19 November 2017

Pertama kali dapat peluang sediakan Chicken Cheesy Bites Pizza

Adakah anda seorang yang health concious ? seperti mana aku? Aku secara jujurnya memang sangat menjaga makan, tentu sekali seorang yang choosy bila nak makan sesuatu. (kurusnya tidak kan). Tapi alhamdulillah sihat tubuh badan. Tapi ada sesuatu yang tak mampu aku tolak dari pelawaan iaitu keju "cheese". Kenapa tak boleh tolak keju? sebab ia terlalu lah nikmat, sedap dan mengiurkan. Semua tentang keju dengan Pizza Hut.
CheesyBites-Poster-BM
Pengalaman makanan yang menyeronokkan kembali lagi, kini dengan lebih keju
 KUALA LUMPUR, 16 November 2017 - Pizza Hut, rangkaian pizza terbaik Malaysia kembali sekali lagi dengan piza Chicken Cheesy Bites kegemaran ramai yang lebih menyeronokkan untuk generasi hari ini - dengan menggalakkan perbualan, dan mencetuskan interaksi antara satu sama lain ketika di meja makan.
IMG_2993
Piza edisi terhad ini boleh didapati di seluruh negara dari bulan Oktober hingga Disember 2017.
IMG_2996
Kali ini, piza Chicken Cheesy Bites terus mengagumkan pelanggan dengan lapan belas kerak piza, penuh dengan kejutan keju cheddar dan mozarella, dilengkapi dengan peperoni ayam lazat, bebola daging ayam dan cebisan daging ayam di atas sos tomato salsa dan keju.
IMG_2997
Dengan slogan, "Lebih Keju, Lebih Banyak Cara Makan, Lebih Menyeronokkan", piza Chicken Cheesy Bites ini bukan sahaja satu jamuan hebat bagi semua, tetapi juga merupakan undangan khas bagi seisi keluarga untuk bergembira dan berseronok sambil menikmati hidangan lazat ini bersama-sama. Sama ada anda ingin mengambil satu gigitan penuh, atau dua gigitan sekaligus, tiada peraturan dalam cara makan - syaratnya hanyalah supaya anda berseronok ria!

IMG_3004

IMG_3005

Merril Pereyra, Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Bhd menyatakan: "Di Pizza Hut, kami telah mengembalikan piza Chicken Cheesy Bites yang popular - dengan sentuhan baru. Untuk kebanyakan keluarga di Asia, tata tertib dan etika pemakanan menjadi keutamaan budaya Asia. Kadang-kala ia boleh mengubah situasi seperti makan malam keluarga menjadi aktiviti yang leceh dan membosankan. Dalam era digital hari ini juga, gajet seringkali membuat penampilan di meja makan, kami sering terperangkap dalam dunia kita sendiri tanpa menghiraukan orang di sekeliling kita.


bersama si cantik manis Fathia Lattif dan adik manis Faz yang sudi bergambar..


Dengan piza Chicken Cheesy Bites, kami mahu berikan pengalaman yang menyeronokkan dan memberi peluang untuk berinteraksi dan saling bergembira berkongsi senyuman - seperti misi jenama Pizza Hut. Piza Chicken Cheesy Bites dengan kenikmatan penuh kejutan keju yang enak di dalam setiap gigitan, direka khas untuk keseronokan dan kelazatan maksimum untuk semua,” tambahnya lagi.



Pizza Hut akan memperkenalkan tambahan terbarunya bersama-sama dengan piza Chicken Cheesy Bites; Cheesy Dip – sos keju pekat dan berkrim untuk pengalaman Chicken Cheesy Bites yang lebih hebat.  Bagi memastikan dua kali ganda lebih keju, untuk dua kali ganda lebih keseronokan, Cheesy Dip boleh didapati bermula daripada 15 November.
Piza Chicken Cheesy Bites terbaru ini boleh dibeli melalui pesanan ala carte dengan harga RM35.50 untuk saiz biasa, manakala pilihan kombo juga boleh didapati melalui penghantaran, take-away atau dine-in.



Pizza Hut menawarkan kombo untuk dua atau empat orang secara dine-in, masing-masing dengan harga RM37.90 atau RM69.90 setiap satu. Kombo Chicken Cheesy Bites untuk dua orang menampilkan piza Chicken Cheesy Bites bersaiz biasa, dua sup krim cendawan, dua minuman dan satu hidangan pembuka selera, manakala Kombo Chicken Cheesy Bites bagi empat orang menawarkan tambahan satu piza favourite pan/hand-stretched bersaiz biasa yang datang dengan empat sup krim cendawan, empat minuman, empat hidangan ais-krim dan 2 hidangan pembuka selera.



Hasil Chicken Cheesy Bites ku...



Terima kasih banyak-banyak Nuffnang untuk peluang yang tidak terhitung ini. Harap dapat peluang sebegini lagi untuk masa akan datang.


Dan akhir sekali, diberi peluang beharga dengan menyediakan sendiri pizza chicken cheesy bites



Klik link yang atas tu tau..
Pendapat dari aku adalah..

1 comment:

  1. bestnya dapat belajar buat pizza mesti sedap :)

    ReplyDelete

Pinkygroupsaid

Total Pageviews