14 June 2016

Review : IN2IT Lash Xtra Mascara # MIL01 Very Black Washable and Lengthen


Ok kali ni nak buat review pasal mascara IN2IT Lash Xtra Mascara # MIL01 Very Black Washable and Lengthen telah di cipta bagi pemilik bulu mata pendek terutama sekali Wanita Asia. Kepekatan dan warna yang hitam menyelaputi setiap helaian bulu mata. Sehingga ia menjadikan bulu mata asal panjang dan memukau. Kalau di sapu berulang kali pada bulu mata akan menampakkan seperti kita sedang pakai bulu mata pelesu gitu. Kalah Che Ta diknon. Ia mascara variasi Nylon Fiber Brush yang mana ia mudah dibasuh dan mudah tanggal.
Review aku…


Takdalah indah perkhabaran dari yang diceritakan kenapa...??

  • ·       Mascara yang bertompok dan tebal pada applicator menyukarkan sapuan.
  • ·       Mudah comot dan sampai meninggalkan kesan comot ketara pada lingkaran mata.
  • ·       Fiber dia mudah jatuh dalam mata. Mata cepat merah dan lambat kering.



Tapi tetap ada kebaikkanya…antaranya


  • ·       Harga murah je. tak silap RM18++ je
  • ·       Mudah didapati kat Watson atau Guardian seluruh Malaysia.
  • ·       Kalau pakai secara berhati hati dan cermat. Still boleh guna mascara ni.(kira lepas sapu terus duk depan kipas supaya cepat kering.hahahah…
  • ·       Takdalah senang basuh kot. Still kena guna air+sabun baru kotor tu ilang.




Gumpalan mascara pada applicator


Untuk kali ni rate aku tentang IN2IT Lash Xtra Mascara # MIL01 Very Black Washable and Lengthen ni hanya lah 2.5/5 (Rase kejam lak bagi rate banyak tu.. tapi nak buat macam mana kena lah jujur yer dak??)


effect memang cantik lepas apply secara berhati hati.. tapi tulah jatuh-jatuh lak fiber die dalam bijik mata mak..pedih wooo)

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!