Birthday Cake Starwars permintaan Ke 5 tahun Azriel

by - May 06, 2018



Tahu jela, setiap tahun Azriel akan minta jenis atau tema kek hari jadi dia. Eerrrr Diva betul.. Tapi masa umur 3 tahun kebawah tu mommy lah yang over. Tapi apa ada kisah, anak bujang kesayangan nak minta kek. Bagi jela kan. 




So untuk kelahiran tahun ke 5 ni. Azriel minta kek Starwars, so yang akan excited dalam penyediaan kek kali ini, lebih kepada Zarul. Hahah, Sebenarnya aku hampir lupa hari lahir anak, disebabkan kerja yang terlalu banyak. Sorry mommy tak bermaksud lupa, malas mommy belikan hadiah awal sebulan kot.



Alhamdulillah harapannya, apa yang kami sekeluarga sediakan untuk Azriel di hari jadi ke 5 ni akan menjadi kenangan indah buat Azriel. Plannya sambut kat sekolah Azriel je sebab ramai kawan kan. Maklumlah sejak Azriel dah proper school ni, lebih baik sambut kat skolah, kawan-kawan pun ramai siap sambut sekali dengan teachers kan. Lagipun Azriel nampak enjoy sangat.

Masa hari kejadian dah discuss dengan sekolah supaya sediakan deco yang simple manakala, barangan perhiasan telah mommy sediakan sehari sebelum acara. Alhamdulillah walau simple tapi nampaka lah kemeriahan, memandangkan hari tu Azriel seorang je lahir pada tarikh tu. Waktu dijanjikan jam 11.30 pagi , mommy akan dataang school Azriel sambil bawa cake yaang di minta.





Azriel bersama rakan sekelasnya.. sememangnya semua suka bergambar.. senang keje mommy.. hahahah Comel kan semua diorang ni?.

Sebab dah janji kan, so mommy dah tunaikan hajat dia, nak Ipad. Harapan dan doa mommy, semoga Azriel menjalani kehidupan sempurna yang kurang kesukaran, kalau boleh mommy nak semua yang Azriel lakukan dipermudahkan oleh Allah swt. Mommy nak anak mommy sentiasa sihat kuat, membesar dengan bijak dan mampu buat mommy bangga. Di lindungi dan disayangi oleh orang sekekliling. Mommy nak Azriel tahu, Azriel lah satu satunya nyawa dan penguat semangat  mommy untuk meneruskan ujian dan cabaran seharian dalam kehidupan. Azriel tetap jadi yang pertama dihati mommy sampai bila-bila ok. Sayang Azriel sangat sangat.Selamat Hari Lahir ke 5 sayang.

You May Also Like

0 100 org jejak kaki

Pinkygroupsaid

Cradle 2011-2018

Cradle 2011-2018
nuffnang -->

Total Pageviews

Blog Archive