) tak bermaksud nak gelak.. memang terpakse gelak sebab hover na make up retis ko conteng kening ko.. hagak-hagak lah.. orang asli skang pun lagi cantik kening die dari kening ko dalam filem ni. hihi

Dan sini end result dan juga short video (video acam hayem.. sebab last minute takleh nak edit sebab tak boleh baca format video) layankan ajalah yer..





Perbezaan antara kening kanan (Eyebrow Models) dan kiri (tanpa make up). Amacam.. cepat pantas dan terletak.




Aku rasa bagus juga alat ni, untuk beginner yang baru nak berjinak pinak dengan melukis kening. Senang apply, sekadar letak frame kening kat dahi, sketch pakai eyebrow pencil.. taaadaaa..siap! mudah bukan. 


0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!