3 March 2018

Daki Bukit Broga Semenyih buat pertama kali


Pengalaman ikut member hiking, takda lah tinggi mana, setakat di Bukit Broga Semenyih saja. Tapi dia punya rasa, excited (bukan aku) sebab aku ni masuk hutan lemah bab pacat lintah ni. Mengenagkan semangat yang baru tercipta oleh si Onie ni. Katanya #Healtylifestyle. So aku pun nak cuba lah turut serta. 



Ni belom puncak lagi.. Selfie lah sementara tunggu si Onie dapat keberanian naik curam (hihi)


Alhamdulillah dia sampai akhirnya



Memandangkan kami plan pergi ber empat, aku, firdaus BFF onie, Onie n Adam. Onie dari Shan Alam dan aku plak tumpang firdaus kat wangsa Maju memandangkan kami tinggal berjiran. (jangan salah paham yer Firdaus ni kawan onie dan juga kawan aku) tak ada kaitan antara kami berdua yer. Hihi kena buat disclaimer kang ada yang suka bercerita. Kahkahkah.. Aku tahu bunyik macam poyo. Tapi memandangkan siap ada yang consern dan tanyakan tentang this sado guy. So i turn up to bagitahu lah. (kesian adik daus kena bahan ngan makcik tua ni)




So keluar rumah jam 7 pagi terus shot ke Semenyih lah. Kira sana Check point yang bakal kami berempat berjumpa. Sampai dalam jam 9 pagi. Yer ramai bising sebab kami sampai dah lewat dan orang ramai mula turun. Sebenarnya itu tujuannya bagi orang ramai balik, dan kau boleh berjalan bertenang tanpa perlu bersesak dengan orang ramai.

Ni lah Onie, budak baik yang selalu hilang kawalan tiba-tiba sebab excited. Tapi bila tenaga hilang die pun sekali lenyap (hahaah) Budak baik yang selalu berjiwa positif


Parking dia kena bayar tau xsilap RM1 je. lepas tu kau parking lah kat mane pun sebab ia free parking space. Seronok tengok Onie. Macam biasa tenaga dia masih banyak waktu tu. Sakan lah bergelak tawa. Dengan tercabar tengok anak-anak kecil join parent masing masing hiking. Baru aku tahu yang budak-budak pun boleh naik Bukit Broga ni, sebab trail dia takdalah teruk dan mencabar macam bukit-bukit lain.


Sampai Puncak.. weehuuu..


Kami start daki dalam jam 9.30pagi  dan sampai lebih kurang jam 12.15 tghari. Sebab banyak berhenti, tunggu Onie dan Adam refill energy. hahahahah.. (maaf Onie comel takleh tahan gelak, korang laki bini sama je.. duk berlawan sapa nak give up dulu.) Korang sangat comell.





gambar tak banyak sebab aku banyak record video.

So nak tahu kena layan Channel You kat bawah lah.




Review : Pada aku aktiviti hiking ni, bagus dan menyihatkan, paling best duit tak habis sebab kau hanya perlu kan tenaga untuk achieve meter dakian. Lepas tu sape yang takut gelap tu dinasihatkan pakai sun block dan any protection lah, sebab cuaca puncak lagi dekat dengan kita kan. Alhamdulillah syukur masa hike Broga cuaca mendung dan berangin. So takdalah penat dan letih sangat. Tapi lapar memanglah sangat lapar bila turun tu. Sebab dah habis kudrat tenaga guna kan?.

So boleh repeat untuk next hiking activity lah ni. Onie project lead, apa-apa tunggu update dari dia lah. Yang pasti lepas ni lebih trill.

P/S : TAK BOLEH LUPA DIMANA AKU LUPA BUKAK RANTAI KAKI EMAS DAN AKHIRNYA ARWAH DI BROGA. Tah bila jatuh aku tak perasan, sebab aku perasan last pagi sebelum naik Broga. (Damai lah kau disana).

No comments:

Post a Comment

Pinkygroupsaid

Total Pageviews