Cara Pemakaian BEDAK yang betul supaya sapuan menjadi rata dan tahan lama.

by - August 12, 2016



Dah sekian lama aku jarang sangagt nak update pasal tips kecantikkan mengikut cara sendiri. Disebabkan waktu yang terhad dan sumbangan task kerja yang memang tak boeh nak tolak menjadikan aku seorang yang ..adoiyaiii malas sangat nak update. Tapi sejak kebelakangan ini. Ramai yang bertanya aku tentang cara aku menjaga kulit wajah. Tak semua orang bernasib baik untuk memiliki kulit wajah tanpa perlu dijaga. Walaupun aku bersyukur dating dari ahli keluarga yang mana sejak dari orang tua aku sampai lah adik beradik kami memang takda jerawat. Kira jerawat jarang nak menempel melainkan kes-kes masalah wanita. Dan untuk aku yang seharian di hari kerja. Pemakaian make up pada muka boleh dikatakan melebihan 8jam sehari. Tapi bagaimana aku kekalkan kulit wajah supaya ia tidak merosakkan kulit, malah ia membantu lag dalam menjaga mutu kelembapan kulit.


Kebanyakkan dari kita kaum wanita terutama sekali sanggup invest untuk produk make up selain dari kasut dan juga handbags. Aku tak terkecuali, Cuma pada aku tak bergantng sangat pada barand sesuatu produk, tapi lebih mementingkan keserasian pada kulit bila pakai. Macam kita invest untuk bisnes nak jugak kita tengok tahap ROI nya. Kalau boleh nak untuk, sama lah juga untuk kecantikkan, buat apa kalua spend sampai ribuan ringgit tapi hasilnya kadang mengecewakan. Make up terutama sekali merupakan koleksi alatan yang mampu mengubah rias wajah seseorang yang biasa jadi menawan. Kalau kena acara memang lah cantik resultnya. Salah satu alat solek yang aku maksudkan adalah BEDAK.



Bedak ini biasanya adalah alatan kecemasan dan yang terpenting bagi wanita. Sampai kemana sahaja mereka pergi bedak adalah alatan asas yang wajib ada bersama dalam handbag diorang. Kira bedak ni sama penting lah dengan foundation. Bagi yang suka berbedak ni, kalua tak pakai rase tak lengkap proses peloleskan kulit wajah. Nak-nak bagi yang kulit berminyak. Alhamdulillah untuk aku yang memiliki jenis kulit normal dan mudah dijaga. Sejujurnya aku tidak menggunakan bedak muka setiap kali bersolek, cukup dengan toner, moisturiser, foundation/sunblock/takpun cream muka an nur /sendayu tinggi. Hihi… Yela adalah pakai bedak selalunya kalua aku ada terlibat dengan event office yang memperuntukkan masa dari pagi ke malam hari. Walaupun berkulit normal kalua dah seharian harus juga lah sebum minyak kulit terhasil yer dak? So bedak salah satu alat solek yang mampu menyelamatkan keadaan kulit muka kita masa tu. Setuju tak?.


Kelebihan BEDAK itu sendiri adalah berfungsi untuk menyempurnakankan sapuan foundation pada wajah asasnya, selain itu juga ia dapat menutupi cela wajah, mole spot ataupun parut pada wajah dan juga redness pada kulit wajah. Kira kekurangan kat muka boleh terhindar sekiranya tau teknik dan tips pemakaian bedak yang betul. Sehinggakan kulit kita akan kelihatan blend well dengan bedak yang kita apply sampai orang tak perasan pun yang korang pakai bedak sebab BEDAK yang dipakai diapply dengan cara dan teknik yang betul. Serta juga pemilihan tone warna bedak yang bersesuaian bagi kita golongan yang mempunyai kelas warna tertentu bagi kulit orang asia.


Dan berani aku katakana ada je yang aku tengok diorang setakat sapu bedak secara ala kadar tapi tidak mengunakan cara dan teknik yang betul. Iyer BEDAK yang korang beli dah mahal kot, branded lagi, tapi kalau just main sapu je dah trus harapkan keajaiban supaya muka korang boleh nampak keakan Song Hye Kyo, itu kena mimpi dan berdoalah paling tak pun verangan lah macam aku ni hah. Tak juga jadi lawa macam dia.


So motif aku buat post entry ni adalah untuk kongsi dan sama-sama kita amalkan cara dan teknik yang betul dalam pemakaian BEDAK supaya BEDAK yang kita tepek kat muka tu rata dan tahan lama.



Cara Pemakaian BEDAK yang betul supaya sapuan menjadi rata dan tahan lama.

  • WAJIB! Wajah dibersihakn dahulu, tak kisah lah cuci dengan apa jenis sabun pun, sekarang produk sabun muka dah banyak, ada yang jenis foam ada yang jenis buku dan ada je yang jenis spray.(teknologi betul skang.). Yer kena make sure muka betul-betul bersih ok. Pahtu sambal-sambil lah sikit buat urutan manja kat muka, bukan susah pun, ikut cara iklan fair n lovely pun boley (bulatan sparuh skali bulatan sparuh skali) nahhh… dah rata baru cuci. Cuci kena lah bersih-bersih yer sampai ilang saki baki sabun kat muka. Ingat kalua tak betul-betul bersih tu yang kadang menyumbang kepada infection kat wajah yer.

  • Lepas tu lap kering-kering. Kemudian sapulah toner, bagi aku kalua guna toner takda aku oleh pakai kapas, terus aku picit atas tapak tangan dan gomol seluruh wajah. Lebih puas hati bila semua toner terletak atas kulit tapi bukan pada tisu.

  • Lepas tu pakailah pelembab+sunblock (pilihlah sunblock dengan SPF 17. Sunblock dengan kandungan SPF 17 bagus kerana nilai SPF 17 adalah amat sesuai bagi kita orang asia yang bersuhu lembab ni).


  • foundation.Yang ni aku memang wajibkan pada kulit muka aku, sebab pada aku, itujela bahan yang mampu menyumbang dalam menjadikan kulit aku Nampak sihat selain dari cara pemakanan aku. Semestinya produk yang digunakan adalah mengikut nilai komitment dan kemampuan korang. Murah xsemestinya tidak bagus dan mahal belum tentu serasi dengan kulit kita. Masa menggunakan foundation, sapu dengan cara merata pada wajah terutama sekali bahagian yang tersembunyi seperti dahi yang ditutupi oleh rambut. Stuju?

Last step semua dan selesai barulah sampai ke olesan terakhir untuk alas wajah iaitu BEDAK. Bedak ada macam jenis, yang mineral, yang comparts, ada juga two way cake dimasa bole diguna ketika sponge basah atau kering. Dan ramai yang silap tentang cara kendaliannya bila hendak diapply pada kulit.


  • Ketika hendak memulakan langkah sapuan BEDAK, harus dingatkan sapuan hanya cukup sekadar menepuk, atau lebih senang paham deep-deep je. Itu adalah dimana kesan dari sapuan moisturiser dan foundation tadi mampu serasi bersama(bukan sehati berdansa yer) bersama menghasilkan effek pada kulit wajah supaya nampak natural dan asli.(sapuan haruslah termasuk kawasan leher ok. 

  • Salah satu teknik lagi menggunakan berus muka, dimana berus untuk olesan bedak pada wajah haruslah mempunya permukaan rata. Sebab kulit kita boleh di ibaratkan sepeti kulit buah oren, ada pori pada permukaan wajah. Kebaikan bila menggunakan berus adalah ia lebih sekata, BEDAK dapat di ratakan di seluruh liang kulit, sehingga menghasilkan kesan wajah yang segar. Tak percaya? Korang kena cuba. 



  • Serious tak menyesal, lama kelamaan kulit Nampak blend weel dengan BEDAK yang disapu juga ia dapat mengawal aliran minyak pada wajah, paling penting, muka korang takkan Nampak cakey,tebal dan merekah. Semestinya untuk dapatkan hasil yang bagus tak semestinya bedak kena tepek tebal-tebal kat muka. Dah macam tepung gomak. (muka akan Nampak fake dan bertepung) paham dak?!


** alah macam iklan Terlajak laris tu (Muka je putih tangan hitam) bersepah aku jumpa orang macam ni. Kulit gelap pun cantic dik kalua ken acara dan warna bedak yang kita pakai. Bukan limanambelaskali kau tepek bedak compart Johnson&Johnson tu kat muka…ngeri dah akak tengok muka adik tau, Nampak bertepung sangat) – Dari kisah benar, masa nak solat aku tengok ada satu awek PNB tu, alah bebudak remaja, manis orangnya berkulit sawo matang, dari aku mula nak solat sampai aku abis solat aku tengok die punya tepek bedak beria kat muka, ape kawan dia tak tegus ke yang muka die dah terlebih putih dari tangan)OMG jangan lah camtu dik, esok2 kalau pakai bedak tebal-tebal kulit pun dapat kesan kekeringan tau, sebab untuk kulit remaja ni sekadar olesan tipis pun mampu buat kulit korang cantic, minyak muka pun perlu untuk kekalkan kelembapan kulit. Kalau tak akak berani jamin kalua awak cuci muka awak tu, lepas tu biar sekejap mesti kulit rase kering dan xselesa. Sebab minyak yang sepatutnya perlu untuk lembabkan kulit abis ko bagi tepung BEDAK  sedut. Hihi (sikit perkongsian lah).


Itu jela kot tips cara aku apply BEDAK kat muka. Ohh lupa, kalua bedak muka aku guna HD high definition Powder (jenis loose powder). Kira bedak debu jenis mineral. Tapi tak pakai hari-hari bila ada event yang kena standby muka lawa 24jam.hahahahah


Ok hakak belanja satu pic yang mana hakak memang ada apply bedak sebab masa ni nak kua date ngn buddy lepak hakak cik Arlya. kesannya seharian memang wow... kalau ikut teknik yang aku cakap tadilah.




You May Also Like

2 Comments

Powered by Blogger.