Movie Review : Filem Pinjamkan Hatiku (sediakan sekotak tisu yer)

by - December 10, 2017


Filem Pinjamkan Hatiku diterbitkan oleh AURAWHITE GLOBAL SDN BHD dan kerjasama NUANSA  PRODUCTION ini di bawah arahan Osman Ali yang popular dengan filem seperti Anak Halal, Ombak Rindu dan Jwanita.

Sinopsis Filem Pinjamkan Hatiku 2017

Dikisahkan di filem ini bahwa Laila Safitri [Ayda Jebat] berdepan dilema untuk memilih antara kawan lama, Naufal [Shaheizy Sam] atau Doktor Hasnan [Farid Kamil] yang merawat Naufal ketika sakit.
Timbul bibit-bibit cinta antara mereka berdua sehingga membuat Laila lupa akan segala pahit dan kesakitan yang dialami dengan kehadiran Naufal. Begitu juga dengan Naufal. Mereka seperti saling memerlukan dan melengkapi antara satu sama lain.
Gelak tawa dan riang bersama menjadi makanan harian mereka sehingga datangnya seorang pemuda yang bernama Dr.Hasnan yang merubah segala corak cerita cinta Laila dan Naufal.
Apakah pengakhiran kisah cinta mereka? Berjayakah Dr. Hasnan memaut hati Laila Safitri sedangkan hati Naufal ada apa Laila?
‘Setiap Degup Jantung Ini Milik Kamu”

Pada aku, cerita ni pada mulanya nampak sangat perlahan jalan ceritanya. Tapi banyak mengisahkan detik percintaan yang mula berputik antara Naufal dan Laila , hingga bila mana Laila jatuh sakit dan memerlukan penderma hati untuk memastikan dia selamat dari maut. Tak sangka Naufal adalah penderma yang menyelamatkannya. Tapi apa daya Laila telah dijodohkan dengan Dr Hasnan. Setelah Laila sedar dari pembendahan pemindahan hati. Laila dapati Naufal telah menghilangkan diri, menyebabkan dia tidak tentu arah dan hilang punca. Tapi Dr Hasnan tidak sanggup melihat penderitaan tunangnya Laila , lalu membawa Laila kepada Naufal dimana telah disahkan mengidap barah paru-paru tahap 4. Tapi sungguh agung cinta Laila pada Naufal kerana dia tetap dengan pendiriannya untuk bersama Naufal. Namun pihak Hospital telah memutuskan untuk menamatkan riwayat Naufal melalui mesin bantuan penafasan. Namun ditengah oleh ibu Naufal. Keluarga Naufal mengambil keputusan mengeluarkan Naufal dari Hospital dan berpindah keluar dari kampung mereka menetap.

Menjadikan sekali lagi Laila terpisah jauh dari Naufal. Akhirnya Laila berkhawin dengan Dr Hasnan. Namun hubungan mereka tidak kekal kerana Laila tidak mampu melupakan cinta sejatinya Naufal. 

Part ni korang kena sedia tisu banyak banyak ok... Sedih sangat ni. Bila akhirnya penantian Laila berbaloi dan mengetahui yang Naufal masih hidup dan akhirnya mereka berkhawin. Laila tidak pernah patah semngat untuk menikahi Naufal sedangkan dia tahu Naufal tidak punya masa yang panjang melalui detik hidup hingga akhir bersamanya. Namun disini satu pegajaran yang aku pelajari, bertapa besarnya pengorbanan seorang isteri bila sanggup dan setia pada suami hingga nafas yang terakhir. Tabik kalau benar ada isteri macam ni. Syurga tempatmmu. Aku tak sanggup nak cerita sebab memang air mata ni tak reti nak berhenti. Sedih amat sangat. Lagi-lagi bila berkumandang lagu Hafez "lepaskan Pergi" dan "Matamu". OMG memang menusuk kedalam hati sanubari. Sedihnya. 

Pada aku Shaheizy Sam layak mendapat anugerah pelakon lelaki terbaik. Lakonan dan watak dia sangat menyayat hati. lakonan dia sangat dijiwai sehingga rupa dia sebagai seorang pesakit yang menanti ajal. (sedih weii kena pergi tengok sendiri).

Aku tak sanggup nak ulas lagi, bila kenangkan lagu "matamu" dan "Lepaskan pergi" mesti mata aku berkaca. Senang cerita. Korang yang belom tengok, wajib pergi tengok. 
Aku bagi 10 bintang.

You May Also Like

17 100 org jejak kaki

  1. thank to peo who came and visit my page

    ReplyDelete
  2. alamak.. review awak buat teman rasa nsk pi tengok jeee.. minat dua2 pelakon ni gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengku Butang- please.. saya pun rase nak repeat.. hahaha.. sebab jalan citer ni xbanyak dialog tapi the scene captured all tragic moments.. #sedihnagislagiiii

      Delete
  3. Tak sempat nak tengok cite ni kat wayang hehehe tak apa lah kita tunggu ASTRO First jer wakakakakaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maha Mahu - sempat lagi kalau nak tengok xsilap baru seminggu ditayangkan.. (nanti sediakan tisu ok) towel anak pun boleyyy.. sob..sob

      Delete
  4. Nampak bestnya cerita ni... Let's go for a movie now.. Nice..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kylie Wenn - sangat best.. please go to cinema near u now...

      Delete
  5. Seem a romantic plus crying moment. I don't dare to watch.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betty- u should i dare bet you will cried non stop.. just prepare a box of tissue huhuhu

      Delete
  6. Wuwuwuwuwuw akak nangis sedu sedu masa tonton filem ni. Nasib baik akak tak pi masa tayangan perdana. Serius sedih. Sebab akak memang pantang kalau derma organ ni. Rasa tersentuh sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak - kan.. sedih giler kan bila tgk parut kat badan die dahtu saat die nak pergi tu.. omg xsanggup ngis kejung.. tiba #selsema

      Delete
  7. Dengar cerita cite nie sedih sangat... ok, tgu kelaur dekat tv je la nanti... leh peluk bantal sekali hahahahah.. eh ayda jebat la.. ay da lama xjumpa u

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkahkah.. kalau g ngn mini ok lagi.. yang bujang g ngn couple tu.. harap bertabah dan berlakon dr awal supaya declared anda dalam keadaan xsihat dan tengah selsema.. (supaya bila dalam hall nt sampi scene sedu sedan tu.. boleh cover line) hihihi idea tak?

      Delete
  8. Lamanya tak tengok movie. Dua2 pelakon kali ni hebat pula tu.

    ReplyDelete
  9. Anak kecik2 lagi, tunggu masuk astro first lah gitu baru tgk hihi

    yanmieonline.com

    ReplyDelete
  10. Dulu minat setiap filem Sam ni...tp ntah la sjk dia dh kwen terus x minat dh..tggu astro first la nanti..#eh...

    ReplyDelete
  11. Momi rasa filem ni not bad. Senimatografi dia cantik sangat

    ReplyDelete

Pinkygroupsaid

Cradle 2011-2018

Cradle 2011-2018
nuffnang -->

Total Pageviews

Blog Archive