2 May 2014

# Azriel's diary

Genab 1 tahun anak mommy dan daddy.

Assalamualaikum,

fuh.. jap2 nak amik nafas jap.. fuh..fuh..(ok dah tiup habuk2 kat sudut2 blog yang dah berhabuk ni.) Lame kan dah tak update. Nak timbul satu topik tu mau berkulat page dulu baru aa entry baru. Maklum lah masa dah tak selapang dulu.

Ok kali ni aku nak update tentang entry 1st birthday celebration untuk anak teruna kesayangan kami. ZAIRIEL AZRIEL HEZRY. Yeahhhh anak mommy dah 1 tahun. Cepatnya masa berlalu Azriel dah mula bertatih skang. Tarikh lahir azriel 13/4/2013. So tarikh tu jatuh pada hari ahad.

So aku susah payah gigih tau buatkan die kek. Bukan ape, aku nak tunjukkan padadaddy dan jugak azriel effort aku untuk sambut genab setahun kelahiran dia. Happy dan puas hati yer sebab kek yang aku buat, bukan calang2 kek yer. Red Velvet lagi tau.

So malam tarikh kelahiran kami hanya sambut bertiga jela, memandangkan asben dah plannig nak sambut di kampung. Biasa lah permintaan orang tua2 jangan dihampakan. So Dua minggu selepas birthday azriel disambut dengan meriah di gemas. Sepanjang sebulan aku struggle cari idea untuk deco candy buffet azriel tau. Bukan lah sesuatu yang mudah sebab tema dah di pilih dan perancangan yang dah dirancang diharap menjadi lah tanpa gagal.

Ok untuk tema 1st birthday azriel. Aku pilih "Dibo The Gift Dragon". Over tak mak dari anak. So nak tengok tak bahan2 untuk sambutan haritu.




Ok nampak tak sticker dan props yang digunakan untuk majlis tu aku tempah dari kak   Partylicious by dyahaha Candybuffet & chocolate fountain... Rental of crockery/candy jars for budget and DIY party... SMS/Whatsapp to 0126138814... amormie007@gmail.com. Akak ni sempoi mesra pelanggan dan aku suka hasil keje veliau. kot lah korang nak tempah khidmat veliau boleh je trus whatapps 
/sms tanya ikut ape yang korang nak ok.

ok Untuk cake "Dibo The Gift Dragon"  ni aku tempah dari kak Idura  ni page veliau yer . Terima kasih untuk kak Idura sebab sanggup susah payah terima tempahan kek aku. Walau last minute tapi die amik jugak order aku. Thanks kak. Deco menarik dan service tiptop. Harga setengah kilo kek ni RM150


Untuk banner ni aku tempah kat noblesale.com  kat area umah aku je puncak jalil (saiz 3x2) puas hati kualiti tinggi dan kakak yang design ni sangat baik dan mesra pelanggan jugak. cost untuk banner ni RM50.



  Bersama sanak saudara yang bertungkus lumus menyumbang tenaga dalam menyediakan persiapan majlis.

 Sesi photo photo adalah keWAJIBan setiap kali camera lense tuju kitaorang




Nampak x? mulut mommydaddy yang over nak tiup lilin, azriel rileks je.hahhaha..Semua orang cakap bila anak setahun xperlu sangat nak buat majlis bagai. Sebab dalam usia ni anak bukan ingat pun apa yang kita buat untuk die. Yer aku tahu dan aku tak kisah. Mane tahu satu hari nanti azriel boleh baca blog diari aku ni. So dari situ die tahu bertapa gigihnya mommy dan daddy buat yang terbaik untuk besarkan die kan,. So gambar2 ni bila die tengok nanti akan ada rase gembira bila die tahu ramai orang sayangkan die dan di kelilingi keluarga yang ramai. betul x?. Taknak buat tu hak masing masing tapi bagi aku , memang nak buat untuk azriel. So nanti pertumbesaran die pun boleh di update hehehe..

Ok si kenik ni tengah usha hadiah yang die dapat...bukan main lagi taknak layan dah mommy daddy bila hadiah tu di buka. Tapi..err... untuk 1jam pertama lepas tu trus tak layan. lebih peka untuk panjat dan lompat kangaroo.

Coretan Mommydaddy untuk Putera kesayangan kami.

P/s :
Harapan mommydandaddy adalah mahukan yang terbaik untuk kamu. Nak azriel membesar dan sihat, dijauhi segala penyakit. hidup dalam rahmat ilahi dan diberkati. Mommydaddy nak kamu jadi anak yang patuh pada ajaran agama dan taat dengan kedua orang tua kamu. Mommy daddy sayang sangat...sangattt..sangat lebih dari nyawa kami sendiri. Bersyukur kepada Allah sebab hadiahkan kami amanah yang terindah. Dengan kehadiran kamu telah bawa seribu kecerian dan kebahgian.
Cepat2 blaja panggil mommy dan daddy betul2 yer.. mommy xsabar nak tgk kamu bercakap. heheh
sayang azriel mucho.....luv..luv..luv..

2 comments:

  1. Gelongsor kanak-kanak 2-3tahun rm130
    Tidak termasuk postage
    Whatsapp fakhru 0139233431

    ReplyDelete
  2. Mama RX StoYmory- nt saya singgah page mama ok. kita tengok apa mama jual lagi toys utk anak..

    ReplyDelete

Pinkygroupsaid

Si peminjam Hati Tinggalkan Tapak

Popular

Total Pageviews