Tasbih cute dari Cik Momoy

by - July 11, 2014



Siapa sangka perkenalan kami bermula pada tahun 2008, masa tu aku mula2 bergiat dalam dunia berblogging ni. Memang time tu kosong takda sebarang ilmu, nak update citer memang over excited lah sebab pertama kali berblog, apa sahaja topic mesti aku nak post nak update. Suka betul time tu. Segala benda aku share dedulu. Maklum lah masa tu aku masih single, masa banyak terluang dahtu suka sangat mengupdate entry2 aktiviti seharian. Kira apa sahaja aku buat seharian mesti nak citer ..poyo x?? hahah dan Alhamdulillah tak sangka jugak ramai jugak silent reader dan stalker yang dating singgah page aku. Dulu page aku takda lah secute ni. Dulu betul2 guna basic editing yang ada pada setting page je. Skang dah hebat sikit sebab upah orang. Nak harapkan aku buat page siap ada gambar aku kat banner memang tak lah kan. Aku bukan terer. Heheheh Zaman dah moden bayarkan untuk charge service and dpt result then.
Ok bukan ini yang aku nak citer sebenar, apa yang aku nak ceritakan adalah perasaan terkejut, terkunjat terharu terperanjat.. dan banyak terrr lagi lah. Alkisahnya semalam lepas habis meeting, kebetulan semalam meeting habis lambat dalam jam 5 petang, biasanya aku 4.30 tajam dah slamat dalam train. Tapi semalam  entrepreneur  tu banyak lak yang di nak sembang. Layankan saja. Kang boss cakap aku xbuat kejeplak kehkeh.. Habis je meeting aku pegilah kat work station aku sebab nak amik handbag sume barang2 lah nak chow balik. Nak men kejar2 ngan train bukan senang. Nak sampai umah nak piker masakan ape yang sempat disediakan utk berbuka.
Mata terus terbuntang tengok ada sampul surat terletak elok je atas meja aku. Muka confused sangat. Memang aku ada order shawl online. Tapi kenapa kecik sangat bungkusannya. Tengok lah nama penghantar acam suwiit je nama ni tapi siyes masih xleh recognize otak pun tak leh digest sape penghantar. So aku pun bukak lah bungkusan tu dan aku Nampak ni…..







Alololo… terharu..touching..sebak..kagum..adore..apelah banyak sangat feeling aku ni. Mane taknya ko bayangkan dak Momoy ni anta present kat aku. Nak kata birthday aku minggu depan baru cukup tahun 3 series aku kot. Siap ada kad raya lagi ko mampu. Huhuhu.. alahai baiknya hati awek ni tau… siyes jatuh cinta sebagai kawan kat die sebabnya..

·         Aku kenal die di alam maya masa mula2 aku aktif berblog. Masa tu die jela satu satunya yang suka sangat ikuti update aktiviti aku.
·         Kami mempunyai minat dan citarasa yang sama, sampai bab make up dan appearance pun sama minatnya.
·         Kami hanya mengenali antara satu sama lain hanya melalui laluan fiber optic, maksudnya rakan alam maya. Atau lebih familiar rakan cyber.

·         Kami tak penah berjumpa dan hanya berhubung melalui blog masing2.

·         Kami kenal sebelum aku kapel ngn asben aku skng. (paham x? kirakenal sebelum aku kawen).

·         Die suka tinggalkan jejak di setiap post entry aku dan mesti takkan penah lupa aku walau aku skrg dah jarang update entry.

·         Die tak sombong, padahal die ada ramai follower dan die sentiasa ramai komentor dan yg penting selama aku kenal die, die ramah dan sgt tolerate dengan semua blogger.

·         Tuannya comel raut wajah dan gaya ala2 kpop. (itu sebab aku suka follow die.)

·         Kebanyakkan info yang die shared semuanya aku akan buat research dan semestinya semuanya sangat berguna dan banyak lah rujukan shortcut yang aku boleh refer die. Kagum..

·         Kenal die dari dulu sampai skrang dan die tak pernah lupa dan xpenah tak follow aku. Tak sangka terharu sebab dalam list friend yang die suka follo ada link page aku. (mau tak terharu). Page die dahlah popular. Nak harapkan page aku ni bukan ada ape yang nak dikongsi sangat pun semuanya tentang hal aktiviti seharian je. 

·         Jarang2 update tentang beauty product tapi di sebabkan encourage dari blog cik Momoy ni gigih lah jugak aku buat. Tapi mula2 je lame2 makin malas .. hahah.

Sebenarnya banyak sangat nak citer pasal momoy ni. Bukan ape sangat tak sangka Momoy sudi bagi present yang super duper cute. Bila tunjuk kat kawan2 opis sume ckp the cutest ever gift yg Momoy bagi.  Sweet….

Momoy tenkiu sangat2 darling.. baiknya hati awak sebab bagi saya tasbih yg super cute.. Hihi pahala tu untuk Momoy. Thanks sangat. Walau kita tak pernah berjumpa tapi Momoy jaga hubungan sahabat kita sehingga ketahap ni. Hah sape ckp bercinta jarak jauh je boleh terjadi. Kawan2 jarak jauh pun boleh kekal kan?? Comel harap sangat2 hubungan kita ni kekal sampai bila2 sampai jannah lah hendakNya. Dan comel doakan Momoy akan menemui cinta hati Momoy dan bakal memiliki keluarga dan anak ramai yang somel2 ala KPOP. Hihi.. Semoga Momoy maintain comey girlish dan cute mute macam harajuko.
Love Momoy ketat2 sendat2.. XOXO..

P/S : Kad Raya tu super cute ok. Tulisan Momoy macam budak skool rendah.. cute. Alahai sahabat baiknya hati kamu luangkan masa untuk mengarang utk kawan kamu yang suka membizikan diri kekonon ni.

You May Also Like

0 Comments

Powered by Blogger.