Movie Review :JUSTIN LEAGUE

by - November 23, 2017

23658911_10210760860883651_1270605335985967386_n 
 Hujung minggu lepas, memang dikatakan hari yang sangat membosankan, apetah lagi schedule seharian berjaya disiapkan awal. Jadi masih ada waktu lapang yang perlu di isi. Dengan itu aku tidak lepaskan peluang menonton movie terbaru dari DC Comic. Kalau melibatkan superhero yang menjadi tajuk bualan ramai. Memang rugi kalau tak di tonton. Nak juga tahu apa isi kandungan tersirat di dalam cerita tersebut. Mungkin sama dengan movie superhero terdahulu, tak tahu. Nak tahu kena lah pergi tengok. Selepas menonton movie THOR RAGNAAROK, JUSTIN LEAGUE satu lagi movie gabungan American superhero yang dilahirkan oleh DC Comics mengegarkan panggung wayang di serata dunia. JUSTIN LEAGUE mengabungkan Superman (lakonan  Henry Cavill), Batman (Ben Affleck), Wonder Woman (Gal Gadot), The Flash (Ezra Miller), Cyborg (Ray Fisher) dan Aquaman (Jason Momoa). Movie ini bermula dengan kesedihan dunia atas kematian Superman selepas pertarungan sengit antara Batman vs Superman (kesinambuan dan mivie “Batman Vs Superman”. Di Gotham City, Batman menyedari dengan kehadiran makhluk asing yg berterbangan di bandar tersebut. Manakala di Themiyscira, Queen Hippolyta (lakonan Connie Nielsen) menentang kuasa jahat iaitu Steppenwolf (Ciaran Hinds) yang kembali semula ke dunia untuk mencari tiga kotak tenaga  “mother boxes” [satu kotak pada Amazons di Pulau Paradise, satu kotak pada Atlanteans di dasar laut dan satu lagi berada dikalangan superheros]. Bila kotak ini digabungkan, ia akan menyebabkan kehancuran teruk dan melahirkan new world di bawah kekuasaan Steppenwolf. Superman telah kembali hidup selepas kotak ketiga dijumpai padanya. Seperti yang dijangkakan, gabungan superhero ini berjaya menewaskan Steppenwolf dan dunia terselamat dari ancaman Steppenwolf. Dalam movie ini, usaha untuk mengabungkan superhero ini sebagai satu kumpulan yang cohesive pada mulanya tidak kesampaian. Tetapi pada akhir babak petempuran dgn Steppenwolf barula nampak keserasian antara superhero yang diketuai oleh Superman. Lakonan Ben Affleck dan Gal Gadot dalam movie agak bagus sekali. Peranan awal Wonderwoman adalah untuk mengumpulkan ahli ahli superhero  dan kehebatan Wonderwoman menggunakan superpowernya menentang Steppenwolf amat tidak disangka kehebatannya. The Flash lakonan Miller telah membawa unsur unsur jenaka bagi mengimbangi keadaan tegang dan action packed petempuran superheroes dan Steppenwolf & askar askarnya. Bagi Aquaman, aksinya dalam petempuran dengan Steppen agak tenggelam mungkin disebabkan kemampuan superpower yang terbatas. Akhirnya, Superman dan Batman berbaik semula dan terus melupakan kisah lampau mereka dgn bersatu padu menentang Steppenwolf. Dikalangan ahli-ahli superhero ini, Superman adalah ahli yang terkuat dan ibarat ketua dalam menjalankan misi menyelamatkan dunia.


  23658394_10210760860843650_3699678213040547093_n 

 Dijangkakan sequel JUSTIN LEAGUE mungkin akan dibikinkan dengan ahli ahli baru dalam DC Comics yang bakal menyajikan aksi aksi terbaik superhero ini.        

You May Also Like

0 100 org jejak kaki

Pinkygroupsaid

Cradle 2011-2018

Cradle 2011-2018
nuffnang -->

Total Pageviews

Blog Archive