Review : “Lost In China Town” Petaling Street Kuala Lumpur.

by - October 29, 2017



Hujung minggu yang lepas, aku diberikan kesempatan untuk melawat dan merasai sendiri suasana atau Cultural Gallery yang bertempat di “Lost In China Town” Petaling Street Kuala Lumpur.

Terokai pusat bersejarah Kuala Lumpur dalam satu cara baru. Hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit bagi sekali penjelajahan dan iat arikan terbaru di Petaling Street, "Lost di Chinatown" akan membawa anda ke dalam pengalaman yang menarik dan nostalgia sepanjang penjelajahan di dalam ruangan “Lost In China Town” .

Dalam mendalami budaya kaya Chinatown, berjalan masuk melalui Celebrity Maze dimana frame gambar yang di ilhamkan oleh celeberiti terkenal seluruh dunia beserta “word quote” yang mampu memberikan sumber inspirasi bagi peminat seni dan kata-kata ransangan. Tempat ini direka bentuk secara unik dimana anda akan melalui lauian kecelaruan dalam kegelapan. Kecelaruan tersembunyi terdiri dari pelbagai pengembaraan dan perasaan yang berbeza setiap kali kita muncul pada setiap ruangan yang ada. Dimana reka bentuknya seakan kota sesat yang hanya muat untuk dua pasangan melalui ruangan laluan daripada setiapnya. Ada juga ruangan yang amat gelap dan akan membuatkan anda berasa cemas takut dan seram, kerana anda sendiri tidak pasti apa yang ada di hadapan (yang pasti ia tidak menakutkan ). Dengan adanya tarikan ini dapat memberikan peluang kepada pengunjung luar negara malah tempatan untuk memberi peluang istimewa untuk mengabadikan fotokenangan pada setiap ruangan yang ada dekorasi yang menarik untuk di lawati, atau sebagai sumber inspirasi bagi pengkaji budaya dan hasil kesenian .



Untuk pengetahuan anda, di tingkat bawah, dimana pengakhiran jelajah budaya seni mula habis, terdapat ruangan menjual pakaian dan terdapat juga Basikal lama, beca dan patung lilin mendiang Bruce Lee yang pasti ramai akan tertarik untuk bergambar sebagai tanda kenangan bersamanya.

Tak perlu karang banyak, yang penting lihat sendiri foto dibawah, semoga ia mampu untuk melonjakkan keinginan anda untuk membawa ahli keluarga kesini nanti.






























amboi-amboi macam tau je nak menilai hasil seni ek Azriel?


















































































Macam mana? Best kan? jadi rancang lah aktiviti hujung minggu ni untuk bawa ahli keluarga ke sini.  

Lost in Chinatown Kuala Lumpur
Website:https://www.lostinchinatownkl.com

Alamat :
No 22, Jalan Petaling,
50000 Kuala Lumpur

Telefon :
012-2079155

Waktu Operasi :
10 pagi - 8 malam
Di buka setiap hari

Harga tiket :
RM15 / dewasa
RM8 / kanak-kanak (3 tahun ke atas)

Facebook :
https://www.facebook.com/lostinchinatown/

Instagram :
https://www.instagram.com/lostinchinatown.kualalumpur/

You May Also Like

0 100 org jejak kaki

Pinkygroupsaid

Cradle 2011-2018

Cradle 2011-2018
nuffnang -->

Total Pageviews

Blog Archive