Dapatkan tidur yang selesa dengan Tilam Goodnite
Tulang belakang adalah bahagian tubuh kita
yang sangat penting tetapi seringkali kita abaikan. Padahal di tulang belakang
inilah tersimpan dan terlindungnya saraf-saraf yang paling penting. Kadangkala
kerana kesilapan kita sendiri maka terjadi kerosakan atau kecederaan di tulang
belakang, yang mengakibatkan pelbagai masalah yang terpaksa ditanggung. Penjagaan
tulang belakang adalah penting bagi mengurangkan masalah seperti sakit
belakang, sakit tengkuk, rasa letih lesu serta kita merasa sihat cergas dan
berkeyakinan. Salah satu cara atau tips menjaga tulang belakang juga
termasuklah mendapatkan tido yang sempurna dan selesa. Bila tido sempurna dan
cukup, maka kesihatan juga terjaga contohnya membaiki daya ingatan, mengelakkan
penyakit jantung dan tentu sekali masalah penuaan disebabkan tido tidak cukup
atau sempurna. Selain itu tidur yang sempurna juga dapat mengurangkan tekanan
seharian membuatkan tubuh anda penat dan sekali gus mempengaruhi hari yang anda
lalui. Anda akan menjadi mudah marah, tidak bersemangat, hilang tumpuan dan
tidak gembira apabila keadaan tidur yang tidak sempurna ini mempengaruhi rutin harian
anda.
Hmm tengah berjalan dalam Mall tiba-tiba
nampak tilam Goodnite Forever Love tengah display. Amboi.. terus mata terpaku
jangan ditanya apa perasaan. Rasa nak terjun, baring bergolek semua ada.
Bestnya bila labuhkan diri ke tilam tu aduhai, nyaman sungguh rasa dah taknak
bangun pula.
Kalau nak merasa tilam hotel boleh lah beli
tilam Goodnite Forever Love. Hah tagline pun “Goodnite Forever Love” ibarat
tidur dalam malam penuh kecintaan gitu. Dasyat, sah-sah feeling cinta habis
bila tido atas tilam ni. Tahukah kelebihan tilah Goodnite Forever love ni
adalah 5 Individu Zon Bersalut Sistem Gegelung, Busa Bio Kepadatan Tinggi, Busa
Bersalut Reka Bentuk, Atas Mewah, Rekabentuk Bertepi Geometri Indah, Ketebalan
Tilam: 15.5 inci, Mattress Firmness: Firma Sederhana dan Lapisan Keselesaan G-Latex™ Getah Asli Premium. Sememangnya Goodnite sememangnya pakar dalam
pembuatan tilam ni. Semestinya pengguna akan berpuas hati dengan tilam dari
Goodnite.
Memang berbaloi kalau nak beli tilam
Goodnite ni, jika dipandang pada harganya memanglah mahal tapi kualiti tido
yang diperlukan, dari segi keselesaan dan spec yang ada pada material Goodnite
ni, mampu buat pengguna sangat berpuas hati. Terutama sekali Doctor. Aku ada
seorang kawan bekerja sebagai doctor di salah satu hospital dalam negara,
bekerja di unit kecemasan membuatkan beliau sentiasa mngimpikan tempat untuk
rehatkan badan setelah seharian sibuk bertugas. Semestinya dia juga memperakui
yang tilam Goodnite Forever Love ini sangat bagus dan berbaloi untuk di beli.
Bukan sebab harganya tapi kualiti tilam tersebut.
Untuk maklumat semua harga bagi setiap
jenis adalah berlainan
- - Queen size (5’) = dari RM4,399.00
- - King size (6’) = dari RM5,199.00
So apa lagi, untuk yang sedang mencari
tilam yang mampu membuatkan korang tido nyenyak hingga tak sedar bumi tengah
gempa, boleh lah beli tilam ni. Berbaloi sangat terutama sekali yang bertugas
atau menjalankan kerjaya yang menggunakan kudrat seharian dan memerlukan tempat
paling selesa di abad ini untuk merehatkan badan. Pilihlah Goodnite Love Series . Aku
amat suka Forever Love dari range tu. Nescaya akan terlena dan terhindarlah korang dari sakit belakang,
sakit badan mahupun mimpi menakutkan (kidding).
#GoodniteLoveSeries #YourSleepingPartner
#Statfree
18 Comments