2 February 2018

Launch of Guardian's Hello Kitty collection


Kuala Lumpur, Sabtu: (27 Januari, 2018): Guardian Health and Beauty Sdn Bhd dan Hello Kitty telah bekerjasama sekali lagi untuk memberikan senyuman kepada para peminat, golongan muda mahupun yang berjiwa ‘muda’ di seluruh negara.

Buat kali pertamanya, para peminat kucing paling comel ini bakal berpeluang untuk memiliki tujuh barangan menarik yang direka khusus untuk Guardian Malaysia.

CEO of Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Mr. Soren Lauridsen (right) and Senior Marketing Manager, Shirley New (left) striking a pose with the cutest kitty on the planet

Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Mr. Soren Lauridsen, yang melancarkan koleksi itu hari ini, berkata: “Inisiatif pemasaran unik ini diadakan untuk menggembirakan para pelanggan dan peminat karakter popular Hello Kitty.”

Jelas beliau: “Dua koleksi ini telah direka sempena sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Wanita Sedunia yang bakal disambut pada 8 Mac nanti. Oleh itu, barangan ini akan dikeluarkan dalam dua fasa, masing-masing dengan set barangannya tersendiri.




“Kami yakin bahawa barangan comel ini bakal menambat hati pelanggan dan peminat. Bukan sahaja rekabentuknya yang eksklusif, ia turut ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan, iaitu RM25 dan ke bawah.”

Rangkaian barangan “Hello Kitty Celebrates”– terdiri daripada selimut, kusyen, buku nota dan penanda buku dan direka untuk mencerminkan mood perayaan, akan boleh didapati di stor-stor Guardian bermula 1 Februari hingga 7 Mac.

Manakala koleksi yang lain - “Hello Kitty Hello Confidence,” pula terdiri daripada beg tote, beg makan tengah hari, beg kosmetik dan beg komputer riba, hadir dalam warna ungu dan merah jambu dan membawa mesej “cinta”, “ceria” dan “semarakkan cinta” bagi melambangkan Hari Wanita Sedunia. Ia bakal dijual pada 8 Mac hingga 18 April.

Hello Kitty, yang telah memberi inspirasi kepada jutaan peminatnya di seluruh dunia, termasuk Malaysia, telah menubuhkan taman temanya sendiri iaitu Hello Kitty Town di Puteri Harbour di Johor.


bertemu kakak Anie cantik penuh inspirasi sila lah jengah ke page beliau nescaya korang akan temui sesuatu yang dicari selama ini. http://123mamanet.com/

Bersempena dengan pelancaran koleksi ini, Guardian Malaysia akan menawarkan lawatan ke Hello Kitty Town dan peluang bertemu Hello Kitty kepada para pelanggannya di selatan tanah air.


Pelanggan yang membuat pembelian sebanyak RM150, termasuk mana-mana barangan Hello Kitty di stor-stor Guardian terpilih, akan berpeluang untuk menerima dua tiket percuma ke Hello Kitty Town. Tiket adalah terhad.
Cara-cara penyertaan

Untuk membeli mana-mana daripada tujuh barangan yang ditawarkan, pelanggan hanya perlu berbelanja RM20 termasuk mana-mana produk jenama penaja atau RM30, sekiranya tanpa barangan penaja.     
Jadi berkunjunglah ke stor Guardian berdekatan anda dan kumpul koleksi anda sekarang!
_________________________________________________________________
Tentang Guardian Malaysia
Guardian Malaysia bermula sebagai sebuah kedai runcit farmaseutikal berkeluasan 200 kaki persegi, yang menyajikan perkhidmatan kepada komuniti ekspatriat 50 tahun lalu. Hari ini, ia merupakan peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit di negara ini, dengan lebih 420 buah stor di seluruh negara, menyediakan pelbagai produk kesihatan, kecantikan dan farmaseutikal yang tiada tandingannya. Rangkaian stor-stor ini menyediakan perkhidmatan kepada lebih 30 juta pelanggan di seluruh negara.

2 comments:

  1. budak2 kalau nmpak hello kitty ni mesti rambang mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan budak saja mak budak pun kan.. hihi

      Delete

Pinkygroupsaid

Total Pageviews