Pengalaman ACL Reconstruction.

by - December 24, 2017

Assalamualikum, lama juga tidak update entry terbaru,bukan malas, tapi keadaan tak mengizinkan bila aku mengalami kecederaan lutut yang teruk sehingga perlu menjalani major surgery jika ingin berjalan kembali. Memandangkan keadaan lutut yang teruk dan doktor menasihati untuk aku jalani pembedahan tersebut. Dikutkan ramai sahaja yang mengalami kecederaan ACL seperti aku ni. Tapi ada juga yang tak bedah masih boleh berjalan. Cuma kes aku menjadi serius bila lutut aku tak mampu menampung badan sampai nak naik tangga dan turun tak boleh. So doktor nasihatkan untuk buat lah lebih bagus.



Apa itu kecederaan ACL untuk bagi yang tak jelas, bawah ni adalah sedikit penerangan yang aku ceduk dr Mr. Google.

Sendi lutut merupakan gabungan 2 tulang iaitu tulang Femur (peha) dan tulang Tibia (betis).Selain itu,Ligamen merupakan elemen penting dalam memegang struktur tulang sendi lutut ini.Bagi sendi lutut sendiri,terdapat 4 ligamen yang memegang untuk mengukuhkan sendi lutut.Ia adalah ACL (anterior cruciate ligament), PCL (posterior cruciate ligament),

MCL (medial colleteral ligament) dan LCL ( lateral coleteral ligament)Sebagai mana nama ACL,ligamen ini bertindak sebagai mengawal pergerakkan tulangtibia dari bergerak atau tergelincir ke hadapan. Bagi atlet,lazimnya pergerakan seperti memusingkan badan secara tiba_tiba serta perlanggaran secara rempuhan dari pemain lain.Kecederaan ini sering berlaku dalam sukan _sukan seperti bola sepak,futsal,rugbi,sepak takraw, badminton  dan bola jaring. Selain itu kecederaan ACL juga dikenali sebagai “dashboard injury” yang sering berlaku didalam kemalangan jalan raya.




gambaran jelas bagi yang masih belum samar-samar tentang kecederaan ACL ini.



Disebabkan kecederaan yang dialami aku admitted untuk 2 hari dihospital dan mengaturkan temujanji untuk pembedahan.



Ok bajet macho.. janji tak nangis, tapi acap kali pesan kat doktor suh bius bagi pengsan, bius banyak-banyak, bius sampai tak sedar diri.. nampak macho luaran, dalaman.. jantung aku berdegup 100 dengupan sesaat. baapaak cuak.. uiks lutut kena tebuk tlang kena drill siap parking skru lagi. Mana tak cuak. Tipu lah kan kalau sikit tak rasa nervous.. fuhhh dalam hati cuba bayangkan yang kesakitan itu sementara..


Nampak doktor siap main lukis-lukis kat kakilututku... (cuak ni jap je lagi lutut aku bakal ditebuk)

Ohh.. lupa doktor yang jalankan pembedahan ni namanya Dr Azlan pakar ortopedik dari An Nur Specialist dan juga pakar bius Dr Ikhram. (Alhamdulillah kedua-dua doktor ini banyak membantu memberikan penerangan tentang procedure dan juga cara untuk kendalikan luka sepanjang tempoh penyebuhan). Aku dah buat research yang mereka punya case semua berjaya. Aidil zakuan pun penah buat ngan diorang mengikut kata en Safuan dibahagian Fisioterapi.


Keadaan kaki aku selepas pembedahan. Masa memula masuk OT tu, dalam keadaan cergas je. dan aku tak sedar bila masa aku terlelap. Tau-tau nurse dah usung aku masuk bilik. Kepala pening mual muntah dan sakit mula rasa. Semalaman aku tido keesokannya tengahari baru aku sedar dan mula rasa sakit..nyut..nyut. 



Hari kedua Dr Azlan datang monitor dan buat dressing pada jahitan aku. Yang aku pelik tu . Pada mulanya aku taktau apa fungsi pump yang duk terpacak kat lutut sampailah doktor datang dan brief. Kegunaan pump tu untuk sedut lendir atau cairan yang masih terperangkap semasa sesi cucian selepas pembedahan. Yela dah drill tulang dan buang tisu yang dah koyak mestilah akan ada sisa bendalir. air yang diorang guna masa mencuci luka kan. so tula ngupanya.. en asben tengok sambil cakap.. "sakit bontot mak" hahahah haru betul.. (jujur aku cakap hanya orang yang penah lalui akan rasa sakitnya selepas operate, sakit tak boleh gambar. ngilu pedih perit aduhhhh haii taktau lah nak bagitahu memang sakitlah) dan 3 malam berturut-turt aku mengis tahan sakit kejap-kejap tekan botton panggil nurse mintak ubat inject tahan sakit. Yang menyedihkan nurse cakap tak boleh sebab dah overdose. (sentap) menangis dalam tido..



corak sembatan yang doktor Azlan jahit pada lutut aku. Hahah burok betul teknik jahitan doktor. Saya redha jela doktor. Selamani aku  duk jahit baju.. kira biasa sangat lah dengan jarum dan benang ni. Tapi kali ni nah.. Kulit lutut kaki ku dijahit.. (oik taknak sebut ngilu)



hari ketiga aku aci-aci turun katil. Actually hari kedua dah turun, tapi takleh gambarkan asal ada pergerakkan sipi-sipi je.  Terasa macam kena siat-siat daging kat lutut aku. huhu seksa siyot...taubat memang serik taknak turun...katil.. Sakit memang lepas tu mintak ubat bius tahan sakit lah. Tapi kata ngan en Safuan,aku seorang pesakit yang kuat semangat. Mau xnya ari kedua dah blaja turun katil. Most of patients yang die treat ambil masa sehingga ada hari ke 4 pun masih takut-takut.Aku paham sebab memang sakit. Tak boleh dah cerita. Orang yang penah kena tau lah. Terutama abang bola dan kakak bola jaring. 


Aku discharged selepas hari ke 4, alhamdulillah urusan semua dipermudahkan. Dan datang balik jumpa doktor Azlan untuk bukak jahitan pada lutut. Seperti yang korang tengok kat bawah tu lah gambar lutut aku yang baru lepas aku dibuka jahitan..(nyut--nyut..). Doktor cakap kaki aku bengkak, sebab dalam lutut masih ada cairan lendir yang terperangkap. So doktor tanya aku untuk sedut keluar.Kata dia kalau tak sedut pun takpe tapi amik masa nak surut. Lambat lah lagi recovernya. dekat 10 minit pikir aku stuju untuk buat sedut lendir tu.

OK!!SUMPAH!! Masa mula-mula doktor cakap nak sedut lendir tu, kira kena buat lah ikut procedure yang mana aku akan di bius dan juga jarum akan ditusuk kedalam lutut untuk mendapatkan saraf /urat lutut . Nak bagi kebas katanya.(ceh kebas lah sangat).ini yang dikatakan akan ku kenang sampai ke liang lahat. Masa procedure dijalankan,macam biasa lah doktor akan brief dan cakap sakit sikit macam kena gigit semut. Kejap je.. So balagak macho lah aku. OK buatlah doc janji saya cepat sembuh. Pahtu die sapu iodin kuning dulu. Pahtu die cuci lah iodin kuning, lepas tu die sapu air yang rasa sejuk-sejuk. then.. tiba-tiba!! aku nampak die keluarkan jarum besar lak tu. Ini memang besar yer aku tak tipu. Tak caya tanya adik aku. Fuh rupanya die guna buat sedut ubat dalam botol. dan itulah ubat biusnya. Yang jadi masalahnya sekarang. Doktor takda pun bius or bagi ubat kebas kat aku masa nak cucuk tu. Kata dia air yang sejuk tadi tu boleh dikatakan ubat penenang untuk selaput kulit. Dia tukar dengan jarum sederhana kecil dan.. mula tusukan. omak aihhhhhhh.. sumpah tobat.. aku dah taknak dah sedut lendir tu lain kali. Gila gaban sakit dia. yela memang lah bius tapi masa cucuk nak masukkan bius tu mana ada kebas bagai der.. itu hidup-hidup doktor cucuk sambil cari urat bawah lutut ngko. sampai terkeluarlah lens aku, Dah satu hal plak mata buta sebelah.. sebab lens aku tggal sebelah je. Pahtu jarum tu mantain kat lutut nkgo dan doktor aku mula sedut guna shrink, uiks rase die macam ko sedut tulang sup tak pun ko sedut siput sedut.. alahai..senakkk nokkk ngilu.. huhu. 





Nampak tak selepas seminggu pembedahan keradangan dan rasa ngilu hampir hilang tapi lepas sedut lendir.. tu ternyata sakit selepas bedah bila ubat bius mula hilang..perghhhh... nangisss!!!! Dan selesai balik rumah terus rasa sakit yang melamapu dan membawa kepada demampanah atau demam urat atau lebih jelas lagi demam terkejut.


Bertambah lagi satu lobang kicik atas lutut.. hahah .. (aku pemain bola
la bak hang) ko hado lutut se-epik aku yang berparut lipat hey.. gadis-gadis luar sana.. huhu (sakittttmakkkk)

P/s :Nanti hilang denyut aku update progress physio aku lak nanti. Dia dah mai dah...nyut..nyut.. huhuhu


You May Also Like

55 Comments

Powered by Blogger.