Review : Vitamin E Facial Scrub 125ml

by - February 21, 2016

Memandangkan kebaikkan produk ni telah terbukti maka tak hairan lah kalau ramai yang memuji kesan terhadap kulit wajah selepas sekian lama mengamalkan produk ni. Seperti biasa, aku dan produk kecantikkan takkan pernah terpisah, taksubnya aku terhadap produk kecantikkan tanpa mengira harga dan brand. Janji hasilnya mempu memberikan kepuasan hati dan juga jadi cantik selepas guna. Bagi aku Cosmoderm tak pernah mengecewakan. Aku salah seorang pengguna tegar produk Perfect Sunscreen dr Cosmoderm. Kebaikkan kandungan dan tektur berasaskan air serta senang menyerap pada kulit. Untuk kali ni aku nak try plak Vitamin E Facial Scrub. 


sesuai bagi masalah kulit macam Whiteheads & Blackheads, Oily Skin, Combination Skin, Normal Skin.Membersih secara mendalam ke liang kulit dengan mengeluarkan kulit mati, kotoran dan minyak berlebihan. Melidnungi kulit dengan menganjal dan mengecilkan liang semasa membersih


Tektur creamy dan tidak berbuih, walaupun ia dipanggil scrub tapi kesan dari gosokkan tidak akan mencederakan kulit wajah yer. Sebab ia lembut dan berfungsi sebagai pelembab juga mampu menanggalkan makeup dengan bersih. Kulit mati juga akan tertanggal yer lama-kelamaan ok.


Cara Penggunaan:
-Picit sedikit Vit E Facial Scrub dihujung jari korang,dan gosokkan dibahagian yang ada bintik hitam atau putih.seeloknya digunakan seminggu dua kali sahaja selepas mencuci muka(tidak digalakkan menggunakan scrub jika kulit muka berjerawat)



Selepas cuci tu terasa lembut gebus je kulit dan tapak tangan. wajah pun jadi lembab dan nampak bersih dan sihat. Alhamdulillah jeragat hitam dan jerawat pasir yang ada kat kulit pun hilang.

Harga RM19.90          

You May Also Like

3 Comments

Powered by Blogger.