Lazada Online Revolution Blogger Contest.

by - December 11, 2017



Wah dah nak hujung tahun lah, macam biasalah mesti sana sini tengak sibuk dengan jualan murah sana sini. diskaun yang buatkan mata sesiapa sahaja jadi besar. Tahu tak, dengan kekangan masa yang sangat terhad, dimana peruntukkan masa perlu di uruskan. Dengan trafik sana sini. Kat mana biasa nya korang akan mendapatkan barang keperluan. Contohnya aku sendiri hadapi masalah yang sama, bila duit ada, bila mood shoping datang, mengenangkan trafik jam kat jalan raya yang sesak, terus hilang mood. Dalam kepala dah set nak se situ dan kesini mendapatkan barang yang di idamkan, nak-nak bila promosi jualan secara besar besaran.



Jadi secara automatik jalan raya, mall, laluan pejalan kaki akan sesak tak pasal. Sebab semua orang berebut dan tak nak ketinggalan dalam mendapatkan jualan murah secara besaranan ini. Lagi lah pula jualan hujung tahun yang mana, ramai bakal membelanjakan bonus yang baru mereka terima. Walau kurang dari sepuluh barang pun korang kena beratur seperti membawa barang dlm troli besar. Leceh bukan?. Aku sangat tak sukakan suasana bersesak dan perlu beratur untuk membayar sesuatu barang. Dalam masa yang sama, hati tetap inginkan barang yang dihajat dan dah lama rancang untuk beli.
Bila semua pada kadar harga yang murah dan banyak diskaun. jari jemari mula menghitung, barangan senarai hajat yang selama ini tersimpan rapi bakal disambar bila tiba tawaran sebegini. 

Bagi pembeli tegar di online, tawaran diskaun atau durian runtuh dari Lazada tidak boleh dilepaskan. Pengalaman aku sendiri enggunakan kemudahan pembelian ats talian melalui lazada adalah pewangi dari jenama Avon. Yela kalau nak set satu masa dan hari yang sesuai, tentu sukar kerana ada saja halangan untuk penuhi hajat. Jadi Lazada pembelian atas talian ini banyak membantu aku dalam penuhi hajat. Dari segi pengalaman, alhamdulillah aku tak pernah kecewa dengan servis penghantaran oleh POS Malaysia. Barangan yang dijanjikan sampai tepat dengan tempoh ditetapkan. Produk yang aku terima juga adalah 100% Original.

Tahukah anda promosi terhebat melalui Revolusi Online Lazada telah bermula dari tarikh 11 November 2017 sehingga 14 December 2017. Pemborong diatas talian terhebat di rantau ini akan menawarkan pada para pembeli jualan murah secara besaran beserta diskaun, promosi dan tawaran hebat di bawah satu anjung digital. Apa yang di tunggu lagi kepada semua kaki shoping online untuk segera ke platform Lazada bagi menikmati tawaran diskaun pada semua jenis barang dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja dan transaksi online boleh dilakukan dimana saja. Begitu mudah bukan?, hanya dengan pembelian melalui LAZADA di musim Lazada Online Revolution.

Sememangnya waktu yang d tunggu tunggu tentu sekali aku tak sabar untuk shopping sekali lagi pewangi yang aku nantikan saat dimana ia mengadakan promosi diskaun secara besaran begini.


Semestinya sedang aim untuk 3 diantaranya.


Menarik bukan!

Dahlah ada diskaun kemudian ada lagi potongan harga. Memang menarik sangat-sangat ni. Tawaran harian yang tiada tandingan, akan bersambung dari 11 November dengan pengalaman membeli-belah online secara mudah yang muktamad, tiada tempat yang lebih hebat untuk berada di atas talian selain daripada Lazada.

Apa lagi, jom pakat ramai-ramai kita bershopping online dan dapatkan diskaun terhebat melalui revolusi Online Lazda.

SELAMAT BERSHOPPING

You May Also Like

42 Comments

Powered by Blogger.