Review : MOvie terbaru dari Les 'Copaque Production Sdn. Filem ketiga bertajuk "Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal".

by - March 25, 2019





Last weekend berpeluang bawa Azriel tengok MOvie terbaru dari Les 'Copaque Production Sdn. Filem ketiga bertajuk "Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal".





Tak sangka Les 'Copaque Production Sdn berjaya membawa satu hasil seni layar bergendre kartun untuk tontonan bersempena cuti sekolah kali ini. Jom kita baca tentang sipnosis  "Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal" ni.




Sempat culik maskot untuk bergambar


Semuanya bermula apabila Upin, Ipin, dan kawan-kawan mereka tersandung pada keris mistik di gudang Tok Dalang yang membuka portal dan membawa mereka terus ke dalam kerajaan Inderaloka. Ketika cuba mencari jalan pulang ke Kampung Durian Runtuh, Upin Ipin terus menerus mendapat pelbagai pengalaman dan kawan baru dalam misi mencari jalan pulang. Dengan bantuan watak-watak dari dongeng dan cerita rakyat Malaysia, Mat Jenin dan Belalang, Upin, Ipin dan kawan-kawannya mesti mengatasi beberapa halangan yang mencabar dalam filem pengembaraan yang penuh aksi, lucu. Dari jalan cerita dan setiap pit stop yang dilalui Upin Ipin dan rakan dapat merungkai dan menyelamatkan kerajaan Inderaloka dan dalam masa yang sama menyatukan cerita kisah dogeng yang kita sedia maklum, kesudahan mereka adalah tergantung.

Kalau aku sebagai ibubapa pun boleh terpukau dan leka menonton filem ni. Apa lagi korang. Wajib bawa anak-anak bersempena cuti sekolah ni. Kerana didalam jalan cerita ini, ada terselit message yang bagus, diterapkan drama kasih sayang dan etika terhadapa orang lebih tua dan ibu bapa. Jangan
tak percaya. Korang mampu keluarkan air mata bila mana babak Upin dan Ipin terpisah tu. Sedih weii.. Tapi  Les 'Copaque Production Sdn memang power bab-bab bawa cerita rakyat dalam edisi kartun. Walau kartun tapi message dan feelings tu sampai sangat. Memang tak mengecewakan yer. Tolong lah bawa anak-anak korang nonton. Sebab banyak cerita rakyat yang dah lama kita lupakan dan xtahu kesudahan serta watak-watak. kalau tengok Filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal ni. Korang akan terpanggil untunk mengenang kembali nostalgia zaman atok nenek bercerita tentang character dogeng rakyat ni.

Secara jujur aku rate drama ni 10/10 dan tak sabar untuk sambungan seterusnya... (hah ada sambungan ke?,, jeng jeng,,jeng) korang kena tonton yang ni dulu baru tahu ok.





 Nampak tak mak-mak kalut sebab ape? sebab excited nampak maskot hahah sama naik ngan anak.

P/S : TAHNIAH  Les 'Copaque Production Sdn!!!

You May Also Like

18 Comments

Powered by Blogger.