9 January 2018

Azriel dihari pertama sekolah. 2/1/2018

Sekian lama baru nak update new entry untuk 1st time 2018. Permulaan yang mencabar dalam hidup bagi tahun baru. Antaranya tahun ni Azriel dah start pre school. Yang lebih excited adalah mommy lah. Mana tidaknya dari sekecil-kecil tapak tangan kita jaga dia, sampai sekarang separuh dari badan kita tingginya. Dah 5 tahun lah anak mommy tahun ni. So dimana pilihan pre school yang terbaik untuk Azriel? Alhamdulillah dah dapat school yang bagus insyaAllah Azriel akan berlajar dan bergaul dengan baik dan selesa. Bertemu rakan baru dan berlajar banyak perkara baru. InsyaAllah.

Pagi-pagi semestinya mommy akan sedaya upaya bangun pagi untuk siapkan breakfast, walau mommy tahu di sekolah nanti cikgu akan sediakan makan dan minum kamu. Mommmy tahu kamu makan kuat dan selalunya tak akan cukup. So mommy masak siap-siap supaya anak mommy dibekalkan khasiat dan tenaga yang cukup untuk berlajar sepanjang hari ok.





Setiap pag mommy akan buat live bento story untuk kamu, sebab buat semua ni untuk kamu adalah satu kepuasan bagi mommy. tak rasa pun penat lelah bila tengok kamu makan masakan mommy .


Saat ni bat mommy rasa seronok dan teruja sebab anak mommy cakap mommy masak sedap.



Tu dia gambar anak bujang yang super excited with his new sport ettire



Yang penting gigih mommy jahit nama baju kamu malam tu.. lupa lak, ape yang terkurang, baru perasan, takda tanda nama.. jadi mommy pun sulam lah satu kali.



Enjoy his video maker by mommy.

Yang ni plak moments sepanjang hari pertama persekolahan dia. Alhamdulillah dia lansung tak takut cuak atau sedih, malah diminta mommy balik dan tak perlu tunggu. Anak-anak lain kelihatan masih belum biasa dengan suasana sekolah baru. Mungkin di antara mereka sebelum ini dijaga oleh nenek dikampung atau rumah asuhan. Jadi sedikit janggal disekolah baru. Yanag menangis dan macam-macam drama lagi mommy tengok. Tapi Azriel selamber je.















P/s : Belajar rajin-rajin yer anak. main pun sungguh-sungguh. Jadi anak soleh duania akhirat mommy doakan segala untuk kamu dipermudahkan dimurahkan rezeki dan kamu sentiasa sihat cergas sentiasa. Amiin..

22 comments:

  1. anak kan segalanya ..bila tengok muka anak akan hilang stress dan satu kepuasan pada kita sebagai mommy ... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Salina- kan kak, bagi saya anak saya adalah nyawa saya, terlalu sangat cintakan dia lebih dari segalanya..

      Delete
  2. Nampak dia macam seronok je tu. Time breakfast pun tersengih lebih. InsyaAllah Azriel akan rajin rajin selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fadzi kan excited betul mommy lak over risau

      Delete
  3. Sebaya anak akk..hehe belajar rerajin ye sayang. Moga berjaya dunia akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke kak. Thanks semoga anak akak juga berjaya dunia akhirat.amiin

      Delete
  4. That's an awesome breakfast, will try out this recipe for myself tomorrow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi - thanks hot mommy. Yeahh let's do this..

      Delete
  5. Seronok kan...wah azriel dh besar..dh jadi abg dh ni...biasa mmg mommy akan excited.. especially bab sediakan sarapan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Amanda- haahah kan.. itulah yg saya tgh go thru skang...excited kalah anak

      Delete
  6. wah.. kat mana anak sis belajar ni.. teratrik pula TB tengok environment dengan uniform dia.. smart.. eh.. lupa baca lencana.. TB suka tengok environment sekolah anak sis ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh kat IIUM Educare ni TB. Nampak kemas kan..saya pun suka

      Delete
  7. excited tengok anak sekolah. Nad duduk rumah jaga nak, tengok perkembangan anak pun dah excited..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..untungnya suri umah boleh tgk anak membesar depan mata...

      Delete
  8. rajin2 sekolah tau azriel hehe. nampak dia cepat sesuaikan diri dengan tempat dan kawan baru. baguss

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Mai, tak nampak lansung kekok dia.. alhamdulillah
      amiin moga2 jd anak yg bjya dunia akhirat

      Delete
  9. semoga azriel rajin datang sekolah dan jadi pelajar bijak dalam kelas. post ni nnt bila dah besar dia baca mesti best, terharu mommy dia buat macam2 utk hari pertama sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huda - setiap detik kenangan hanya untuk Azriel, semoga satu hari dia tak lupa mommy.. (sebak lak tiba2)

      Delete
  10. alamak comnelnya.. awal2 dah ibu dia buatkan entry khas moga anak boleh baca satu hari nanti :) mesti banyak nak prepair kan? thehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..nampak x kasih ibu membawa ke syurga nama nya ni.. hihi

      Delete
  11. mudah sekali membuat bekal dan sarapan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul . mudah dah berasa sangat puas hati

      Delete

Pinkygroupsaid

Total Pageviews