Ber "Bubble di Tasek Titiwangsa.

by - December 05, 2017



Hujung minggu yang lepas, azriel berpeluang main bubble kat titiwangsa park. Dah lama dia nak ke sana, aku bukan apa, tempat orang ramai kalua nak bawa Azriel kena betul-betul bersedia. Dia ni boleh dikatakan terlebih gula, sehyper hyper aku, hyper lagi dia.



Bila dia mula start buat muka comel dan meminta untuk bawakan dia ke taman, kita sebagai mak-mak mana mampu tengok je. Selalunya akan aku bawa dia ke taman dalam Mall. Alasannya sebab tak crowd sangat dan masih boleh kawal kalua dia berlari sana sini. UIks Azriel macam Watson yambek tau.. laju ya amat. Kalau dia lari, siap lah macam pergi sauna lah mommy dibuatnya.
Sekarang dah masuk musim tengkujuh, so cuaca memang belah petang akan hujan lebat disertai guruh kilat bagai. Dah 3 kali plan asyik tak jadi sebab factor cuaca, sabtu minggu lepas plan keluar awal, awal tak la awal sangat jam 5 petang. Memandangkan cuaca cantik. Azriel ? jangan cakap lah dia punya excited sangat sampai tak berheni bercakap. Bingit pulak Mommy dengan soalan dia.
Tapi boleh nampak keceriaan dia, punya seronok. Tapi maaf mommy jenis yang tak pandai nak excited sama. Mampu senyum gelak tengok telatah anak. I tell you, punya ramai orang kat titiwangsa park ni. Dah meriah sakan titiwangsa sekarang, dengan orang datang beriadah, sukan, main belon, dengan taman permainan yang luas, budak-budak pun ramai sangat. Masa aku biarkan Azriel main kat playground tu, hati tak senang, bukan apa, bila budak terlalu ramai, dah tak nampak kat mana Azriel berlari. Dahtu yang aku tak paham, kebanyakkan parent dah tahu anak tak sehat dengan selsema hingus meleleh, jangan lah bagi anak main kat park bergaul dengan budak lain. Steady je mak ayah diorang main phone yang anak cendol hijau melelh je kat hidung sambal duk sape kanak-kanak lain.






Nampak tak, punya dia happy.. tapi mommy kurang happy sebab crowd yang tak monitor anak diorang, ada yang jatuh tergolek.. mak ayah duk nun jauh di sinun.. hmmm..

Aku paham as a parent nak anak bergaul bermain, tapi pastikan anak awak sihat lah kak. Awak pun satu, nak main phone tak salah, saya sendiri pun hp kat tangan during monitor my anak bermain. Tapi awak lansung tak tengok anak t tengah panjat ke jatuh ke ape. Tak elok-tak elok, silap haribulan anak hilang pun awak tak perasan. Bila aku tengok kedaan budak yang crowded sangat terpaksa lah ajak Azriel main bubble tepi tasek.  Azriel nak sangat main gelongsor semua tu. Tapi bila mommy tengok ada satu budak laki terkuncing atas slide tu. Hmmm terus laju-laju bawa Azriel main tepi. Bukan apa, Azriel ni lahir tak cukup bulan, nampak macam hyper dan cergas. Tapi dia mudah berjangkit dan ambil tempoh yang lama untuk baik. So dari mommy tengok Azriel merana sakit, biarlah mommy biarkan awak main bubble dengan mommy tepi tasek.



Mommy kiasu letak anak tinggi sebab senang nak monitor, kalau kat walkway tu banyak basikal dan orang jogging , kang terlanggar plak anak mommy. 












Kami lepak membawa ke malam sebab Azriel cakap taknak balik lagi.. tengok jalan nak klua pun jam, kereta banyak.




Kami bertolak balik jam 8 lebih, sebab azriel cakap lapar.. Fuhh.. betul-betul macam boss lah ini budak, nak ape semua main arah je mommy..


Teserlah kepenatannya. Takpa nanti kita datang lagi ok...




You May Also Like

29 100 org jejak kaki

  1. Suka tengok bubbles tu.. nampak cantik sangat.. macam ni nak bawa anak anak I juga pergi berbubbles

    ReplyDelete
  2. seronok nampaknya azriel dpt ajak mak ke taman ye. dpt main dekat playground dan main bubbles. ana setuju part yg mak ayah tak sensitif bila anak tak sihat tp masih bawa ke taman. nanti berjangkit dekat anak2 yg lain. dah jd kes naya tu. kena lah prihatin sikit. kalau anak2 nk juga ke taman pakaikan mask ke as protection.

    ReplyDelete
  3. Syafiera- memang best babe.. sangat sangat lah disarankan bawa anak tapi tua ramai kanak-kanak dengan musim penyakit. kena hati2 ok

    ReplyDelete
  4. Pernah juga saya bawak anak pergi indoor playground dekat Giant. Balik-balik je, malam tu terus anak demam. Ni mesti ada kes anak orang lain tak sihat tapi jolin je masuk dalam indoor playground tu haih

    ReplyDelete
  5. Betul..Kebanyakan parents skrg bawak anak ke playground & lepaskan anak macam tu je..Niat tu elok la nak suruh budak2 bergaul. tak ada la kekok bila masuk sekolah..tapiii kesihatan anak-anak kena ambil tahu jugak..kalau anak tak sihat, jangan la nak suruh jangkit pulak dengan budak-budak lain..Kadang yang geram ada pulak anak dorang duk conquer main 1 mainan sampai budak lain tak boleh nak main..mak pak sibuk dengan handphone..hmmm

    ReplyDelete
  6. Mmg kena monitor anak2 kt playground ni kan..mcm2 pelik perangai org sekarang ni..neway anak2 ami pon suka sgt main bubbles ni..

    ReplyDelete
  7. Seronoklah anak boleh main bubble dekat taman.

    ReplyDelete
  8. Seronoknya dia dapat berhibur dan main2 kat taman hehehe main buih lak tu. Semua ibu bapa kena ada masa luang macam ni untuk anak tambah dalam peringkat usia macam ni mereka memerlukan perhatian kita ehh macam pakar motivasi lak kita hehehe...

    ReplyDelete
  9. Ana- betul tu. kat sini parent ah yg kena mainkan peranan. kanak2 tahu apa. hanya tahu nak main dan berseronok kan..

    ReplyDelete
  10. Fieza -kes conquer tu memang ada je slalu. bengang juga. pahtu mak ayah xheran dan tak alert palak anak2 lain duk beratur or tgu nak main juga

    ReplyDelete
  11. shamiera- budak suka bubbles ,, pop pop bubble tu diorang kejar..

    ReplyDelete
  12. Maha Mahu- hahah yela dalam dunia serba canggih n sebok jgn sesekali abaikan anak2 kan.. ehhh.. mcm pkar motivasi pulakk

    ReplyDelete
  13. Seronoknya boleh main bersama anak . Dah lama x main bubble. Main waktu kecil ja. Dah besar pun teringin.

    ReplyDelete
  14. He is healthy and active boy. He seem enjoy outdoor activities. So cute his smile.

    ReplyDelete
  15. Comelnya Azriel. Tapi betul kan. Kadang-kadang ada parents yang buat taktau je kalau anak-anak dia buat perangai kat public dengan alasan 'ala budak-budak kan'.
    Rawlins tak tau nak bagi reaksi pada parents yang gini.

    ReplyDelete
  16. Isshhh... Anak siapa yang kencing kat slide tu. MakPak dia tak pantau anak ker. Best nya main bubble. Dah lama tak pergi tasik titiwangsa tu.

    ReplyDelete
  17. Cantik pulak tengok bubble tu.anak akak pun kalau ke tasik kat jb ni,mesti nak beli bubble tu.

    ReplyDelete
  18. Seronok kan layan anak main bubble. Best tengok anak anak happy :)

    ReplyDelete
  19. ika- main bubble kita yang mak2 ni lebih excited kan

    ReplyDelete
  20. beety liew- thank so much dear for the compliment

    ReplyDelete
  21. Rawlin- boleh je kita nak biarkan, tapi kita kena monitor lah betul tak. ini bukan biar dan tak monitor lansung

    ReplyDelete
  22. afizah- tula.. masalahnya mane tah mak pak die..

    ReplyDelete
  23. Siti Rohaida - kak best kan. lagi best tgk anak2 seronok.

    ReplyDelete
  24. mashaliza- kan.. seronok n parents yang over excited.

    ReplyDelete
  25. betul tu..kalau anak-anak tak sihat, janganlah bawa di taman.bukan kesian kat budak tu gak, kesian la kat budak2 lain..berjangkit nanti kan - jmr23.com

    ReplyDelete
  26. Zaman skrg anak2 agresif kan..dah pandai demand nak pi mana-mana..but still kena pantau la..bonding time macam ni SA suka..sebab mengeratkan hubungan dengan anak..

    ReplyDelete
  27. JMR- kan.. itulah jenis parent tak peka ni susah, pentingkan diri..

    ReplyDelete
  28. Pernah sekali belanja anak beli benda nie...

    Sekali tue je ajar dia.. sampai sekarang dia nak... So nk jimat, kena g taman time tiada orang menjual benda nie hahahah

    ReplyDelete

Pinkygroupsaid

Cradle 2011-2018

Cradle 2011-2018
nuffnang -->

Total Pageviews

Blog Archive