Fernleaf Menyumbang Semula kepada Masyarakat 500kg Nutrisi yang Lazat untuk 10 Rumah Amal

by - December 22, 2017



Selangor, 15 Disember 2017 – Jenama tenusu, Fernleaf menyumbangkan sebanyak 500 kilogram (kg) susu tepung kepada kanak-kanak di 10 buah rumah amal, bermula dengan Agathians Shelter di Petaling Jaya hari ini.  Kerja amal ini adalah hasil daripada kempen Goodness Feeds Greatness Fernleaf, di mana jenama tersebut telah bekerjasama dengan rakan perniagaannya, Mydin untuk menyeru kepada para pembeli untuk menyokong usaha jenama tersebut dalam menyumbangkan kelazatan dan nutrisi susu kepada kanak-kanak yang memerlukannya.

Bermula daripada 15 Oktober hingga 15 November, Fernleaf menjemput para pengunjung Mydin untuk menyokong kebaikan dan usaha jenama tersebut dalam menyediakan nutrisi dan pemakanan susu kepada kanak-kanak tersebut. Bagi setiap pek susu tepung Fernleaf yang dijual di Mydin sepanjang tempoh tersebut, 50g tenusu penuh nutrisi akan disumbangkan kepada kanak-kanak di rumah amal yang terlibat dan pusat perlindungan di seluruh negara.

Encik Jose Miguel Porraz-Lando, Pengarah Pengurusan bagi Fonterra Brands Malaysia & Singapore, berkongsi tujuan di sebalik sumbangan amal syarikat tenusu ini: “Setiap impian besar bermula dengan langkah yang kecil – kata-kata positif serta dorongan dari keluarga, rakan-rakan, orang tersayang, dan terutamanya dari dalam diri sendiri memainkan peranan penting dalam membantu kita dalam perjalanan mencapai kecemerlangan.”

“Fernleaf telah memberikan nutrisi tenusu yang terbaik kepada keluarga-keluarga Malaysia sepanjang 30 tahun yang lalu. Dengan kerjasama Mydin yang baru ini, Fernleaf mahu mengembangkan lagi kempen Goodness Feeds Greatness tersebut dengan memberikan sokongan aspirasi bukan sahaja kepada pengguna dan keluarga pengguna, malah kanak-kanak yang memerlukannya. Dengan memberikan mereka nutrisi susu yang tepat, kita dapat membantu kanak-kanak ini menjadi lebih kuat dan tabah menghadapi cabaran hidup. Dengan nutrisi yang diterima, mereka menjadi lebih bersemangat untuk berusaha ke arah kehebatan,” katanya.

Datin Wira Dr. Hajah Siti Hawa Binti Mohd, Pengarah Mydin Mohamed Holdings Bhd, turut meluahkan keterujaannya dalam membantu kanak-kanak kurang bernasib baik ini untuk berusaha ke arah kecemerlangan. “Sebagai ibu bapa, impian terbesar kita adalah untuk melihat anak-anak kita cemerlang dan mencapai impian mereka. Antara tanggungjawab paling penting yang wajar kita penuhi adalah untuk memberikan mereka nutrisi terbaik, dan Fernleaf dapat membantu daripada aspek tersebut”.

“Walau bagaimanapun, agak sukar buat mereka untuk mendapat peluang sama rata daripada segi nutrisi pemakanan yang penting buat badan mereka. Bagi pihak Mydin, kami gembira dapat bekerjasama dengan Fernleaf dalam inisiatif yang bermakna ini. Dengan 500 kg susu tepung Fernleaf, kami berharap sifat murah hati pengunjung Mydin dapat membantu mengubah hidup kanak-kanak ini,” katanya. 

Mengucapkan terima kasih kepada Mydin, Encik Porraz-Lando berkata: “Tanpa kerjasama Mydin, kami tidak akan berjaya mendekati begitu ramai rakyat Malaysia yang baik hati dalam tempoh masa sebulan. Kami sememangnya berharap untuk bekerjasama lagi pada masa yang akan datang untuk menjayakan lagi inisiatif sebegini bagi komuniti kurang bernasib baik di Malaysia.”

Ketika upacara tersebut, Ms M. Inthira, Ahli Majlis Eksekutif dari Agathians Shelter berkongsi perasaannya: “Rumah Perlindungan Agathians Shelter sentiasa mempunyai misi untuk memastikan kanak-kanak kami mendapat keperluan asas seperti tempat perlindungan, makanan, dan pendidikan, dan semua ini penting dalam kehidupan. Apabila kanak-kanak mendapat nutrisi yang secukupnya, dia menjadi lebih cemerlang. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Fernleaf dan Mydin kerana mengadakan inisiatif mulia sebegini untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik di seluruh negara untuk menikmati nutrisi susu dan mendorong mereka untuk mencapai potensi penuh masing-masing.”

Sembilan lagi rumah yang selebihnya adalah: Asrama Damai Rumah Anak-anak Yatim Kuang di Rawang, Rumah Kebajikan Anak Yatim Alkhairiyah di Klang, Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA) di Seremban, Vision Home di Ipoh, Rumah Anak-Anak Yatim Islam Jasin di Melaka, Chrystal Home di Perak, Villa Paulos di Johor, Rumah Amal Permata Hatiku di Kuala Lumpur dan Sinar Ceria Care Centre di Pulau Pinang.

Untuk maklumat lanjut tentang Fernleaf dan kempennya, Goodness Feeds Greatness, layari laman web www.greatness.my dan laman Facebook Malaysia di www.facebook.com/fernleafmalaysia.


Tentang Fernleaf
Sepanjang 30 tahun yang lalu, Fernleaf telah memberikan khasiat tenusu yang terbaik dari ladang New Zealand ke Malaysia, menyediakan susu yang berkhasiat bagi para keluarga agar mereka dapat mengekalkan diet yang sihat dan seimbang. Dengan pengalaman dalam industri ini selama lebih daripada seabad lamanya, Fernleaf percaya bahawa kualiti datangnya secara terus dari sumber. Hanya susu segar daripada lembu yang diberi makan rumput, digabungkan dengan sistem perladangan yang canggih dan ketelitian dalam setiap langkah produksi, dapat menjanjikan anda salah satu standard khasiat tertinggi dalam produk  tenusu.   


Tentang Fonterra Brands
Fonterra merupakan peneraju global dalam khasiat tenusu – pembekal bahan  tenusu yang digemari pelbagai syarikat makanan terkemuka dunia. Fonterra juga mengetuai pasaran dengan jenama tenusu pengguna sendiri di New Zealand, Australia, Asia, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin. Fonterra merupakan ko-operasi yang dimiliki peladang dan merupakan pemproses susu terbesar di dunia. Ia juga merupakan salah satu pelabur terbesar di dunia dalam kajian dan inovasi tenusu, berasaskan kepakaran dalam bidang tenusu selama beberapa generasi untuk menghasilkan lebih daripada dua juta tan produk tenusu, ramuan tenusu sampingan nilai, ramuan istimewa dan produk pengguna bagi 140 buah pasaran. Fonterra Brands Malaysia memulakan operasi pada tahun 1975 di Shah Alam. Kini, ia mempunyai dua buah pusat penghasilan, Susumas dan Dairymas, dan jumlah sebanyak 700 orang pekerja sepenuh masa yang membawakan khasiat tenusu yang terbaik kepada rakyat Malaysia, dengan penuh dedikasi. Kesemua produk tenusu oleh Fonterra Brands Malaysia disahkan Halal oleh New Zealand Islamic Development Trust (NZIDT), yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti yang diperuntukkan dalam MS1500:2009, standard antarabangsa yang digunakan oleh JAKIM. Fonterra Brands Malaysia turut mematuhi standard industri tempatan dan antarabangsa termasuklah HACCP, Veterinary Health Mark, ISO 9001:2000 dan GMP. Fonterra di Malaysia dikenali dengan jenama-jenama terkemukanya seperti Anlene, Anmum (Materna, Essential dan Lacta), Fernleaf, Calciyum, Chesdale dan di bawah bahagian perkhidmatan makanannya, Anchor Food Professionals, ia dikenali dengan Anchor, Mainland dan Perfect Italiano.

You May Also Like

8 100 org jejak kaki

  1. Alhamdulillah... Rezeki dikongsi dgn mereka yg memerlukan...Program mcm ni perlu diteruskan selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu beramal disampaing membantu yg memerlukan kan?

      Delete
  2. This one inspired me :) kalaulah dapat join venture jgk dalam program amal macam ni :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. stuju, lapang bila buat charity kan.. rase breeze je

      Delete
  3. bagusnya usaha CSR begini. sekurang2nya pengguna pun rasa gembira boleh menikmati produk berkualiti sambil berbakti melalui wang yang dibelanjakan. :)

    ReplyDelete
  4. Usaha CSR daripada syarikat ni boleh membantu mereka yang memerlukan. Syabas Fonterra Brand dan Mydin.

    ReplyDelete
  5. Bagus betul ada aktiviti macam ni. Teringin jugak nak join benda-benda macam ni. Bukan setakat dapat tengok orang lain happy, kite pun rasa happy jugak

    ReplyDelete
  6. TB pun minum fernlieaf gak sebab TB susah sikit nak minum susu yang selain fernleaf ni.. ikut pada tekak sebenarnya.. hee

    ReplyDelete

Pinkygroupsaid

Cradle 2011-2018

Cradle 2011-2018
nuffnang -->

Total Pageviews

Blog Archive