Glowpeach Produk Berasaskan Bahan Organik

by - December 03, 2021


Eryn Beauty Resources Lancar Kolagen Kesihatan dan Kecantikan

Mengorak langkah dalam bidang perniagaan berasaskan kesihatan dan kecantikan bukan semudah disangka memandangkan persaingan dalam bidang ini juga bukan calang-calang sengitnya.



Ditambah pula pembabitan diri dalam bidang perniagaan tanpa ilmu dan selok-belok yang secukupnya, ia pasti menyukarkan lagi keadaan.

Begitupun, ia tidak mematahkan semangat Khaireen Kamarulzaman, 23, apabila memilih untuk menghasil dan memasarkan produk kesihatan dan kecantikan sendiri setelah hampir setahun tidak mempunyai pekerjaan tetap.



Menurut Khaireen, pembabitannya dalam bidang perniagaan memberikan satu lagi perspektif baharu buat dirinya untuk terus memajukan diri selain menjadikan ia sebagai jaminan masa depan.

Glowpeach menjadi ‘buah tangan’ terbaharu bekas pramugari ini melalui pengenalan kolagen khusus buat pengamal kesihatan dan kecantikan yang mencari produk berkualiti tinggi namun pada harga yang berpatutan.

Tambahnya, Glowpeach dilahirkan daripada cetusan ideanya sendiri yang terhasil daripada kajian dan pengalamannya sendiri.





“Kesihatan dan kecantikan bagi saya amat penting dan ia perlu seiring dengan kehendak serta gaya hidup masyarakat yang mementingkan kesihatan dan penampilan hari ini.

“Jadi tiada apa yang lebih menggembirakan saya untuk memulakan perniagaan ini yang pastinya memberi cabaran baharu dan sedia bersaing dengan jenama-jenama tempatan yang lain,” katanya dalam majlis pelancaran kolagen Glowpeach di W Hotel, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama hampir setahun sebelum tampil dengan produk tersebut, Khaireen mahu produknya dikenali sebagai makanan tambahan berkualiti tinggi yang setaraf dengan jenama-jenama lain.

Diformulasikan 100 peratus daripada bahan asli semula jadi dan ekstrak buah peach, Glowpeach dirumuskan khas untuk muka dan badan.

Berdasarkan rumusan dan teknologi terkini, penggunakan makanan tambahan ini membantu memberikan perubahan kepada tekstur kulit, kuku dan pertumbuhan rambut yang sihat.

Dalam perancangan untuk menembusi pasaran luar negara, Khaireen memberi tempoh kepada dirinya dalam masa dua tahun dan akan memberi tumpuan terlebih dahulu untuk pasaran tempatan.

“Buat permulaan, saya akan memastikan Glowpeach kukuh di pasaran tempatan dan Insya-Allah perancangan untuk mengembangkan ke pasaran luar negara pastinya ada.

“Untuk itu saya turut menyasarkan jualan 10,000 unit Glowpeach sebulan,” tambahnya.

Sesuai untuk lelaki dan wanita, Glowpeach ini boleh diambil mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas.

Pada masa akan datang, Eryn Beauty Resources akan menambah lagi produk-produk kesihatan dan kecantikan yang lain dan buat masa ini pihaknya akan memberi fokus dahulu pada Glowpeach.

Dijual pada harga RM 69.90 sekotak yang mengandungi 10 sachet, Glowpeach boleh dibeli secara dalam talian di https://linktr.ee/glowpeach.official dan juga pengedar-pengedar yang sah di sekitar Lembah Klang.

Glowpeach kini sedang mencari ejen dan stokes di seluruh negara yang berminat untuk memasarkan produk mereka dan mahu memberi peluang kepada usahawan yang mahu menjana pendapatan sampingan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Glowpeach, boleh layari https://linktr.ee/glowpeach.official






You May Also Like

1 Comments

Powered by Blogger.