2 October 2013

# Azriel's diary

1st time bawa Azriel pergi kenduri kawen


Pertama kali yer bawa Azriel pegi kenduri kawen, hah tau2 jela bila ada anak ni. Nak berjimba skali pun dengan kawan anak jangan dilupakan. Heheh tapi kan kalau ada orang nak jagakan Azriel every weekend nak je aku bagi. Tapi tulah kang aku lak yang tak boleh duduk teribgat anak hukhuk.


So hujung minggu lepas. Umi ex office mate masa kat petronas dulu ada buat kenduri menyambut menantu bagi pihak abang die. Alah.. Umi belom layak lagi nikah sbb masih kanak2 riang da. So kenduri tu berlansung di Ukay Perdana. Apa lagi kebetulan aku memang tak ada rancangan hujung minggu tu. Gigih lah kendong si Azriel ke sana.


Omak aih...tau2 jela kenduri namanya pun. Ramai orang bising ngan panas lagi memang struggle lah bawa Azriel. Nasib baik ada hajar tolong gilir jagakan Azriel. Lagipun aku suka nak ajar Azriel supaya dia biasa dengan suasana kelam kabut camtu bising dan serabut. Supaya bila nak bawa pegi keluar memana dia dah biasa kan. Kesian sikit sebab Azriel ni jenis yang cepat berpeluh even taangan dan kaki die memang jenis berpeluh. Tambah lagi keadaan ramai. Walaupun ada angin sepoi2 bahasa bahang panas tu tetap lah rasa. Yela kalau aku dah rasa panas berpeluh anak kecil ni apatah lagi kan?


Kenduri ni ada special menu siap kambing golek dibakar dalam suasana panas terik. Perghh ada yang sanggup beratur dalam panas. Nasib baik aku xmakan kambing. Nak beratur apetah lagi memang tak la kan. Hahahha..


Mood Azriel sangat ok. Cuma bila hujung2 tu die dah membebel bahasa jerman. Sahlah mengantuk nak tido penat. Lepas sumbat botol dia cuba nak tido tapi irama lagu2 pengantin buatkan die tak lena. So aku trus minta diri nak balik lah yer kesian dekat anak dah berpeluh dia. Kesian anak mummy kan..


Aku bangun nak balik dukunglah anak bujang aku ni. Skali hajar bagitau dia dah terrrrtido da.. alahai kesian anak mummy penat la tu. 1st time katakan...takpe sayang rehat yer.


So aku gerak nak balik boleh lah tergerak hati nak pegi ONE BABY WORLD kat Taman Permata. Apa lagi sambar lah 2, 3 barang yang tak sengaja terbeli. Nak cari benda lain jumpa benda lain..alang2 dah sampai beli jela kan. Nasib baik hajar jugak yang sudi temankan aku. Owh yer mane pegi hubby aku..hehehhe aku tinggal dia kat umah memandangkan ini perjumpaan kaum2 hawa saja ok. Bubu duk umah ok. Rehat2 yer. Mummy kua lepak ngan kawan lama kejap je.


P/s: Azriel haritu menjadi favorite attendees yang datang even cameraman pun siap minta nak dukung dia. Azriel memang lah sangat suka orang dukung die. Ape lagi sambil senyum simpul sambil2 masukkan jari dalam mulut mengada tau..
Skang Azriel dah berusia 5bulan setengah..

No comments:

Post a Comment

Pinkygroupsaid

Si peminjam Hati Tinggalkan Tapak

Popular

Total Pageviews