SEBULAN SEBELUM TAYANGAN PERDANA SEDUNIA FILEM LEE CHONG WEI PENYANYI LAGU FILEM DIUMUM DAN TRAILER KEDUA DILANCAR TIKET KATEGORI EMAS RM168 HABIS DIJUAL
KUALA LUMPUR, 10 Februari 2018 –
Orang ramai berpeluang menonton filem LEE
CHONG WEI versi tambahan berdurasi 133 minit, antara daya tarikan acara
tayangan perdana sedunia filem yang memaparkan kisah perjuangan pemain
badminton nombor satu negara itu.
Acara berkenaan akan diadakan pada jam 6:30
petang pada 9 Mac 2018 bertempat di Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City.
Penganjur acara, CB PICTURES dan SKY EVENTS dengan kerjasama MAHU PICTURES
telah mengadakan majlis sidang akhbar bersama-sama para media dan penaja untuk
memberi gambaran terperinci mengenai acara tersebut di pusat membeli-belah
Quill City Mall Kuala Lumpur baru-baru ini.
Para penaja acara turut
diperkenalkan kepada pihak media di majlis tersebut. Antara para jemputan yang
hadir untuk memeriahkan majlis tersebut ialah Datuk Rosyam Nor yang melakonkan
watak Datuk Misbun Sidek dalam filem, Jake Eng (Chong Wei remaja), Tosh Chan
(Chong Wei dewasa), Ashley Hua (Datin Wong Meow Choo) dan Agnes Lim (Lee Mei
Ching). Datuk Rosyam dan para pelakon filem adalah antara para hadirin pada 9
Mac yang akan mewarnai acara permaidani merah sepanjang 100 meter di dalam
Stadium Nasional Penyanyi popular, Nabila Razali dan penyanyi sosial media,
Priscilla Abby telah diumumkan sebagai para-penyanyi untuk lagu tema filem.
Mereka bakal mendendangkan lagu tema filem dalam Bahasa Melayu dan Inggeris
buat kali pertama secara langsung pada acara tayangan perdana dunia nanti. Lagu
yang akan dinyanyikan oleh Nabila Razali bertajuk Cahaya Juara. Treler kedua
filem LEE CHONG WEI yang ditunggu-tunggu oleh peminat filem tempatan dan
penyokong Chong Wei turut dilancarkan secara rasmi menerusi layar LED kepada
hadirin yang hadir pada hari itu. Tiket berharga RM168 (EMAS) untuk 9 Mac telah
habis dijual, sementara tiket-tiket lain yang berharga RM88 (DUNIA), RM108
(GANGSA) dan RM128 (PERAK) masih boleh 2 dibeli. Jualan tiket secara tunai dan
kad kredit juga boleh dibeli di Kaunter Tiket di perkaragan AXIATA ARENA, KL
Sports City, Bukit Jalil setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Selain
itu, tiket-tiket juga boleh dibeli menerusi laman www.LEECHONGWEImovie.com.
Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi talian +603-5879 9967. Setiap pembelian
tiket membolehkan penonton menerima secara percuma sehelai kemeja-T filem LEE
CHONG WEI bernilai RM59, sekeping tiket filem LEE CHONG WEI di semua pawagam
GSC, sekeping poster edisi terhad filem LEE CHONG WEI yang ditandatangani oleh
Datuk Wira Lee Chong Wei dan para pelakon serta satu beg tenunan filem. Semua
ini akan diedarkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari tayangan perdana 9
Mac. Selain itu, pembeli tiket juga berpeluang memenangi hadiah menarik untuk
cabutan bertuah seperti raket badminton YONEX LEE CHONG WEI sebanyak 100 unit,
telefon pintar SAMSUNG (5 unit), buku filem (30 unit) dan pelbagai lagi hadiah
menarik disediakan. Acara Tayangan Perdana Sedunia LEE CHONG WEI dijangka
dihadiri sekurangkurangnya 20,000 penonton dan bakal dicatatkan dalam The
Malaysia Book of Records dan Asia Book of Records, di mana ia akan ditayangkan
menerusi layar gergasi LED berukuran 40 meter x 17 meter. Banyak aktiviti akan
berlangsung sebelum tayangan seperti acara Permaidani Merah oleh selebriti
jemputan, persembahan oleh Nabila Razali dan Priscillia Abby serta carnival
penaja dan food truck dari pukul 4 petang.
Selain itu, skuad badminton negara
yang menjuarai Piala Thomas 1992 juga akan turut menghadiri acara penuh
bermakna ini. Acara Tayangan Perdana Sedunia filem LEE CHONG WEI
dipersembahkan oleh 100PLUS dan CNI dan disokong oleh KUMPULAN POWERNET (Penaja
Utama), QUILL CITY MALL KUALA LUMPUR (Penaja Bersama), GDEX (Penaja Besama),
GSC MOVIES (Pengedar Filem), KUALA LUMPUR SPORTS CITY (Lokasi Rasmi), KELAB
RELA KEHORMAT BERSEKUTU WILAYAH PERSEKUTUAN (Rakan Sokongan), PERSATUAN HOKKIEN
MALAYSIA (Rakan Sokongan), DEWAN PERHIMPUNAN CINA KUALA LUMPUR & SELANGOR
(Rakan Sokongan) dan TEDMI (Rakan Sosial Media). Maklumat lanjut, sila layari
Facebook @leechongweimovie or atau www.leechongweimovie.com. -
54 Comments