CCM Duopharma - Halal farmaseutikal

by - August 17, 2018



Pemilihan kandungan bahan juga menjadi ukur utama bagi sesetengah pengamal perubatan. Bukan sahaja msyarakat Islam juga anutan lain juga. Kerana mutu serta kualiti tahap kebersihan berada pada tahap yang memuaskan dan ia selamat untuk dipasarkan. Kandungan bahan juga sangat di titik beratkan kerana ia melibatkan golongan kanak kanak dimana ia penting bagi menjamin ia selamat digunakan dan di amalkan. 


Sesetengah bahan sangat rigid dan tidak telus di dalam penyataan bahan pada produk sehingga ia menjadi tanda tanya pada pengguna. Info info lengkap tentang produk perlu dipaparkan supaya ia menjadi bahan rujukan pengguna untuk yakin kekal dengan penggunaan produk.

Pendedahan dan pendidikan farmaseutikal halal amat penting terutama bagi pengguna Islam dalam menggunakan produk farmaseutikal seperti ubat-ubatan dan suplemen kesihatan. Malahan perkara ini amat ditekankan kerana genjala penyakit kadang berpunca dari kesalahan pengambilan ubat atau pun tidak mempunyai pengetahuan am tentang kesan ubat ubatan kepada tubuh badan.



Bagi aku sendiri adalah pengguna tegar supplement untuk vitamin tambahan bagi tubuh badan, terutamanya Azriel. Champs Vitamin kunyah memang aku dah lama guna. Hamper 2 tahun. Kerana Azriel sukakan rasa dan juga ia seperti gula-gula. Faham sajalah kanak-kanak sangat particular tentang rasa sesuatu yang dimakannya.  Jadi dengan Champs Vitamin kunyah ni, aku selalu gunakan sebagai gentian ubat. Kerana kandungan Vit C yang tinggi didalam nya dapat membantu menambahkan zat bagi pertumbesaran anak kita. Dia jadi berselera makan. Apa yang kita masak mesti ada effort untuk makan dan rasa. Kadang mommy pun rembat juga sebiji dua. Sebab sedap. Hihi..

Aku seorang single mom yang sentiasa sibuk dengan rutin kerja seharian termasuklah tugasan menjaga anak. Semestinya tenaga seharian habis drained dengan tugasan harian. Menghadap screen computer seharian menjadikan badan cepat penat juga mata jadi cepat kering.Eye Glo adalah penyelamat apa bila mata terasa rengsa dan pedih akibat dari kesan penghawa dingin seharian dan habuk di luar kawasan bangunan. Memang recommended sangat bagi sesiapa yang kerap dengan screen computer.

Kita ni semakin tua makin perlukan vitamin tambahan sebagai bantuan untuk menguatkan system badan serta daya tahan badan. Untuk mengamalkan pengambilan makanan seimbang adalah amat sukar untuk diamalkan. Dengan
PROVITON Multivits CoQ10 Plus mengandungi vitamin-vitamin penting, mineral , dan nutrien meningkatkan dan menjana kesihatan seharian, jadi badan lebih aktif  setiap hari.

Uphamol 650 adalah last resort jika kadang-kadang sakit kepala atau mendapti akan demam, ia adalah pencegahan awal sebelum sakit mula merebak lebih teruk.  Boleh dikatakan ia sangat membantu. Cuma pastikan cara pengambilan mengikut nasihat doctor dan nasihat dari pihak farmasi ya.

Kesemua di atas adalah menjadi keperluan dan juga sememangnya aku adalah pengguna tegar untuk  produk di atas. Yang penting ianya disahkan HALAL dan boleh di gunakan tanpa was was. Aku yakin bukan sahaja orang Islam, penganut lain pun akan suka dengan produk yang disahkan selamat untuk di ambil. Kerana ia CCM Duopharma telah mendapat pengesahan ia adalah halal dan selamat digunakan.

Oleh itu, CCM Duopharma terus menerajui pemba­ngunan produk farmaseutikal halal dunia dengan menekankan segala aspek bahan asas hinggalah pengilangan.  “Halal bukan sahaja untuk orang Islam malah bagi sesiapa sahaja, misalnya standard MS2424 sama seperti standard Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP).

Jadi tak perlulah takut akan kandungan dari produk CCM Duopharma ni kan? Sebab semuanya halal dan selamat untuk semua. Nak tahu lebih lagi dengan melayari Website Rasmi : www.myh4p.com





You May Also Like

0 Comments

Powered by Blogger.