5 July 2018

Raya 2018 Pahang vs Gemas

Assalamualaikum, lama gila tak da post any topik dan update cerita kat sini. Maaf yer semua, bukan dah lupa password atau pun malas nak menaip. tapi kangkangan masa yang melampau, menjadikan aku seorang yang sangat busy. kalah menteri kot. Hihi gurau je. Ok apa nak di ceritakan dulu ek?. Meh lah kita citer pasal raya nak?! Hah?! yang taknak duk tepi terus boleh left page ok. Tak paksa baca..haha..

Ok raya tahun ni, alhamdulillah terima kasih Allah diberikan lagi pinjaman nyawa untuk terus bernafas di atas muka bumi ni. Syukur. Dan raya tahun ini tema pilihan semestinya "BLUE BLACK". nah! sekali terjebak tengok Fatah Amin dan Fazura pakai kaler ni. OMG terus terjebak. Memang cantik..yeah obviously aku sangat tak suka warna gelap, tak tahulah, tahun ni banyak sangat yang aku tak suka dulu sekarang mula suka. Terutama warna gelap dan warna hijau. memang aku tak suka tahap anti. Tapi tula makin ke arah ketuaan ni, Warna gelap mula mendapat tempat dihati.

Raya tahun ni, Azriel beraya bersama daddynya ke Gemas, awal zarul jemput. tapi takpe lah sebab nak meluangkan masa dengan anak dia, during eid kan. Aku? Raya kat KL jela. Tapi aku ok je dah biasa. Camni lah orang takda kampung kan. So Sepanjang cuti raya, hari-hari aku akan berhubung dengan Azriel melalui Video Call. Azriel pun dah macam security , check aje mommy kemana, dengan siapa buat ape. Dari situlah aku mula sedar dia dah besar dan bijak bertutur untuk any kind of questions yang dia nak tanyakan.

Zarul pun bagus, rajin share gambar dan update keadaan anak. Alhamdulillah semua berjalan lancar. The best part is, Mak Zarul bekalkan aku rendang Mamang. memang terbaik bohh!! sedap weii, tak jumpa lagi orang boleh masak macam mak dia masak, memang awesome tahap emosi. 



Rendang Mamang ayam kg Vs Ketupat Palas Teacher Maria.. Sedap weiiii.. makan ketupat yang terakhir siap buat ucapan kott.



Sepanjang raya juga, aku berpeluang beraya sakan ke pahang, kmpung ex office mate bersama ex boss aku. Memang best jangan cakap sebab kami jumpa ketupat palas weii. Sedap ya Amat memang kalau setiap kali raya memang aimed ketupat tu je semata. Memang ada orang jual, tapi nak jumpa yang pandai buat tu memang susah

Cerita banyak takda lah sangat semua pasal raya sama je macam tahun-tahun lepas, yang kelainannya adalah tahun ni aku tak memasak sebarang juadah raya ataupun biskut raya. Sebab banyak kerja, penat ditambah pula Azriel tak beraya sama tahun ni. Mommy mogok! hahahah.. kidding.

So meh lah kita layan gambar sepanjang musim perayaan kami yang tak seberapa nak lengkap ni. Tapi kasih sayang tu sampai.

Meh lah layan OOTD kami...








kenapa lah dia membesar sepantas ni.. huhu.. nak dodoi nak gomol bukan bagi dah..ishhhh... gerammm



No comments:

Post a Comment

Pinkygroupsaid

Total Pageviews