GoCar Malaysia dengan kerjasama The Picha Project dan juga Wowwwz dimana “blind dating” #GoLove2018

by - February 11, 2018































Semalam berlansung satu acara yang diatur oleh GoCar Malaysia dengan kerjasama The Picha Project dan juga Wowwwz dimana “blind dating” 
#GoLove2018 telah diadakan bagi meraikan hari kekasih yang bakal disambut pada 14 february nanti. 
Acara yang menarik dan patut diteruskan dimasa akan datang kerana ia satu acara bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain, malah dapat bertemu dengan orang baru yang memiliki minat, citarasa, hobi dan pemikiran yang menjadikan majlis tersebut meriah dan semua sangat gembira sepanjang acara berlansung. Acara ini bukan semata untuk mencari pasangan semata, tetapi ia satu platform dimana para peserta boleh bertukar pandangan serta pendapat tentang hidup, kerjaya, business, dan tidak ketinggalan tentang ekonomi masa kini.

Disamping itu kami telah dibawa untuk satu aktiviti yang memerlukan kesabaran dalam menghasilkan kerja tangan seni halus melalui bahan terpakai di bantu sama oleh kanak kanak istimewa yang berjaya menyentuh hati kami dimana di dalam kesukaran melalui kehidupan seharian, mereka sangat yakin dan sabar serta daya usaha yang tinggi untuk menjadikan kehidupan menjadi lebih baik untuk masa akan datang. 
Owh tidak lupa juga sepajang acara berlansung kami telah dibawa menaiki kereta dari @gocarmy #takegocar untuk ke destinasi dituju. Makanan juga sangat enak kerana kami telah dihidangkan dengan menu terkenal dari Palastin, Rohingya, Afganistan dan Syria. Ternyata ia tidak jauh beza dengan makanan Malaysia dan ia lazat. Dan ia telah disajikan oleh @thepichaproject.

Bagi korang yang ingin mencari rakan baru atau ingin menambah kenalan di dalam senarai rakan baru boleh lah ke Apps Store atau Google Play dan “download” Wowwwz ya. Selamat berkenalan korang!!!
Thanks Gocar Malaysia Thanks The Picha Project
@gocarmy #TakeGoCar
@thepichaproject #thepichaproject 
#GoLove2018 #GoCarMoments
@gocarmy@thepichaproject
#GoLove2018 #TakeGoCar#GoCarMoments #thepichaproject#wowwwz

You May Also Like

34 Comments

Powered by Blogger.