21st Century Chewable Vitamin C-1000 Review

by - June 05, 2018

Assalamualaikum,

Kali ni. Aku nak buat review tentang  Chewable Vitamin C-1000  dari keluaran 21st Century. Seperti yang sedia tahu dan maklum 21st Century ni ada keluarkan pelbagai jenis supplement perubatan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Untuk semua golongan termasuklah kanak-kanak. Sebelum ni aku takdalah familiar sangat dengan produk ni. Tapi sebab nak try produk vitamin C, Dengan cara paling senang dan selamat, juga produk di recognized oleh jabatan kesihatan. Yela untuk seorang ibu yang berkejaya dan punyai 2 character berbeza dirumah juga diluar. Inilah cara terbaik untuk menambahbaikkan kesihatan luar dan dalam. Korang pun tahu, even Azriel dah berusia 1 tahun 9bulan tapi dia masih breastfeed, disebabkan itu juga, kulit aku akan cepat kering dan merekah. Kalsium dalam badan pun dah berkurangan, sebab segala zat dalam badan di transmit to anak teruna ni. Yang dapat cantik berseri selepas tu dia juga. Untungnya jadi baby. Minum susu mommy terus jadi cantik. Ahak~~~

So tergerak hati nak cuba Vitamin C-1000 dari 21st century ni. Alhamdulillah, pertama sekali sedap sangat. Sebab ia berperisa oren. Kesan terhadap badan juga yang aku boleh Nampak, kulit jadi lebih lembab. Luka cepat kering. Nampak lah kulit lebih glowing. Sebab didalamnya terkandung extract buah oren. (yela kalau nak kupas buah oren sampai 50 biji, memang taklah untuk sekali hadap). Tapi berbeza dengan kapsul Vitamin C-1000 21st Century ni. Pengambilan sebiji sehari selepas makan pun dah cukup untuk menampung jumlah Vitamin C yang diperlukan oleh badan kita.

Harga tak mahal RM29.90 je. Boleh didapati di farmasi Watsons dan Guardians berhampiran. Okla harga tu kira mampu milik kot. Sebelum ni ada je aku cuba produk vitamin C brand lain. Result pun sama bagus. Tapi harga tu yang tak berapa nak bagus. Huhu setiap bulan dah kena set allocation untuk supplements badan. Bukannya murah kebanyakkannya. Dan sebab tula aku bertukar kepada ini. Tahan untuk 60 hari lagi. Mampu?? Hah.. Sama je kesannya. Ada yang tanya aku makan apa untuk kulit muka dan badan sebab nampak elok dan sekata. Selain menjaga pemakanan (kadang makan hentam gak). Inilah salah satu vitamin yang aku amalkan. Dan semestinya jangan lupa minum 8gelas air putih setiap hari ok. Lebih lagi bagus.


KEPENTINGAN VITAMIN C UNTUK ANDA

  • KULIT DAN KULIT MUKA - Fungsi Vitamin C yang terkenal adalah rumusan kolagen iaitu bahan protein yang mengikat sel-sel. Ia penting bagi pembaikan semula dan pertumbuhan tisu, sel, gusi, pembuluh darah, tulang dan gigi.Vitamin C mempercepatkan pemulihan luka, melecur dan gusi berdarah. Penyembuhan selepas pembedahan adalah lebih cepat dengan pengambilan Vitamin C yang tinggi.
  • ANTIOKSIDAN - Vitamin C merupakan antioksidan yang menolong mengeluarkan toksin dalam darah dan mempunyai kesan anti penuaan. Ia amat berguna bagi menentang jangkitan, menghalang serangan virus dan bakteria, mengurangkan kesan alergi. Bagi perokok Vitamin C menghapuskan keracunan nikotin.
  • TINDAKAN KARDIOVASKULAR - Vitamin C mengurangkan pembekuan darah dan menolong menurunkan kolesterol dalam darah. Ia juga menolong menyerap zat besi dan meningkatkan hemoglobin dalam darah.



VITAMIN C BERFAEDAH UNTUK

  • * Memperbaiki kesihatan kulit muka.
  • * Ekzema, dermatitis, masalah kulit.
  • * Batuk, demam selsema, jangkitan.
  • * Warga tua.
  • * Mereka yang mengambil antibiotik dan menjalani perubatan.
  • * Wanita yang mengambil pil perancang.
  • * Perokok dan mereka yang mengambil alkohol.
  • * Pesakit kencing manis.


Peringatan tambahan : sebelum membeli sebarang produk, perkara yang wajib diambil kira adalah sticker hologram yang menunjukkan produk itu adalah original dan ada kelulusan dari kemeterian kesihatan. Tarikh manufacture jugak tarikh luput dan kandungan serta cara ambilan ok. Jangan sebab nak cepat cantik korang men hentam je. yang dapat mudarat korang juga nanti. So berhati-hati dan berlaku bijak bila membeli yer.

 Bagi mereka yang malas nak berjalan, boleh juga didapati secara online dilaman website rasmi HEALTH SUPPLIMENTS  klik je kat link tu. siap Free Delivery untuk pembelian lebih RM50. jemput singgah macam-macam produk ada dalam tu. 

You May Also Like

32 100 org jejak kaki

  1. woww... fufolar post . mest ramai yg gugel vit c nih =)
    kemam2 macam gegula zaman kecik2 dulu

    ReplyDelete
  2. Momoy-stakat ni yang ni paling murah jimat dan sedap.. paling best sebab jika diamalkan kulit rasa glowing dan tak kusam.

    ReplyDelete
  3. Patut lah kulit comel cantik =)
    itu rahsianya ya

    ReplyDelete
  4. hihi... alam masa yang sama dalam diam comel follow gak cara dan tips cantik gebu macam momoy. hihi

    ReplyDelete
  5. Tq for info yg beguna ni.ari sya beli produk 21century ni.nak try katakan.biasanya mkn vit blackmore.tp mahal.ternampak vit c ni.pas tu google skit.skrang lega jga rasanya ada yg dah amalkan.

    ReplyDelete
  6. kena simpan dalam peti sejuk ke? tapi kalau simpan kat luar boleh tak

    ReplyDelete
  7. Haliza-boleh je saya simpan suhu bilik je. hihi

    ReplyDelete
  8. Thanks atas perkongsian. Sebelum ni dh banyak try vit c termasuk blackmores...tp mahal ckit la...nt nak try la yg ni..murah n best nmpaknya tuu he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer murah dan bagus ..sedap lagi

      Delete
  9. Thank sharing tahu. Sebab memang nak beli vit c ni pon. tu nak review. Since ada y review okey. Nak try juga lah. Sebab certain vit c mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, yang ni sgt berbaloi dear

      Delete
  10. Max 1000gram je sehari vitamin c pharmacist kata.

    Saya makan yang 500g ja. From 21st century juga. Dan bukan extracted dari buah oren. Ascorbic acid ja saya telan. Tak rasa orenjen pun. Huhu.

    ReplyDelete
  11. Cara nak makan dia kemam je ke atau dgn air?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kemam gigit semua boleh.. sebab ia sedap

      Delete
  12. Sy pun mkn 21st. Yang prolonged release.

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. please2 boleh je.. sbb bagus n murah

      Delete
  14. Klu mkn lbh dr sebiji sehari blh x? Sbb rsa dia sdp lh

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je.. max slalu sy makan 3-4 biji.. tapi jarang2 lah saya ulang makan sehari

      Delete
  15. Kalau yang ada darah tinggi blh makan ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni ok je lagi...selamat lah utk makan

      Delete
  16. Betulke vitamin nih utk naikkan berat badan. Selera makan bertambah? sy dh beli vitamin nih Sbb kt fb Ade viral pasal vitamin nih naikkan berat badan bg yg kurus.

    ReplyDelete
  17. Mkn lbih dari 1 biji sehari bole x ?

    ReplyDelete

  18. شركة التميز المثالي للخدمات المنزلية وتنظيف المنازل والشقق والفلل بالدمام والخبر والقطيف والجبيل
    قسم خاص لتسليك المجاري بالضغط ومكافحة الحشرات وتنظيف للمجالس والسجاد والموكيت وتنظيف الخزانات
    نقدم افضل الخدمات المنزلية بالمنطق الشرقية 0551844053

    شركة تسليك مجاري بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالدمام
    شركة مكافحة حشرات بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالجبيل
    شركة مكافحة حشرات بالجبيل
    شركة تنظيف سجاد بالجبيل
    شركة تسليك مجاري بالخبر
    شركة تنظيف منازل بالخبر
    شركة تركيب وصيانة الكهرباء بالدمام والخبر
    شركة المثالية للتنظيف بالجبيل

    ReplyDelete
  19. Kenapa baru2 mkn vit c ni kepala sakit ea...air mmg minum bnyk...

    ReplyDelete
  20. Ibu menyusui ble ambl ke?

    ReplyDelete
  21. Vit ni elok tak kalau utk tambah berat badan?? Hehe

    ReplyDelete
  22. Salam.. Anak umur 5 tahun pun boleh mkn ke? Walaupun 1000mg? Atau diorg kena mkn yg 500mg aje?

    ReplyDelete

Pinkygroupsaid

Cradle 2011-2018

Cradle 2011-2018

Total Pageviews

Blog Archive