Za Lips Essence and Plumper Lips Review

by - February 02, 2015

Ok review kali ni melibatkan lips essence yang mana ia sangat berguna kepada pemilik bibir kering macam aku. Yer bibir aku memang mudah kering, so gigihlah setiap kali aku akan menyapu lipbalm untuk memastikan bibir aku sentiasa kelihatan lembab. Dan pulak aku ni jenis pengemar geget bibir, so kehdahnya kalau aku pakai lipstick biasanya kekal 15 minit pertama, yang lain tinggal kerak sebab menjadi kebiasaan aku duk kupil bibir guna gigi.

So Bulan lepas aku ada pergi Guardian store pahtu akak promoter tu beria bonar duk promote product Za ni. Dan aku memang jenis pantang orang racun cakap bagus, mula lah mengeletis nak beli dan cuba. Ternyata end result selepas pemakaian selama 1bulan membuahkan hasil yang memuaskan. Bibir jarang merekah dah nampak moisture.

Kelebihannya aadalah bibir akan kekal lembab sepanjang hari, dapat mengurangkan kadar rekahan dan kulit kering pada bibir, sapuan nipis sudah cukup untuk menjadikan bibir korang kelihatan seperti memakai lipsgloss. Kandungan vitamin E yang membaiki sel kulit kering dan kulit merekah, sehinggakan kulit korang akan tampak moisture semula jadi. Tak caya kena beli dan cuba. Takda bau atau rasa. Amat selamat bagi mereka yang sangat sensitif pada produk make up yang ada extract essence dari segi bauan. 




Bila nak apply? semestinya sebelum apply lipstick ok. ingat tu. an lihatlah result selepas itu.

yang berikutnya Plumper Lips. Aku beli Kod 07, pinkish2 je kalernya. kelebihan adalah ia sangat moisture, bila korang apply kat bibir ketara nampak sangat sapuan menjadi rata, sangat hydrated watery dan yang bagus ia tak melekat pada gigi. Terasa macam pakai lip gloss tapi tidak. Kandungan kolagen yang membantu melembabkan permukaan kulit bibir, siap ada Evening Primary oil (EPO) lagi. memang bagus untuk kulit bawah bibir. Didatangkan dengan 10 kod warna yang pasti korang suka. harga dah lupa lah tak silap Rm30 seketol. nanti try cari kat Watson n Guardian ok.






Ok ni end result bila apply kat bibir aku. Moisture bukan?? hah.. nanti boleh lah beli kedian kot ada yang nak mencuba tu.

You May Also Like

0 Comments

Powered by Blogger.