4 February 2015

Tutorial bentuk kening tanpa perlu bercukur.

Ok segelintir kawan-kawan duk bising dan kerap tanya, macam mana aku buat kening aku, kata dorang nampak tersusun rapi. Cukur ek? Eh..eh.. taklah ni memang macam ni. Tapi kalau tengok betul-betul sangat tak lawa. Tapi kalau kena gayanya boleh bikin dia bagi nampak kemas dan sharp.Dan  aku di minta untuk update cara tatarias untuk bentukkan kening. Alhamdulillah berkat belajar kelas make up dengan Cik Pn Farah Adnan (MUA). Biasanya nak buat tuto ni lebih afdal kalau buat berbentuk video, tapi tula masa asyik tak mngizinkan, dan aku rasa ini cara terpantas aku mampu sediakan. 

So tak nak celoteh banyak jom layan step gambarajah yang bakal aku share kat sini yer.



Ok ini yang korang kena adakan yer. seperti Brush kening, Pensiliner/eyebrow pensil ,corrector/foundation dan eye pallete. cukup lah.


  •    Lukiskan lakaran kening yang di ingini seperti gambar aku tunjuk kat bawah, ikut suka 

korang lah nak jenis lakaran macam mana sekalipun, menegak, melintang tebal nipis semua boleh bikin, takyah nak cukur or cabut yer.


  • Kedua kemaskan dengan menyikat sapuan lakaran tadi menggunakan berus kening/sikat kening. dan kemudian sapukan foundation atau corrector pada barisan bulu kening yang taknak kelihatan, ini akan memastikan kening korang tak berterabur. Nampak lah macam fake eyebrow, orang mesti ingat korang cukur, sebenarnya tak. pahtu dah sapu foundation tu. deep.. deep dengan sponge atau berus ataupun guna eye shadow pallet bagi membayagi image kening buatan korang yer. (paham ke tak apa aku bagitahu ni). Aku pun tak tahu macam mana cara nak bagi korang paham, dengan harapan tutorial bergambar ni mampu dipahami sudah. hihi.






Tarraaaa... dah siap!! senang tak? Sorrylah nak buat tutorial video, mahap lah maklum lah, dah ada anak susah nak dapat privacy lah, mau kang tengah duk record live tuto.. buatnya si Hero aku buat photo bomb ataupun konsert sepanjang zaman bersempena back up singer untuk background muzik nt. huhu.. So camni jela cara terakhir yang aku boleh share yer.





Final Look.


Amacam ok tak? harap tutorial bergambar ni mampu membantu korang yang masih tertanya, tanya macam mana kening aku terbentuk. So takyah susah-susah cukur yer. Ini macam lakar dan calit pun sudah jadi kening nora danish yer (eh dia punya lagi tebal aku tak suai ada kening setebal tu).






0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!