Beaconhouse Charity Carnival 2019

by - April 29, 2019



Aktivi Sabtu pagi lepas di BeaconHouse International School PJ. Ini bersempena Beaconhouse Charity Carnival 2019. Memang banyak aktiviti menarik termasuklah gerai makanan yang menyediakan hidangan menarik untuk dinikmati.
Dihadiri oleh 1,000 pelajar termasuk tenaga pengajar bagi membantu dan menyumbang kepada Benefit Child Treatment and WWF malaysia dengan tema Little Hands, Big Hearts bertempat di Beaconhouse Sri Inai International School, Petaling Jaya.







Ok nak cerita pengalaman semasa berada di Carnival tersebut. Sumpah teringat balik zaman sekolah 20 tahun yang lalu. (huhu terasa tua sudah. Tapi melihat saja kepada kemeriahan majlis membuatkan kita sebagai ibubapa turut berasa teruja untuk menyertai aktiviti dan program yang dijalankan.












Dah menang boleh redeem hadiah tau


Pertama kali sampai ke kawasan sekolah ini dan amat teruja dengan kebersihan dan susun atur bangunan sekolah. Para guru amatlah mesra dan paling penting banyak membantu dalam mengendalikan acara. 

Azriel lah yang paling excited kerana dapat menyertai kesemua game yang di adakan. Apa yang menarik sepanjang acara sehingga jam 3 petang ni adalah, setiap pembelian dan penyertaan peserta / pelajar haruslah menggunakan kupon yang bernilai RM30 dan pengunjung juga mampu menambah baki jika sudah kehabisan credit. Menarik bukan.

Setiap game mengenakan Cas RM2-4 bagi setiap acara, ini menjadikan kanak kanak teruja. Disiapkan dengan majlis pembukaan dimana pelajar-pelajar dari BeaconHouse sendiri mengadakan persembahan pembukaan. Sangat lincah dan comel.




Yang membuatkan I sebagai parent berasa excited bila waktu membayar permaianan atau membeli makanan. Kenara hanya kupon dibenarkan dalam urusan jual beli. Sangat menarik kerana budaya ini masih dikekalkan dan kelihatan para pegunjung dan guru serta pelajar sangat menikmati majlis tersebut.

 Untuk melihat lebih lagi kemeriah majlis boleh lah refer gambar lihat bertapa sukanya anak-anak dan majlis sangatlah meriah.

Last sekali boleh lah berdaftar untuk program Holiday Camp.



You May Also Like

0 Comments

Powered by Blogger.