Makan Sedap Hati Senang Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan

by - August 04, 2019


Excited nak makan semuanya...

Semalam I berkesempatan menjamu selera di Shah Alam Sek 13 Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan. Ini pertama kali sampai kesini dan amat teruja kerana mereka menghidangkan juadan dan pelbagai aneka makanan seafood dan serta daging yang segar. 




I memang suka makan steamboat dan tentu saja Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan memenuhi citarasa I dimana terdapat 150 aneka juadah yang dapat dinikmati. Hah juadah pelbagai mesti korang risau tentang harga kan? Eh jgn risau kerana harga yang dikenakan amatlah berpatutan dan korang takkan sangka pun. RM29.90 dewasa dan kanak-kanak RM19.90 sekepala dan lihat saja suasana kedai yang "Full House". Mempunyai dua ruang makan samada dikawasan terbuka atau berhawa dingin.



Hidangan makanan berat seperti nasi lemak, gulai ayam dan daging beserta gorengan juga ada. Hah jangan risau kalau anak korang seorang yang picky eater kerana meraka ada menyediakan dessert seperti kek juga ias krim kegemaran semua. Yeah kegemaran i juga.

Malas nak karang banyak jom layan gambar juadah yang ada di sini.





9 jenis sos pencicah pilihan

















Menyelerakan bukan? Malah korang boleh juga mengadakan sebarang acara istimewa dan aktiviti kekeluargaan di sini. Seperti sambutan hari lahir juga jamuan makan berkumpulan.

Ini yang kitaorang makan.. maaf bila sibuk nak pangang dan rebus sampai tak sempat nak snap gambar hidangan yang seterusnya..huhu sebab terlampau sedap terutama sos kicap.





Ini hidangan pertama.. dan seterusnya.. tak sempat snap.. maaf sebab kami teruja.

Alhamdulillah kami kenyang


Ok keterujaan setelah makan dengan jayanya.. Thanks Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan next time kami datang lagi..

Ok sekarang I akan share lokasi untuk memudahkan korang datang dan nikmati makanan yang enak ini. Rugi kalau tak datang kerana ia murah dan lumayan hidangannya. Nak-nak orang sekitar Shah Alam. 

Waze je : Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan

 No.1 jalan lompat tinggi,13/33m section 13,40100 shah alam, selangor, 40100 Shah Alam, Malaysia

 https://www.instagram.com/dkayangansteamboat/

 Send message 012-297 1091

Waktu Operasi :

Ahad   - 3pm–12am
Isnin  - 5pm–12am
Selasa - 5pm–12am
Rabu   - 5pm–12am
Khamis - 5pm–12am
Jumaat - 5pm–12am
Sabtu  - 3pm–12am



Landmark : Bersebelah Acappela Suite Hotel Shah Alam dan hanya 2 minit jarak dari Stadium Shah Alam.

Jadi Jom ramai-raamai yang disekitar Shah Alam dan semua daerah kita terjah dan nikmati juadah yang lumayan bayaran.

Makan lah sampai kenyang nescaya korang akan tidur dengan amat aman.

Selamat menjamu selera korang!!

You May Also Like

13 Comments

Powered by Blogger.