Raikan Keindahan Perpaduan Koleksi Malaysia Sebenar Dari Poh Kong, Diinspirasikan oleh Anda

by - August 14, 2018

Kuala Lumpur, 9 Ogos 2018 –Konsep keindahan berbeza antara satu insan dengan insan yang lain. Setiap kita akan mendefinasikan keindahan secara berbeza dan terkadang, mengejutkan. Di Poh Kong, keindahan adalah didefinasikan sebagai warga Malaysia melupakan perbezaan demi mengutamakan negara serta memelihara nilai kemerdekaan yang diperjuangkan oleh generasi terdahulu sejak 61 tahun yang lalu. Dan keindahan di mata kami, adalah juga apabila rasa saling menghormati tanpa mengira bangsa, dizahirkan. Sempena menyambut bulan kemerdekaan yang paling bermakna ini, Poh Kong telah mengumpulkan barang kemas rekaan sempurna dari pelbagai koleksi, sebagai satu penyataan akan sebuah perpaduan.

ANGGUN – Keindahan Tersendiri, Keanggunan Terpateri



Koleksi Bunga Raya
Direka dengan penuh kreativiti hasil perjodohan emas kuning 916/22k dan emas putih, kehalusan seni pertukangannya yang anggun serta rumit, benar-benar telah menyerlahkan keanggunan dan kesucian Koleksi Bunga Raya dari Poh Kong ini.  Lima kelopak menghiasi loket dan gelang, dengan ukiran Bunga Raya yang serba rumit di tengahnya, pasti kan menarik perhatian! Bukankah menyempurnakan apabila dikenakan bersama baju kurung atau kebaya anda?




KOLEKSI MANJA
Koleksi si Manja direka khusus bagi menyuntikkan keceriaan dan kesucian, buat si comel anda. Pastinya sesuai untuk dijadikan tanda kasih bernilai yang akan terus dihargai sepanjang masa.

AUSPICIOUS – Keindahan Dalam Kelembutan



Golden Delights Series – Koleksi Blooming Riches
Siri ini menyerlahkan keanggunan dan keindahan bunga Peony – diinspirasikan oleh penampilannya yang mewah dan sopan – seakan mengisahkan kualiti seorang wanita, sambil mengundang kemesraan.. Gandingkannya dengan busana berciri ketimuran anda dan tampil mempersonakan di sebarang majlis.



Bountiful Gold & Jade Series - Koleksi Penuh Kemewahan
Barang kemas ini diinspirasikan dari bentuk labu yang digabungkan dengan matawang lama di bahagian tengahnya, serta dihiasi dengan bungaan Peony. Lapisan petal menggambarkan langkah progresif menuju ke puncak, dengan iringan kemewahan. Juntaian 3 baris manik abacus  melambangkan kemewahan yang melimpah ruah.

BOMBAY – Keindahan Tradis Yang Serba Bertenaga



Tampil bergaya dan glamour di majlis dengan anting-anting serta rantai emas yang diperbuat dari 916K ini. Setiap barangan adalah dihiasi oleh manik dengan tona yang bertenaga, bagi menyuntikkan keceriaan terhadap penampilan anda. Sempurna untuk dikenakan apabila anda memakai sari atau shalwar kameez. 





TRANZ – Keindahan Alam Semulajadi

Tranz Duet
Lakaran terukir meliar di permukaan loket dan cincin ini bagai memenuhi imaginasi abstrak anda.
  





Tranz Nature
Bersedia untuk terpukau dengan rahsia alam disulami dengan rekaan menakjubkan akan barang kemas anggun ini yang diinspirasikan dari keindahan flora dan fauna. Tampil memikat dengan loket, gelang dan cincin yang bermotifkan dedaun bagi menyerlahkan kelainan serba unik menjelang kemerdekaan ini.
Kenali rangkaian barangan kemas serba anggun ini yang boleh didapati secara eksklusif di Poh Kong, Galeri Poh Kong dan Diamond & Gold. Untuk maklumat lanjut, layari www.pohkong.com.my atau www.facebook.com/pohkongjewellers.





Mengenai Poh Kong
Ditubuhkan pada 1976 dan tersenarai di Bursa Sekuriti Malaysia Berhad sejak 2004, Poh Kong adalah rangkaian perniagaan barangan kemas yang terbesar di Malaysia, dengan cawangan yang ke 100 dibuka pada tahun 2011, yang terdiri daripada stor berkonsep seperti Poh Kong, Poh Kong Gallery, Diamond & Gold, Diamond Boutique, Gold Boutique dan Oro Bianco. Poh Kong menawarkan pelbagai pilihan perhiasan berunsurkan emas, berlian dan permata yang diukir anggun oleh barisan pengukir dan pereka yang mahir. Jenama tersendiri Poh Kong pula termasuklah koleksi terbarunya; Miss Petite dan D’First, selain Tranz, Happy Love, Anggun, The Art of Auspicious, Bunga Raya Gold Bar, berlian yang dicanai 101 persegi - HEMERA, dan pelbagai lagi yang bakal diperkenalkan. Poh Kong juga adalah pengedar berlesen buat koleksi Disney, pengedar mutiara mewah Schoeffel dari Jerman, LUCA CARATI & MORAGLIONE 1922 dari Italy, serta turut berbangga untuk membawakan pelbagai lagi jenama barang kemas ternama dari seluruh dunia. Poh Kong telah memenangi pelbagai anugerah termasuklah Anugerah Kedai Harga Patut (2013), Anugerah Pilihan Pengguna, Anugerah Emas bagi kategori Busana dan Aksesori-Putra Brand Awards (2015), Anugerah Penghargaan Khas Kumpulan AEON (2016), Retail Asia-Pacific Top 500 (2014) dan tersenarai di tempat ke-8 dalam Malaysia Retail Asia-Pacific Top 10 (2016). Terbaru, Poh Kong juga telah memenangi anugerah berprestij Superbrands Award (2018).

You May Also Like

1 100 org jejak kaki

Pinkygroupsaid

Cradle 2011-2018

Cradle 2011-2018
nuffnang -->

Total Pageviews

Blog Archive