JUTAAN PELANGGAN GUARDIAN MALAYSIA KINI, SEKALI LAGI, BERPELUANG MENGUNDI JENAMA KEGEMARAN MEREKA LEBIH 150 JENAMA POPULAR BERTANDING DALAM 64 KATEGORI
April 18, 2018
Kuala
Lumpur, Rabu (18 April 2018):
Jutaan pelanggan yang membeli-belah di GUARDIAN MALAYSIA, akan sekali lagi,
berpeluang untuk mengundi jenama kecantikan dan kesihatan kegemaran mereka dan
memenangi pelbagai hadiah menarik!
Anugerah apresiasi tahunan itu,
yang telah dilancarkan 18 tahun lalu, bakal bermula esok dan berakhir pada 14
Mei 2018. Tahun ini, lebih 150 jenama bersaing dalam 64 kategori untuk anugerah
yang menjadi rebutan itu.
Ms Shirley Ham, Pengurus Kanan,
Pemasaran Digital (E-Dagang) Guardian Malaysia berkata: “Ketika Guardian
Malaysia mengkongsepsikan anugerah ini pada tahun 2000, objektif kami adalah
untuk menghubungkan jutaan pelanggan kami dengan semua rakan-rakan perniagaan
serta pemilik jenama, dengan memberi peluang kepada mereka untuk mengundi
jenama kegemaran mereka.”
“Kami melihat anugerah tahunan
ini sebagai cara kami menyumbang kepada pengukuhan hubungan di antara pemilik
jenama dan pelanggan kami. Ia turut memberi penilaian yang tidak berat sebelah
kepada pemilik jenama, kerana undian adalah daripada pelanggan yang benar-benar
membeli dan menggunakan produk mereka.”
“Kini, 18 tahun kemudian,
keperluan untuk terus berhubung dengan pelanggan dan memahami keperluan mereka
adalah lebih penting daripada sebelumnya,” tambah beliau.
Dikenali sebagai Most Voted Brands (MVB) Award, format
undian tahun ini juga direka untuk mendapatkan gambaran tentang keperluan
pengguna, gaya hidup dan trend berbelanja mereka yang pantas berubah!
Mencerminkan gaya hidup digital majoriti pelanggan hari ini, proses undian
masih dikendalikan dalam bentuk digital. Ini bermakna, semua undian akan
diadakan secara atas talian.
Soalan yang diberikan bertujuan
membolehkan Guardian dan pemilik jenama untuk memahami tingkah laku keutamaan
jenama dengan lebih baik, serta memberi gambaran kepada demografik dan
segmentasi pelanggan.
Untuk pelanggan pula, hadiah-hadiah
menarik berjumlah RM40,000 harus dimenangi!!
Hanya 3 langkah mudah untuk
mengundi. Belanja, undi dan hantar beserta kod pada resit. Semua pelanggan yang
menghantar undian dengan kod resit yang sah berpeluang untuk memenangi salah
satu daripada 68 hadiah menarik yang ditawarkan, berupa baucar percutian dan
baucar Guardian berjumlah RM40,000.
Berikut adalah senarai hadiah:
-
Satu
(1) hadiah utama iaitu baucar percutian bernilai RM10,000 dan baucar
Guardian
bernilai RM2,000
-
Dua
(2) hadiah pertama iaitu baucar percutian bernilai RM5,000 dan baucar
Guardian
bernilai RM500
-
Lima
(5) hadiah kedua iaitu baucar Guardian bernilai RM1,000
-
Enam
puluh (60) hadiah saguhati iaitu baucar Guardian bernilai RM200.
Untuk layak mengundi, pelanggan
perlu berbelanja minimum sebanyak RM10 di mana-mana stor Guardian atau stor
atas talian. Seterusnya layari https://mvb.guardian.com.my. Pengundian boleh
dilakukan pada bila-bila masa dalam tempoh 19 April sehingga 14 Mei 2018.
Peraduan ini dibuka kepada
mereka yang berumur 18 tahun ke atas. Sebagai bukti pembelian, pelanggan mesti
menyimpan resit Guardian yang asli yang mengandungi nombor invois cukai, kod
stor, tarikh dan amaun pembelian.
Untuk maklumat lanjut dan terma
dan syarat lengkap mengenai anugerah dan pengundian, sila layari https://mvb.guardian.com.my/#/term.
______________________________________________________________________________
Tentang Guardian Malaysia
Guardian Malaysia bermula sebagai sebuah
kedai runcit farmaseutikal berkeluasan 200 kaki persegi, yang menyajikan
perkhidmatan kepada komuniti ekspatriat 50 tahun lalu. Hari ini, ia merupakan
peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit di negara ini,
dengan lebih 420 buah stor di seluruh negara, menyediakan pelbagai produk
kesihatan, kecantikan dan farmaseutikal yang tiada tandingannya. Rangkaian
stor-stor ini menyediakan perkhidmatan kepada lebih 30 juta pelanggan di
seluruh negara.
_______________________________________
0 100 org jejak kaki
Pinkygroupsaid