20 May 2018

# FOOD REVIEW # Foodhunting

Buffet Ramadhan paling santai di 9 Kedondong.



Semalam Ahad merupakan puasa hari ke empat. Terasa nak makan sedap plak tekak ni. So aku dan Bff aku Shah decided to makan kat 9 Kedondong yang bertempat berhampiran Tasik Ampang Hilir.


Itupun selepas kami dapat tahu dekat sini ada kambing bakar. Hah Si Shah ni, purpose nak berbuka kat sini sebab ada kambing bakar, walaupun aku bukan pengemar daging, tapi mengenangkan kawan aku ni. Ikutkan sahaja selera dia. Lagipun Shah ada kelas pada hari minggu, so kebetulan juga Azriel during weekend memang akan balik ke rumah daddy dia. Jadi mommy sesorang takda gang, jin lah si Shah ni berbuka.

Wah.. Pertama kali sampai, terasa macam pergi kenduri khawen, sebab the whole decoration dia sangat cantik dan cosy, tau jela si Shah ni asyik duk tanya aku, kenduri sape kita attend ni. Yang best lagi depan stage siap ada deco suasana raya di kampung. Cantik sangat.

Ok kembali kepada cerita makanan kat sini, the dishes totally awesome. Semua sedap.. dari masakan dan makanan berat sampai lah ke dessert dia. event air minuman pun cukup sifat dan rasanya. Memang tak menyesal. Lauk masak lemak, udang sambal dan yang lain memang membuatkan si Shah makan tak tengok kiri kanan (selera ko bang) yela orang puasa. Memandangkan Shah ni cerewet gak bab makanan. Tapi alhamdulillah hidangan yang disediakan di 9 Kedondong tidak mengecewakan. Katanya nak repeat lagi. Nak bawak gang kelas makan-makan kat sini lagi. Mesti teringatkan sambal udang dan kambing bakar tu. Senang cerita untuk makluman semua, hidangan di 9 Kedondong ni adalah 100 % masakan lauk melayu dan siap ada kambing bakar. Hah jangan tak tahu keli sambal, siput sedut, masak lemak cili api, fuhh tak berani nak mention semua takut terbatalkan puasa korang. 

Yang bagusnya kat sini, ada menyediakan surau untuk pengunjung yang datang berbuka kat sini. Jadi boleh lah lepas berbuka pengunjung boleh ke ruang solat untuk tunaikan solat magrib di samping itu juga pengunjung boleh juga terawih di sini. lagi pun 9 Kedondong ada menyediakan telekung untuk jemaah wanita, jadi sangat convinient untuk keluarga yang datang bersama family yang ramai. di 9 Kedondong juga sangat friendly stroller, so sesiapa yang ada naka kecil tak perlu risau sebab sini tak ada tangga atau lift bertingkat untuk di terjah. Kalau nak bawa mak ayah yang kurang sihat untuk berjalan jauh, sini lah tempatnya, mereka mesti suka, sebab tak penat nak berjalan atau memanjat tangga. Bab anak-anak pula , jangan di risau, memang sangat-sangat mesra alam tempat ni, sebab kawasan terlindung dan anak anak selamat untuk berlari berkeliaran. Rasa macam ala-ala kat rumah mak teh, kenduri dalam pagar rumah. So tak risau anak hilang ke ape. 

Jadi masing-masing siap dengan roles masing-masing, boleh makan, boleh chitchat aka membawang (hihi) boleh solat dan sambung lagi makan sepuas hati. 

Cerita panjang tak guna, meh kita sama-sama menghayati dan nikmati juadah dari 9 kedongong yang bertemakan " Selera Warisan Desa" memang memukau mata dan anak tekak bila ditatap.



























Korang kuat tak?? kuat tak? aku tak kuat.. huhu teringat kat castard caramel dan pulut mangga semalam, uiiii sedapp uiii.. Takpa kata Shah dia nak repeat, mau aku join skali lagi ni. Sebab ape? sebab harga terlalu berbaloi dengan jumlah hidangan yang disediakan. Parking senang, makan sedap, tempat yang sangat convinient dan tak crouded 

Ok lepas makan makanan ringan boleh lah nak solat ke nak bergambar kenangan ke kat stage yang disediakan. Best kan?. So nak tahu harga tak? mestilah kan.. boleh refer di bawah.




Harga Ramadhan Buffet is RM55.00 nett Dewasa, RM28.00 nett kanak-kanak berusia 7-12 tahun. Senior Citizen 60 tahun keatas is RM28.00 as well. Buffet Ramadhan akan bermula dari 18 Mei sehingga 10 Jun 2018 so boleh plan dari sekarang. Untuk book boleh Call/WhatsApp 017-2250705 (Haziq) OR 018-7669065 (Rabia)
Nak lagi detail untuk ukuran anak-anak, yela nak budget juga kan kalau ramai sedara mara yang nak bawa anak kecil. dan lagi bagusnya adalah book untuk 10 orang percuma 1 tak perlu bayar. gittew.

0-6     : foc
7-12   : RM28
13-59 : RM55
60-99 : RM28

Alamat untuk senang nak ke lokasi:





Contact Person : 016 – 886 8311 (Miss Rabia) or 017 – 2250705 (Mr Haziq)
Waze : 9Kedondong
Alamat : 9 Jalan Kedondong of Jalan Ampang
55000 Kuala Lumpur

kawan-kawan yang turut serta.


Bff aku (tengah mencari jodoh ni, single and available) skali promote dia da.. minat? DM tepi ek.. Kahkahkah



Ok kak su ni dari mula jumpa sampai sekarang OMG cantik je orangnya, lembut, manis bila senyum tang taring tu.. btw thanks kak masih tak lupa Comel.



Ok ini anak kak Moon, Sutan Zulkarnain. % bulan, single and available (hihi) cuma auntie tak paham kenapa awak taksub sangat dengan auntie anak oii,, adakah disebabkan gigi auntie yang berpagar besi tu?!! cepat lah gigi rata, xsanggup dah nak senyum alah-alah robotcop ni.


Ok sebelum menutup tirai, bagi yang merancang untuk datang ke sini, boleh lah GUNA PROMO CODE surayax9kedondong DAPAT off 10% from total bill

2 comments:

  1. Replies
    1. sangat sedap... dah berpatutan untuk bawa family

      Delete

Pinkygroupsaid

Si peminjam Hati Tinggalkan Tapak

Popular

Total Pageviews