Aktiviti opis memang rutin wajib bagi Cradle. Boleh di katakan ini lah satu satunya company yang sangat2 aktif penah ako join selama pengalaman ako bekerja.sangat best, enjoyed , dan semua adalah sangat2 lah sporting moting..

So kali nih cradle telah mengadakan satu tournament yang dinamakan..jengjengjeng....


hah!!! sempoi je kan advertisement..

so siapa kumpulan kami mari kita pakat kenalkan ok..
Team ni nak kate teror xdalah sangat stakat skor paling teruk pun 80point dan semestinya jatuh ke tangga cik puan Adrena si pemilik kasut saiz 3.  weehoooo....


hah ini ketua pasukan kami bersama his wife En.Firdaus (yang slalu perasan masih terasa diri abag2 gituu) dan wife die si pemilik kasut saiz 3 yang sangat manja dan both of them sangat2 romantik suka ako nengok..aouchhh...


memperkenalkan veliau bersama angka kasut pilihan hahahahaah (kecik sungguh..agak2 mesti seksa tukang pembuat kasut tu nak siapkan kasut yang secomel siz ni heheheh)


tengok lah gelagak ako yang xtau bersopan..dahlah berkurung selambe gamble je ako hentam pakai bowling's shoe dan pose kenkang gitu..nak buat cmne dah ako memang lagutu...


Ok cik mizah kita yang same se team ngan ako..mula2 veliau xtau sangat nak baling last2 sangat drastik perubahan veliau sebab scoring die pun boleh tahan ok...siap ada STRIKE!!!!

Ok lah sepanjang acara berlansung...


Memulakan langkah dengan menayang kasut memasing harus lah ako menang sebab ako punya kasut saiz 5 hahahaah sorry kak reen u try lagi next time...


Tu dia coach tengah menunjukkan teknik2 balingan...(ako xperlu guru sebab ako biasa lah cara baling ako yang tahap dewa straight xda corner2)


Permandangan di sekitar kawasan bowling..dan sangat impress sbb tempat ni menarik facilities pun ok..yelah tempat baru kan..lagi plak siap ada muzik yang tahap memekak soundnya..sampai ako nak bercakap pun kena jerit..


para staff dan spouses memasing..









suka lah ako ngan gambar kak reen yang ni..gambar oldskoll zaman mudo2..heheh

P/s : masa game tu berlansung pointer ako xda lah banyak mane under 150 jer kalau nak di bandingkan husband kak reen dan husband zarina..husband ako mane?? owhh..en bubu kuat keje so die xkan sempat pun nak dtang sebab jarak kami yang berjauhan bila bertugas..hukhuk.. tapi xpe ako kan slamber rock je ..bubu xda ipad n iphone hado..hahahha (giler statement bongkak).. Ape yang ako dapat masa game tu adalah semangat berkumpulan dan jugak team yang sangat xleh blah hotak weng2 dan enjoy lah jugak walau xda hubby bersama..org lain sume bawak hubby sbb diorg dekat..tapi ako cukup2 happy..

END...











Saja letak gambar jari sendiri heheh..


TAAT


Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri.


Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:


Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.


(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)


Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah.


Sabda Rasulullah SAW:


Tidak boleh memtaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT.




(Riwayat Ahmad)




Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin daripada suami.


Sabda Rasulullah SAW:


Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.




(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal)




Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dikhuatiri si isteri tidak dapat melayan kemahuan si suami dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin adalah sangat penting.


MELAYAN SUAMI


Si isteri juga hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada bila-bila masa sahaja. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan kelamin antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayan kehendak suaminya.


Sabda Rasulullah SAW:


Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh.




(Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)




Untuk mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.


MENGURUS RUMAHTANGGA


Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. Isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ia kelihatan damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ. Untuk menghias rumah itu, si isteri perlulah menghias mengikut kemampuan keperluan keluarga itu. Citarasa hiasan dalaman itu bergantung kepada suami isteri asalkan ia tidak melanggar hukum Islam.


Apabila si suami memberi wang perbelanjaan kepada si isteri, maka si isteri mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak membazir-bazirkan wang pemberian suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan bukannya hawa nafsu. Si isteri mestilah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah yang mencukupi untuk keluarganya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi pendapatan. Maka, si isteri hendaklah berjimat- cermat dalam membuat pembelian supaya suami isteri itu hidup dalam serba kesederhanaan sahaja.


-Tanggungjawab Bersama.


Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. Walaupun mempunyai pembantu rumah, isteri masih bertanggungjawab untuk menyelia segala pengurusan rumah itu. Suami pula diharapkan dapat membantu si isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerjasama daripada kedua-dua belah pihak, maka akan wujudlah sebuah keluarga bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka.


MENJAGA MARUAH DIRI, SUAMI DAN KELUARGA


Sebagai seorang isteri, isteri hendaklah menjaga maruah dan akhlak terutamanya apabila keluar dari rumah. Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, melawat sanak saudara atau keluar membeli-belah, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan dengan cara yang tidak menarik perhatian ramai serta berkelakuan baik. Si isteri perlulah menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya daripada segala fitnah yang mungkin akan berlaku.


Firman Allah:


Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”




(Al-Ahzab: 59)




Seperti juga tanggungjawab si suami terhadap si isteri, segala kecacatan yang ada pada si suami hendaklah dirahsiakan. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan aib timbul yang boleh menjurus kepada perbalahan. Sudah tentu perbalahan seperti ini perlulah dielakkan kerana ia boleh mengganggu pembentukan keluarga bahagia.


MENYENANGKAN HATI SUAMI


Apabila si suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak boleh meminta-minta hadiah daripada si suami yang melebihi daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.


Dalam pepatah Arab ada menyebut:


Accept the little I may give you, my love for you will grow deeper, and raise not your voice in my presence, especially when I am in a moody crisis.




(Imam al-Ghazzali)




Untuk menyenangkan hati si suami melihat si isteri, maka si isteri haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, si isteri perlulah mengenakan solekan yang sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Si isteri juga hendaklah memakai wangi-wangian yang boleh menarik perhatian si suami.


Seorang perempuan tua Arab ada menasihatkan anaknya pada hari perkahwinannya:


O my daughter! You are leaving the home in which you were brought up for a house in which you brought up for a house unknown to you and to a companion unfamiliar to you. Be a floor to him, he will be a roof to you; be a soft seat to him, he will be a pillar for you; and be like a slave girl to him and he will be a slave boy to you. Avoid inopportune behaviour, least he should be bored with you; and be not aloof lest he should become indifferent to you. If he approaches you, come running to him; and if he turns away, do not impose yourself upon him. Take care of his nose, his eye and his ear. Let him not smell except a good odour from you; let not his eye see you except in an agreeable appearance; and let him hear nothing from you except nice, fine words.




(Imam al-Ghazzali)




PENDORONG DAN MEMBERI MOTIVASI


Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabt dalam menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagi “teman hidup”. Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan keluarganya, maka berilah motivasi kepada suami disamping menghiburkan hatinya.


Dalam sesebuah institusi keluarga, ahli-ahlinya perlulah bersama-sama memikul tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai. Dalam hal yang sedemikian, terdapat beberapa tanggungjawab yang dipikul bersama oleh suami isteri. Kedua-duanya perlulah mendalami ilmu fardu ain. Ini adalah perlu kerana ilmu ini merupakan panduan untuk mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Kita juga wajib menuntut ilmu sampai ke liang lahad. Dengan mempelajari lebih banyak ilmu fardu ain, suami isteri dapat menghayati kehidupan Islam lebih bermakna lagi.


Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah sentiasa berbincang demi kebaikan bersama. Perbincangan adalah lebih baik daripada bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai untuk kebaikan bersama dan tidak untuk kepentingan satu pihak sahaja. Malah, dengan perbincangan juga suami isteri boleh mendapat ilham baru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama. Dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing, kadang-kadang kita memerlukan pertolongan dalam hal-hal kebajikan.


Isteri kadang-kadang memerlukan pertolongan si suami untuk membuat kerja-kerja rumah. Dalam hal sebegini, adalah perlu bagi pasangannya untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pasangannya supaya kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan cepat dan betul. Apabila seorang daripada mereka melakukan perkara yang ditegah, adalah menjadi tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan yang telah dilakukan. Suami isteri hendaklah saling tegur menegur dan menghalang pasangan masing-masing daripada melakukan kemungkaran, sebaliknya melakukan lebih banyak hal-hal kebajikan.


Kedua-duanya perlulah bersikap jujur dan selalu menepati janji antara satu sama lain kerana perkahwinan dianggap sebagai satu institusi yang mana ahli-ahlinya perlulah saling percaya mempercayai antara satu lama lain tanpa perlu berbohong atau menyimpan rahsia. Oleh sebab itulah maka suami isteri hendaklah bersikap terbuka dan berterus terang dalam banyak hal tanpa menyembunyikan kebenaran.


Suami isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Ini adalah penting kerana tanpa sikap pemaaf dan saling tegur menegur ini, maka suami isteri itu akan hidup dalam kekacauan kerana sering melakukan kesilapan tanpa ada orang yang ingin menegurnya ataupun sering berbalah kerana tidak ada sikap pemaaf itu.


Salah satu hikmah berkahwin ini ialah suami isteri dapat melakukan solat berjemaah. Seperti yang diketahui, jika kita solat berjemaah, maka pahala yang diperolehi adalah berganda-ganda daripada solat secara sendiri. Dengan melakukan solat berjemaah ini maka perhubungan ukhwah antara suami isteri dapat dipereratkan. Yang paling penting dalam kehidupan sebagai suami isteri ini ialah bertawakal kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.


KESIMPULAN


Secara kesimpulannya, dapatlah kita lihat bahawa perkahwinan ini adalah penting dalam sesebuah masyarakat kerana keluarga merupakan batu asas dalam pembinaan sesebuah masyarakat. Untuk melahirkan sesebuah masyarakat yang bahagia, kita perlulah memastikan bahawa ahli-ahli masyarakat itu menjalankan tanggungjawab masing-masing. Untuk melahirkan masyarakat yang yang kuat, mulia, dan saling bertangungjawab, pembentukan keluarga yang bahagia adalah sangat penting. Oleh sebab itu, adalah penting untuk membentuk sesebuah keluarga bahagia.
Membuat facial treatment adalah perkara paling ako malas Dan xsuka, bg ako pakai la sabun apepun kulit ako insyallah xpernah bermasalah, tapi suami slalu cakap ako high maintenance ... Tang mane ako pun xtau.. Hahah so setelah teracun dengan satu rawatan serta tawaran hebat ako bersama kawan baik ako pegilah buat rawatan muka. Sebenarnya pusat rawatan ni bukan untuk muka je,melibatkan semua urutan badan spa n semua la.. Pakej yg ako amik ni bernilai rm408. Tapi ditawarkan hanya rm50. Murahkan.. Tapi untuk 3 hari sahaja. So ako layan kan je.

Malas citer banyak tgk jela gambar skali ngan pakej yg ako sertakan ok



Memang xsangka pejam celik pejam celik dah 5 tahun kami berkenalan. dari bujang berkasih bertunang sehinggalah kini ako bergelar isteri kepada en suami. Alhamdullillah sepanjang kehidupan bergelar suami isteri masing2 sangat2 memahami role masing. cam ako sebagai isteri haruslah bersedia ngan sepenuh jiwa raga basikal ako untuk penuhi segala tugas2 ako..(hakikatnya xsemua ako buat hahaha). En suami juga sangat2 prihatin dan sangat amik berat tentang2 hal rumah tangga yang buat ako bangga dengan veliau kemana veliau pergi akan bawak ako sekali, ako xkisah kalau x ikut tapi kadang2 jadi kisah bila duk sorang2 huhuk lain lah kalau dah ada anak kan..so ako akan conceded anak tu 24/7 ngan ako je hahahah (niat tu dah pasang dari awal).

Bersyukur juga mempunyai seorang suami yang sangat2 lah kuat membebel (memanglah nak buat camne dah dapat lak ako yang jenis degil kan) tapi veliau sanggup bersabar ngan kerenah ako..ako ni nampak je innocent tapi ko try cari gadoh tengok memang ako xkan stop menjawab la kan..nak buat camne dah memang ako camtu. Perkenalan kami di rancang oleh orang tua ku perkenalan hampir 3 tahun setengah dan telah di putuskan oleh ahli keluarga veliau untuk mengadakan satu ikatan rasmi supaya ako x jatuh ketangan orang lain (walau hakikat semasa kejadian ako masih xboleh terima sebarang komitment masa tu) . tapi orang tua seperti boleh nampak masa hadapan kami akhirnya ako di ikat menjadi tunangannya.dan tempoh bertunang jugak adalah tempoh bagi ako tak hingin pun nak balik..ke masa tu. serious terlalu banyak dugaan dan cabaran, ngan kehadiran orang ketiga yang sering kali menganggu hubungan kami, keadaan kami yang tertekan dan di hantui perasaan cemburu benci dan sebgainya, alhamdullillah ibu veliau amat memahami situasi kami dan kedua orang tua kami yang tak pernah kedekut nasihat untuk mengingatkan kami yang alam pertunangan adalah satu alam azab yang wajib dilalui semua pasangan sebelum mendirikan rumah tangga .darah manis katakan,..tempoh pertunangan kami juga agak lame melebihi setahun ok..nak buat camne slalu sangat ako dan en suami delay majlis kami..bukan ape masing2 terlalu mementingkan komitment masing2 sampai lupa yang kami sepatutnya telah di hijabkabul kan..dan akhirnya sekian lame menanti,menunggu,menempuh,gaduh,manja,pujuk rayu, dan masing2 memang xmampu berjauhan antara satu sama lain dan alhamdullillah jugak ikatan cinta antara kami semakin lame semakin utuh akhirnya dinobatkan SAH isteri kepada en suami pada 23 Disember 2011. dan mulai dari situ ako dan die mula pelajari kehidupan di alam rumah  tangga,, wahghhh..betul kata orang bila dah halal nak buat ape pun dan x segan..sebab ape ako kata camtu sebab en suami menampakkan perwatakan yang semakin romantik..ouchhh..giler ko kalau x tangkap stim ngan laki ko tertiba manja..depan2 masyarakat pun die kiss dahi dan pipi ako(halal katakan ekekekek) ako lak yang naik segan.. Dahtu mane die pergi mesti bawak ako dan kenalkan ako pada rakan2 lelaki veliau..erm..ako cam biasa lah buat2 blur (itulah sifat yang slalu en suami stress ngn ako...kna marah ke kene ejek ke muka slamber badak buat blur)..what ever la ek bubu nak buat camne ayang u mmg camni hahahahah.



februari nih adalah tempoh di mana genab kami berkenalan selama 5 tahun (hah ko 5 tahun tau ako hadap segala benda yang x patut ako hadap dan akhirnya ako telah di sunting oleh veliau sebagai isteri yang sah) dan ulang tahun tu adalah ulang tahun ke 5. dan bagi setiap ulangtahun ako en suami akan beria ria sambut..( memang ada yang cakap alah kawen baru sebulan boleh lah citer sembang romantik) tapi bagi ako harapan itu untuk selamanya camtu..dan ako lebih mengenali en suami lebih dari anda2 kat lua sana. So sebagai tanda kasih dan sayang en suami telah menghadiahkan ako sebuah Ipad2 (yang mane ako xrequest pun) ako nak mag-book apple hahahah (giler ko mahal tu) tapi ako xpenah cakap ngan veliau just da hint veliau duit yang ako kumpul insyallah hampir cukup untuk dapatkan barang yang ako nak ..tertiba En suami asked me to come at his work place..kata die nak tolong tengokkan casing iphone baru..so beria la ako pergi..(yang seronok xyah lah masak)hahahah jahat kan ako..Bila sampai je tempat veliau. siap kat tangan die tunjukkan ako Ipad dan sambil berkata "Ini i beli untuk sayang..so lepas ni sayang xpayah dah nak bawak2 laptop berat2 dan nak update blog pun senang kat mane2 sayang ada" Ok time ni ako start nak touching ok.. I kesian kat sayang i yang suka sangat berblog tapi laptop tu berat buat sayang i cam budak tadika yang bawak beg besar (so siyot kan statement en suami) apepun ako sangat happy ape yang ako buat senyum (tak cakap pun terima kasih sebab ako malu+ time tu ako dah lupa annivesary kami yang ke 5) huhuhuhu...
malam tuh balik rumah dan kami berdua barulah ako ucapkan terima kasih siap update status kat fb ok hahahahah giler menunjuk ok..(yela dah dapat hadiah kan..kena lah dari en suami ape lagik) bikin bakar kawan2 la.)



My Speech for en suami...

Bubu terima kasih sebab selalu ada untuk ayang ok, walau ayang tau ayang ni jenis yang degil dan jugak kuat menjawab, tapi u jugak yang masih sanggup betahan terima kasih banyak2 ok. Ayang bangga ada seorang suami yang sangat2 bertanggujawa dan menyediakan segala keperluan kemudahan untuk ayang, Ayang tau u sayang ayang dan u juga kena tau yang ayang sangat2 lah sayang dan xmampu nak ceria kalau u takda dalam satu hari (walau u memang kuat buli i kan). Terima kasih sebab menjadikan impian kita satu kenyataan, terima kasih sebab jadi ketua keluarga bagi I selepas ayah, terima kasih sebab suka membebel, terima kasih sebab slalu belikan jajan dan air yogurt kegemaran ayang, terima kasih sebab rajin tolong jemurkan baju dan masakan makan malam,(walaupun masakan hanya simple) tapi ayang sangat senang hati. terima kasih sebab lepas kawen u suka bawak ayang keluar sampai ayang dah xlarat nak keluar (huhuhu...siyes dah malas rasa nak lepak dlm umah je).
Ayang janji akan menjadi seorang isteri yang taat(walau skali skala ayang menjawab..standard lah u macam xkenal ayang hahahahahah) ayang akan dengar pesan dan nasihat u, yang penting ayang akan jadi seorang wanita, sahabat,kawan teman,isteri ibu kepada zuriat kita insyallAllah yang terbaik antara terbaik untuk masa depan keluarga kita yer. (Perghhhh...jiwang lak ako rase statement ako nih...gugur seyh bulu mata masa menaip nih)hahahahahah...sabar jelah..


P/s : AYANG SAYANG BUBU SAMPAI BILA2 INSYAALLAH DI IZINKAN ALLAH KITA KEKAL HENDAKNYA SEHINGGA HARI AKHIRAT...AYANG NAK U SAMPAI BILA2 WALAUPUN KEHIDUPAN SELEPAS KEMATIAN...amin.....

**opppsssttt sebelum tertinggal ok bubu ayang sayang u bukan sebab duit u atau ape yang ada kat u skarang sebab ayang tau ia takkan kekal, ayang sayang u sebab diri u yang sememangnya lain dari orang lain yang penting u tingtong same cam i..hahah sebab u paham i cukup!!!!( sebab ayang memang DEGIL!!)
Bagi kebanyakkan pasangan adalah perkara biasa bila dapat hadiah. Begitu juga la ako. Bersyukur sebab dapat suami yang sangat2 menyanyangi ako dan menjaga ako sebaik baik nya. Dan ako rasa sangat bahagia bersama die.

Satu hari masa ako pulang dari kerja, tertiba je ako masuk je umah, en suami dah siap mandi, usahkan itu die siap masak untuk dinner malam tu. Dan bila ako tukar baju dan nak g mandi tergerak hati nak g dapur skali ko .. Ako nampak kotak giant besar punya terkejut ako. Skali en suami cakap surprise!!!!! Hehe ako tengok freezer besar punya nak muat ko pun boleh.. Wahhh terkinja kinja la ako.. Suka sangat buat kejutan.

Btw thanks a lot Bubu I love u so much muah muah muah.. Ok Jon tgk freezer baru ako...

Yang besar gajah tu yang baru yang kecil comey molek tu yang lame.. Besar kan? Agak2 klu aircond rosak ni boleh la masuk duk dlm ni.. Hihihi ( kidding je)..

besar punya puas hati nak masukkan barang2 hahahah...suka suka suka..
Sekarang nih memandangkan rambut ako dah nak cecah paras pinggang, mau xmau terpakse lak ako tau dan pelajari cara2 untuk kemaskan susunan rambut. Dengan itu gigih lah ako pelajari setiap teknik dan cara paling mudah untuk bersiap kan. Bukan ape.. ako kan bertugas dalam department CEO'd office. haruslah kemas itu pantulan tetamu atau client yang akan jumpa atau berhubung dengan ako..Dan yang penting suami ako pun suka kan gaya ako..


Macam2 lah yang ako search kat youtube..step by step ako follow mula2 memang kekok sbb ako ni jenis x suka ikat rambut..huhu dahtu awak keje kan bukan duk saja.. nak potong rambut lak hubby xbagi..so nak x nak kena lah cari alternatif lain (heheh jawapan untuk ini sebenarnya bertudung..tapi belum rasa seru nak pakai..mungkin satu hari mungkin) insyaAllah...

Jom layan youtube yang ajar kita step step untuk gayakan rambut ko ok...







Ini antara hasil yang ako sendiri apply..






Ok layan...da yang ako buat ako rasa cam xsesuai je ngan ako...








1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

Hadis riwayat Anas Bin Malik



Mungkin apa yang bakal saya kongsikan pada kali ini bertentangan dengan pendapat majoriti dikalangan kita. Terutamanya bagi suami.






Sebenarnya, segala urusan hal-ehwal rumahtangga pada asalnya terletak di bahu suami.


Mengikut hukum Islam, tugas-tugas seperti berikut terletak di bahu suami:-
Menjaga anak
Menyediakan makan-minum isteri
Mengurus segala keperluan rumahtangga
Mendidik anak-anak dengan memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna
Menyelanggara hal rumahtangga seperti memasak, menjahit, mengemas rumah dan sebagaianya


Isteri hanya bertanggungjawab MEMBANTU. Dalam kata lain, isteri akan membantu jika pihak si suami tidak mampu dan tiada masa untuk melakukan perkara-perkara tersebut oleh kerana tututan kerja di pejabat.


Akan tetapi, isteri yang melakukan perkara-perkara seperti di atas tadi, mereka akan dikurniakan dengan ganjaran pahala yang banyak dan besar oleh Allah.


Hal ini sejajar dengan salah-satu hadis Nabi yang mengatakan bahawa: ‘Seorang wanita solehah lebih baik daripada 40 orang lelaki yang soleh.’


Untuk mengelakkan berlakunya ketidak-adilan dalam rumahtangga dan perbalahan, maka suami perlulah juga libatkan diri dalam hal-hal pengurusan rumahtangga jika mempunyai walaupun sedikit kelapangan.


Jangan serahkan 100% tanggungjawab rumahtangga kepada isteri.


Dengan itu, isteri anda akan lebih menghormati anda sebagai ketua keluarga dan tidak berani untuk ingkar atau melakukan perkara-perkara maksiat semasa ketiadaan anda di sisinya.


Anda sebagai suami, boleh buat kerja-kerja rumah ketika isteri anda sakit atau tidak larat. Berkhidmat lah juga kepada isteri anda seperti memasak, mengemas rumah, menyediakan dia minuman sekali-sekala, picit kepala ketika dia pening serta bagi la dia makan ubat ketika dia sedang sakit.






P/s : terjumpa artikel ni tersalin tercopy tershared plak so jom lah same2 beramal..

Pada Hujung minggu yang lepas , ako dan suami rushed balik kampung semata mata nak collect kad nikah yang di beritahu ayah dah pun siap di keluarkan so dah boleh datang amik.

Seronok tu memang lah sambil ala2 blur sebab cam xpercaya yang kami sudah sebulan bergelar suami isteri yang sah,  Dan kad pengenalan baru yang kami kena pegang sorang satu memang buat ako lagi blur..hahahah (larh cam xcaya dah kawen rupanya ako)

Masa dulu kalau kat daerah ako tu memang kalau kad nikah diorang just buat laminate je xda lagi sistem mycard yang tebal cam kad kedit tu.. tapi zaman tu menyebelahi kami la katakan..bila suami pergi collect rupanya kad sekarang dah tukar kepada Mycard tebal tu..kemas solid dan santek..

Xcaya ko tengok jela muka skema kami dua tuh..heheheh (yang ako happy dan susah nak benti senyum bila MIL n parent ako cakap muka ako cam muka dak umo 12 tahun..hahahah (agak2 lak mak ayah mak abah huhuhu DIL nih dah dewasa la da.)...






Ok dia atas adalah kad yang baru kami dapat dan setiap org simpan 1 kad...cute lak ako tengok muka bubu cam rupa ketua pengawas hahahahahah... muka ako lah cam ermmm...plik kot..hehehehh..tapi xpe sempurna kejadian tuhan nih..alhamdulillah syukur...




p/s : i xdalah pandai wrapped adiah cam diyana sis, tapi adlah sikit skill tersorok ngan hasil menggunakan reben recycle miahahahaah  harap2 u suka yeah..Xda kad pun tapi kitaorg buat bedio tuk u dengar doa2 kitaorg yeah..kira kad bercakap la nih..zaman dah canggih ma...

sebelum lupa happy belated birthday ya..maaf adiah lambat tgh cari masa terluang untuk cari sesuatu yg sesuai untuk u.. 


Majlis ni berlansung di The Westin Bukit Bintang bersama tetamu kehormat, majlis yang julang kali akan berlansung setiap tahun bagi Cradle dan ia adalah tahun pertama bagi ako. Kira hari khamis kitaorang keje halfday jela. tapi xcam halfday cam xkeje sebab sume dah bersiap..Cam ako bersiap lambat sebab ako pakai uniform cheongsam.. Malas nak karang banyak2 panjang2 jom layan gambar yop...



Jeling sikit..


door gift 






















malas nak snap gambar makanan sebab time tu ako duk duty kat registration table...layankan saja post ako yang x seberapa nih ek..