Jenama tenusu Fernleaf mahu warga Malaysia berusaha ke arah kegemilangan dengan kisah-kisah penuh inspirasi daripada lima orang individu yang hebat dan berani

by - October 24, 2017






Shah Alam, 10 October 2017 – Fernleaf, jenama tenusu yang dipercayai membawakan kebaikan tenusu semula jadi dari New Zealand kepada para keluarga di Malaysia, kini menggalakkan rakyat Malaysia untuk berusaha untuk mengejar kehebatan dengan suara kebaikan, yang merupakan kata-kata dorongan dari keluarga, sahabat dan orang tersayang yang dapat memberikan motivasi dalam usaha mengejar impian.


En. Jose Miguel Porraz-Lando, Pengarah Urusan bagi Fonterra Brands Malaysia dan Singapura berkata: “Apakah yang biasa terdapat pada Individu-individu luar biasa? Mereka mempunyai sistem sokongan yang padu daripada sahabat handai, keluarga, dan orang tersayang ataupun suara mereka sendiri – dan suara-suara kebaikan inilah yang menjadi dorongan bagi mereka untuk mengejar kegemilangan.  Fernleaf adalah sebahagian daripada keluarga-keluarga Malaysia, untuk selama lebih daripada 30 tahun menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengejar impian, berusaha ke arah kehebatan,  dan menggalakkan semua orang untuk menjadi suatu suara kebaikan kepada orang di sekeliling mereka,”
seiring dengan ini, menggabungkan lima orang rakyat Malaysia yang berani dan tabah, bagi berkongsi kisah kejayaan masing-masing, yang ditampil dalam kempen “Goodness Feeds Greatness”. Kelima-lima individu berani dan tabah yang dipaparkan dalam kempen Fernleaf ini telah dipilih kerana mereka telah menempuhi kesukaran namun dapat mencapai kejayaan pada akhirnya, mengambil kekuatan daripada kebaikan dan ketulenan yang mereka percayai. 

Jose Miguel menambah bahawa Fernleaf mempunyai 100% kebaikan susu daripada New Zealand, sentiasa menyokong keluarga-keluarga Malaysia setiap hari. Kami ingin mendengar kisah-kisah penuh inspirasi daripada kelima-lima individu ini untuk menambai motivasi kepada rakyat Malaysia agar dapat mengejar kehebatan, tidak kira kecil atau besar!



Mereka adalah: Siti Hanisah, wanita termuda Malaysia yang berjaya menakluki Gunung Everest pada 2013 ketika berusia 23 tahun; Mavin Khoo, penari Bharatanatyam (tarian klasik India) yang terkemuka di dunia; Hayati Ismail, bekas warga korporat yang cemerlang dan kemudiannya menjadi pejuang kebajikan dan kini menerajui Food Aid Foundation; Dr. S. Madhusudhan, pengasas Teddy Mobile Clinic, yang menyediakan rawatan perubatan percuma kepada warga miskin dan gelandangan di kota; dan Mohd Sirhajwan Idek, salah seorang pemenang global peraduan Teacher at My Heart 2016.

Bagi Siti Hanisah, yang berasal dari Negeri Sembilan, tiada gunung yang terlalu tinggi untuk didakinya. “Suara daripada ibu bapa sayalah yang mendorong saya untuk mencapai puncak Gunung Everest. Saya hampir pitam pada bahagian terakhir pendakian tersebut, namun minda saya dipenuhi dengan kata-kata dorongan dari ibu bapa saya. Suara-suara kebaikan daripada mereka menggalakkan saya untuk meneruskan perjalanan sehingga saya ke puncak!”
                 
Minat Mavin Khoo merupakan Bharatanatyam, sejenis tarian klasik India. Perjalanannya tidak mudah pada awalnya, namun dia tabah menghadapinya dan kini merupakan salah seorang individu yang paling dihormati dalam industri ini. “Kita perlu melindungi suara kebaikan yang ada dalam diri kita, pastikan suara itu kekal kuat dan jelas. Saya bersyukur dengan suara kebaikan yang saya terima dari rumah, yang dapat menguatkan lagi suara kecil dalam diri saya yang mengatakan “saya boleh”.”

Pengarah Operasi bagi Food Aid Foundation, Hayati Ismail, melepaskan kariernya dalam bidang korporat yang menguntungkan dan berkhidmat untuk orang kurang berada. “Saya memberitahu kawan-kawan saya bahawa kehidupan yang selesa adalah tidak cukup, anda juga mesti selesa dengan jiwa anda. Orang yang saya telah membantu juga memberi inspirasi kepada saya untuk bekerja lebih keras. Sumber galakan saya datang dari keluarga saya, terutamanya suami dan kakak saya,” katanya.

Mereka yang bercita-cita untuk mencapai kehebatan akan mendapat kata hikmah daripada nasihat Dr. S. Madhusudhan: “Sekiranya anda mempunyai keinginan untuk membantu mereka yang memerlukan, jangan terlalu memikirkannya. Mulakan langkah pertama dan langkah-langkah seterusnya akan datang kepada anda. ” Seperti nama panggilannya, 'Doktor Teddy Bear', dia bertekad untuk menyebarkan kebaikan melalui usahanya.

Pengajaran adalah profesion yang mulia, seperti yang dinyatakan oleh Mohd Sirhajwan Idek
yang bekerja dengan gigih untuk mempromosikan kepentingan Bahasa Inggeris di kalangan
pelajarnya. “Nasihat saya untuk mereka yang berminat dalam profesion pendidikan adalah: 'jangan sesekali memandang rendah terhadap kemampuan pelajar anda dan jangan sesekali meragui keupayaan anda untuk mencipta kehebatan dalam mereka,’ dia terangkan.

Sertai gerakan ‘Goodness Feeds Greatness’ di laman Facebook rasmi Fernleaf (www.facebook.com/fernleafmalaysia) atau layari di http://www.greatness.my.

Selain daripada memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia, Fernleaf juga membawakan kebaikan tenusu kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Sepanjang 15 Oktober hingga 15 November, jadilah pejuang kebaikan dan sokonglah Fernleaf dalam menyediakan kebaikan tenusu kepada kanak-kanak kurang bernasib baik dari 10 buah rumah di serata Malaysia. Bagi setiap paket susu tepung Fernleaf yang dijual di Mydin sepanjang tempoh kempen, 50g kebaikan tenusu akan disumbangkan kepada kanak-kanak di rumah anak yatim dan rumah kebajikan.

“Fernleaf berusaha membawakan kebaikan semula jadi tenusu untuk menyokong keperluan kesihatan dan pemakanan rakyat Malaysia. Melalui penyediaan susu Fernleaf untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik, kami berharap mereka akan membesar dengan lebih kuat agar dapat mengejar cita-cita dan potensi diri mereka yang sepenuhnya,” kata En. Jose Miguel





Anda boleh memberikan sokongan kepada inisiatif Fernleaf dengan membeli mana-mana produk Fernleaf berikut dari Mydin di seluruh negara:

·       Susu Tepung Segera Penuh Krim Fernleaf (Full Cream & Instant Milk Powder)
Lazat, berkrim, dan berkhasiat, susu tepung ini diperbuat 100% daripada susu dari New Zealand. Tinggi dalam protein, kalsium, magnesium, vitamin A, B2 dan B12, anda dan orang tersayang dapat menikmati kebaikan susu Fernleaf yang dikenali dan digemari oleh ramai rakyat Malaysia dari tahun ke tahun. 

·       Susu Tepung Keluarga Fernleaf (Family Milk Powder)
Berikan nutrien penting kepada setiap ahli keluarga anda dengan susu tepung ini, yang mengandungi 5x lebih DHA*, serta kandungan tinggi protein, kalsium, zat besi dan vitamin A, C, D, B1, B2, B3 dan B12. Gabungan semua kebaikan dalam satu gelas, dengan rasa lazat yang sama dalam setiap susu Fernleaf. *Berbanding dengan rumusan sebelumnya.

Maklumat tentang produk susu Fernleaf boleh didapati dalam talian (http://www.greatness.my/en/products). Produk-produk Fernleaf juga boleh didapati di kesemua pasar raya, pasar hiper dan peruncit di seluruh negara.


Tentang Fernleaf
Sepanjang 30 tahun yang lalu, Fernleaf telah memberikan khasiat tenusu yang terbaik dari ladang New Zealand ke Malaysia, menyediakan susu yang berkhasiat bagi para keluarga agar mereka dapat mengekalkan diet yang sihat dan seimbang. Dengan pengalaman dalam industri ini selama lebih daripada seabad lamanya, Fernleaf percaya bahawa kualiti datangnya secara terus dari sumber. Hanya susu segar daripada lembu yang diberi makan rumput, digabungkan dengan sistem perladangan yang canggih dan ketelitian dalam setiap langkah produksi, dapat menjanjikan anda salah satu standard khasiat tertinggi dalam produk  tenusu.   


Tentang Fonterra Brands
Fonterra merupakan peneraju global dalam khasiat tenusu – pembekal bahan  tenusu yang digemari pelbagai syarikat makanan terkemuka dunia. Fonterra juga mengetuai pasaran dengan jenama tenusu pengguna sendiri di New Zealand, Australia, Asia, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin. Fonterra merupakan ko-operasi yang dimiliki peladang dan merupakan pemproses susu terbesar di dunia. Ia juga merupakan salah satu pelabur terbesar di dunia dalam kajian dan inovasi tenusu, berasaskan kepakaran dalam bidang tenusu selama beberapa generasi untuk menghasilkan lebih daripada dua juta tan produk tenusu, ramuan tenusu sampingan nilai, ramuan istimewa dan produk pengguna bagi 140 buah pasaran. Fonterra Brands Malaysia memulakan operasi pada tahun 1975 di Shah Alam. Kini, ia mempunyai dua buah pusat penghasilan, Susumas dan Dairymas, dan jumlah sebanyak 700 orang pekerja sepenuh masa yang membawakan khasiat tenusu yang terbaik kepada rakyat Malaysia, dengan penuh dedikasi. Kesemua produk tenusu oleh Fonterra Brands Malaysia disahkan Halal oleh New Zealand Islamic Development Trust (NZIDT), yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti yang diperuntukkan dalam MS1500:2009, standard antarabangsa yang digunakan oleh JAKIM. Fonterra Brands Malaysia turut mematuhi standard industri tempatan dan antarabangsa termasuklah HACCP, Veterinary Health Mark, ISO 9001:2000 dan GMP. Fonterra di Malaysia dikenali dengan jenama-jenama terkemukanya seperti Anlene, Anmum (Materna, Essential dan Lacta), Fernleaf, Calciyum, Chesdale dan di bawah bahagian perkhidmatan makanannya, Anchor Food Professionals, ia dikenali dengan Anchor, Mainland dan Perfect Italiano.

Kisah Kehebatan Individu Berani & Tabah
Suara Kebaikan dari rumah adalah aspirasi untuk mengejar Kehebatan

Fernleaf, Kebaikan yang Dipercayai™ oleh keluarga di Malaysia, menyeru rakyat Malaysia untuk membuat kebaikan, yang merupakan kata-kata dorongan dan positif daripada keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang yang membantu kita dalam mengejar impian. Inilah kisah hebat Siti Hanisah dan bagaimana suara kebaikan yang membantunya – wanita termuda di Malaysia yang menakluki Gunung Everest dan mengejar kehebatan!

Pada ketinggian lebih daripada 8,000 meter, Siti Hanisah Sharuddin terdengar bisikan suara di telinganya. Bisikan tersebut bukan disebabkan udara tipis yang dihadapinya dalam menempuh kilometer terakhir sebelum sampai ke puncak Everest. Bisikan itu bukan juga suara dari alam ghaib, walaupun dia menemui banyak mayat pendaki yang meninggal dunia dalam perjalanan ke puncak.   

Bisikan itu adalah suara ibu bapanya.

“Pada ketika itu saya sudah hampir pengsan tetapi telinga saya dipenuhi dengan bisikan kata-kata yang memberi semangat oleh kedua ibu bapa saya,” kata Siti Hanisah ketika menceritakan pengalamannya sambil duduk di ruang tamu rumah keluarganya di rancangan Felda di Negeri Sembilan, ditemani dengan sebuah kabinet kaca yang penuh dengan pingat-pingat sukan.  

Pada 23 Mei 2013, Siti Hanisah mencatatkan rekod sebagai pendaki wanita termuda Malaysia yang berjaya menawan Gunung Everest. Ketika itu dia berusia 23 tahun.   

Kepulangan Siti Hanisah disambut dengan meriah. Tetapi bisikan suara yang didengar bukan semuanya positif. Ketika dia mula menyuarakan cita-cita untuk menawan Tujuh Puncak, iaitu gunung-gunung tertinggi di tujuh buah benua di dunia, ramai rakan yang mahukannya berpijak di bumi nyata.

Kemusykilan mereka adalah berasas. Wanita bertubuh kecil ini bukanlah pendaki gunung yang berpengalaman.  Kepakarannya yang sebenar adalah pada tanah yang rata – dia adalah seorang pelumba jalan kaki sewaktu belajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Ketika dia memulakan latihan intensif bersama sebuah pasukan ekspedisi, pengalaman mendakinya hanya terhad kepada gunung di Malaysia dengan keadaan yang sangat kurang mencabar berbanding Tujuh Puncak.

“Kata-kata negatif yang diterima boleh mematahkan semangat saya tetapi saya memberi tumpuan kepada latihan dan banyak bertanya soalan kepada pakar untuk nasihat,” dia mengulas.

Siti Hanisah telah membuktikan sebaliknya apabila  berjaya sampai ke puncak Gunung Elbrus di Rusia – salah satu daripada Tujuh Puncak – pada 2012.

Cabaran seterusnya: Gunung Everest.

“Apabila saya memberitahu ibu bapa saya, mereka terdiam ‘krik, krik, krik…’,” katanya sambil meniru bunyi cengkerik sambil ketawa. “Mereka bimbang dengan keselamatan saya sewaktu mendaki. Akhirnya ibu saya berkata, ‘kita boleh mati sewaktu melakukan sesuatu yang bahaya dan kita juga boleh mati sambil duduk di kerusi di rumah. Teruskan cita-cita dan lakukan apa yang terbaik untuk masa depan.’”

Selepas mendapat restu ibu bapa, Siti Hanisah memulakan ekspedisi penuh cabaran untuk sampai ke puncak Gunung Everest. Dia hampir kecundang apabila mengalami mabuk ketinggian yang teruk pada waktu pendakian akhir sebelum sampai ke puncak.  Pada saat rakan sepasukan mengambil gambar puncak gunung bagi menandakan pencapaian mereka, dia muntah tanpa henti di Kem 4, stesen terakhir sebelum puncak gunung.

Pendaki yang bersemangat tinggi ini mengambil keputusan untuk meneruskan pendakian keesokan harinya. Dia meminta untuk terus tinggal di Kem 4 sementara pasukannya kembali ke kem pangkalan. Terdapat tangki oksigen ganti yang dia boleh gunakan tetapi keputusan ini masih lagi berisiko – Kem 4 dikenali sebagai ‘zon maut’, kerana paras oksigen di sini adalah sangat rendah.

Sebagai sebahagian daripada protokol, ketua pasukan telah menelefon bapa Siti Hanisah untuk meminta kebenaran.

“Apabila bapa saya bersetuju, saya dapat merasakan badan saya kembali kuat. Saya diberitahu kemudiannya bahawa ahli keluarga di sekeliling bapa saya memintanya untuk tidak memberi kebenaran kerana bimbang terhadap keselamatan saya. Bapa saya sebenarnya risau juga tetapi dia memilih untuk membenarkan saya mencuba semula,” kata Siti Hanisah.

Siti seterusnya telah berjaya mencipta sejarah.

Selepas berjaya menakluki Gunung Everest, Siti Hanisah telah mendaki empat buah lagi Tujuh Puncak. Dia berjaya sampai ke puncak Gunung Kilimanjaro di Afrika dan Gunung Kosciuszko di Australia, tetapi tidak berjaya menawan Gunung Aconcagua di Argentina dan Gunung McKinley di Amerika Utara.

Siti Hanisah kini sedang berehat selepas melahirkan anak pertamanya beberapa bulan yang lalu. Tumpuannya sekarang adalah untuk menjadi seorang ibu tetapi Siti berjanji untuk kembali mendaki beberapa tahun lagi. Dia masih mempunyai cita-cita yang belum tercapai – menjadi warga Malaysia pertama yang menakluki semua Tujuh Puncak.  
“Saya boleh terima kegagalan sekiranya disebabkan oleh keadaan di luar kawalan saya seperti keadaan cuaca. Tetapi bagi perkara yang boleh saya kawal, seperti kesungguhan dan kecergasan, saya akan memastikan ia tidak menjadi penghalang kepada kejayaan saya,” kata Siti Hanisah.


Suara hati untuk kebaikan membawa rahmat kepada orang lain

Fernleaf, Kebaikan yang Dipercayai™ oleh keluarga di Malaysia, menyeru rakyat Malaysia untuk membuat kebaikan, yang merupakan kata-kata dorongan dan positif daripada keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang yang membantu kita dalam mengejar impian kita. Inilah kisah hebat Hayati Ismail, mantan pekerja korporat yang kini pejuang kebajikan yang mengikut suara hatinya untuk membawa perubahan  masa depan yang lebih baik.

Hayati Ismail merasakan kariernya seolah-olah menjadi semakin mencabar. Beban kerjanya semakin bertambah, di mana beliau terpaksa membawa anak-anaknya ke tempat kerja supaya beliau boleh meluangkan masa bersama mereka. Sebaliknya, gajinya semakin berkurangan.

Tetapi Hayati bukan orang yang konvensional.

"Ya, saya buat lebih banyak kerja dengan gaji yang lebih rendah, tetapi saya lebih bahagia. Sekurang-kurangnya saya tahu saya bekerja untuk masa depan yang lebih baik," katanya.

Pada tahun 2013, Hayati keluar daripada kerjaya korporat yang bergaji besar kerana beliau tidak lagi merasakan kerjaya tersebut dapat memberikannya kepuasan.  Sebaliknya, ibu kepada tiga orang anak ini melibatkan diri dengan makanan, gelandangan dan kemiskinan.

Hayati mula diperkenalkan kepada kerja amal oleh rakan-rakannya. Dia mula bekerja lebih dekat dengan golongan yang kurang bernasib baik untuk membantu dalam pelbagai keperluan mereka. Salah satu inisiatifnya ialah FreeMarket, iaitu pasar lambak di mana barangan terpakai diberikan secara percuma. Sambil itu, Hayati juga memainkan peranan menyesuaikan bakal majikan dengan orang gelandangan melalui temu duga My Street.

Apabila beberapa orang rakan saya mendapati yang saya telah beralih dari bidang korporat kepada kerja amal, mereka berkata saya gila - kata Hayati, sambil melepaskan ketawanya dengan senyuman ceria.

Hayati kini menguruskan Food Aid Foundation (FAF), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mengambil makanan yang tidak dimakan di Malaysia dan memprosesnya untuk penggunaan selamat oleh golongan masyarakat yang memerlukan.

Menurut Hayati, model bank makanan biasa tidak lestari - jenis makanan yang ada bergantung pada apa yang diberikan oleh mereka yang menyumbang.  Sebenarnya, rakyat Malaysia membuang 3,000 tan makanan yang masih boleh dimakan setiap hari.

Di bawah pengurusan Hayati, FAF mengumpul makanan berlebihan setiap hari dari Tesco, hotel dan cawangan makanan segera. Makanan tersebut kemudiannya diedarkan semula kepada organisasi amal, disimpan segar di bilik penyejuknya, atau diproses di dapurnya oleh cef sukarela dan pelajar kuliner.

"Saya terpaksa belajar segala-galanya dari awal ketika mula menyertai FAF kerana semua yang saya tahu tentang makanan hanyalah memakannya!" kata wanita berusia 43 tahun itu sewaktu mengenang kembali sejarahnya.

FAF kini berkembang di luar Lembah Klang - satu pencapaian yang membanggakan Hayati. Tetapi operasi yang semakin berkembang ini juga bermakna tanggungjawab yang semakin kompleks.

Dalam menempuh cabaran ini, Hayati mendapat kekuatan hasil sokongan keluarganya. Sumber galakan terbesarnya datang dari suaminya, yang dengan rela mengambil alih tugas-tugas rumah tangga dan penjagaan anak jika beliau terlalu sibuk. Kakaknya juga membantunya di rumah.

"Suami saya datang bukan dari orang senang.  Ketika dia sedang menuntut di peringkat sarjana muda di Sabah, dia hanya selalu makan roti dan biskut sahaja.  Dia beritahu saya, 'Kalaulah ada bank makanan seperti yang awak uruskan sekarang di tempat saya belajar, sekurang-kurangnya saya dapat makan makanan yang lebih baik," katanya.

Hayati rasa sedih apabila mendengar kenyataan suaminya, dan itu mendorongnya lagi dalam kerja kebajikan. Dari pemerhatiannya, golongan miskin bekerja keras untuk memperbaiki keadaan mereka, tetapi mereka dihalang oleh keadaan mereka. Matlamatnya adalah untuk memberi mereka sokongan.

Hayati mengenang pertemuannya dengan seorang nenek berusia 92 tahun di Kelantan, yang membesarkan sembilan orang cucu dengan membuat dan menjual pulut panggang.  Katarak telah menjejaskan produktivitinya, tetapi dia tidak mampu menjalani pembedahan.  Oleh itu, Hayati dan pasukannya membantu nenek itu mendapatkan rawatan. Sejak pulih, wanita tua itu mampu menghasilkan lebih banyak pulut panggang, maka pendapatannya bertambah.

"Apa yang paling saya kagumi adalah betapa ceria nenek itu walaupun dia mengalami masalah. Orang memberi inspirasi kepada saya," kata Hayati. "Apabila rakan-rakan bertanya kepada saya mengapa saya meninggalkan pekerjaan korporat yang bergaji besar untuk bekerja dengan golongan miskin, saya memberitahu mereka bahawa menjalani kehidupan yang selesa tidak mencukupi; kita mesti rasa selesa dalam jiwa kita. "

Doktor yang membawa Kebaikan kepada golongan gelandangan

Fernleaf, Kebaikan yang Dipercayai™ oleh keluarga di Malaysia, menyeru rakyat Malaysia untuk membuat kebaikan, yang merupakan kata-kata dorongan dan positif daripada keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang yang membantu kita dalam mengejar impian. Inilah kisah hebat Dr. S. Madhusudhan tentang bagaimana dia mengikut suara hatinya dan tidak mempedulikan tanggapan negatif bagi memastikan golongan gelandangan dan miskin bandar akan terus dapat menerima rawatan perubatan percuma.


Sesuai dengan gelarannya 'Doktor Teddy Bear', Dr S. Madhusudhan seorang yang baik lagi berkeperibadian tinggi.  Lelaki yang peramah dan mudah tersenyum ini sering menyambut pesakitnya dengan penuh semangat.

Itulah sebabnya mengapa kelibat beliau dinanti-nantikan di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur selain daripada kebaikan yang dibawa oleh Klinik Bergerak Teddynya. Setiap petang Rabu, Dr Madhusudhan memberikan rawatan perubatan percuma kepada golongan gelandangan dan miskin bandar. Dalam satu malam, beliau dan pasukan sukarelawan sering merawat kira-kira 30 hingga 40 orang pesakit, yang kebanyakannya sudah menjadi seperti keluarga mereka sendiri.

Pada malam-malam lain, Klinik Bergerak Teddy juga memberi perkhidmatan kepada golongan pelarian, komuniti orang asli, penghuni rumah pangsa kos rendah, rumah anak yatim, rumah orang tua dan rumah untuk orang kurang upaya.

Kos operasi adalah dari poket Dr Madhusudhan sendiri. Pada masa kini, klinik bergerak ini banyak bergantung kepada sumbangan derma.

Walaupun begitu, beliau tidak kebal terhadap kritikan.

"Terdapat juga orang yang mempersoalkan niat kami, berfikir bahawa saya melakukan ini untuk menjadi terkenal," kata doctor berusia 35 tahun itu.

"Pada mulanya, tuduhan-tuduhan ini sukar untuk ditelan. Tetapi sekarang, jawapan saya, apa salahnya jika seseorang melakukannya untuk kemasyhuran? Asalkan mereka yang memerlukan rawatan boleh mendapatkannya. Itu lebih berguna daripada menghabiskan masa mengkritik niat orang lain di media sosial. "

Bagi Dr Madhusudhan, tidak ada yang aneh tentang menawarkan bantuan perubatan percuma.  Biasa melihat ayahnya, yang juga seorang doktor, melakukan perkara yang sama untuk orang miskin sewaktu beliau membesar.

Sebelum adanya Klinik Bergerak Teddy, Dr Madhusudhan dan beberapa kawan rapatnya memulakan lawatan ke rumah anak-anak yatim untuk merawat kanak-kanak tanpa caj.

"Untuk kami, itu merupakan sesi perjumpaan. Ia lebih bermakna jika kami membantu orang lain semasa berjumpa daripada bersembang kosong sesama kami. Dengan makanan atau minuman, "katanya.

Jadi, bagaimanakah usaha ini berkembang menjadi usaha yang teratur dengan tenaga kerja tetap sekitar 50 orang sukarelawan? Menurut Dr Madhusudhan, semuanya kerana usaha seorang anak yatim.

"Dia datang kepada saya dan bertanya sama ada kami akan menjadi seperti orang lain yang hanya datang melawat sekali sahaja, ucapkan selamat tinggal dan tidak kembali lagi. Dia sudah biasa dengan mereka yang pergi buat selamanya, sama seperti ibu bapanya.  Soalan itu merupakan titik perubahan bagi saya. Kami memutuskan untuk mengehadkan rumah anak-anak yatim yang kami lawati supaya kami dapat menumpukan perhatian dan fokus untuk membantu secara berulang," kata Doktor Teddy Bear, yang memperoleh gelaran tersebut ketika dia memberi anak patung beruang kepada kanak-kanak.

Tiga tahun yang lalu, operasi rawatan percuma berkembang di jalan-jalan di Kuala Lumpur. Sejak itu, doktor yang baik  hati ini memberi perkhidmatan di luar tugas biasanya – membina perhubungan dengan pesakit yang kurang bernasib baik, membantu mereka dengan bekalan barangan runcit, dan berkabung atas beberapa kematian.

Ini adalah kerjaya yang mencabar, tetapi Dr Madhusudhan terus mendapat sokongan dari keluarga dan rakan-rakannya. Mereka bekerja secara sukarela dengan Klinik Bergerak Teddy semenjak awal lagi dan mereka rajin mengambil alih ketika Dr Madhusudhan terpaksa memenuhi obligasi di tempat lain.

Pada tahun 2015, Dr Madhusudhan dianugerahkan dengan Anugerah Star Golden Hearts, yang meraikan rakyat Malaysia yang menjalankan usaha berani atau tidak mementingkan diri.

"Anugerah itu mendorong saya untuk pergi lebih jauh dalam misi saya. Kerja amal ini adalah suatu ketagihan! Anda akan selalu berfikir 'apa lagi yang boleh saya lakukan? Siapa lagi yang boleh saya bantu?" Kata doktor itu sambil ketawa.

Dr Madhusudhan tidak berhenti berfikir, dia telah memperluaskan perkhidmatan Klinik Bergerak Teddy untuk menjangkau kepada lebih banyak masyarakat miskin bandar dan komuniti orang asli, sambil membantu golongan gelandangan supaya dapat berdikari.

"Jika anda mempunyai keinginan untuk membantu orang yang memerlukan, jangan terlalu memikirkannya. Teruskan dengan langkah pertama dan langkah-langkah yang seterusnya akan datang kepada anda," kata Dr Madhusudhan. "Jika anda tidak mempunyai masa untuk mencurah tenaga, anda boleh menaja organisasi amal.  Terdapat banyak cara untuk membantu. 

Yakin keupayaan anda untuk membawa kebaikan kepada orang lain

Fernleaf, Kebaikan yang Dipercayai™ oleh keluarga di Malaysia, menyeru rakyat Malaysia untuk membuat kebaikan, yang merupakan kata-kata dorongan dan positif daripada keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang yang membantu kita dalam mengejar impian. Ini adalah kisah hebat Mohd Sirhajwan Idek,  seorang guru bahasa Inggeris yang berjaya mengubah penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah di sekolahnya untuk memenangi pelbagai pertandingan Bahasa Inggeris berkat kesabaran dan cara kretivitinya.

Mohd Sirhajwan Idek sentiasa ingat akan nasihat ibunya: jangan biarkan hati menguasai fikiran, dan sentiasa memberi tumpuan kepada penyelesaian dalam menempuh sebarang halangan.

Tanpa kebijaksanaannya, Sirhajwan mungkin tidak akan menjadi siapa dirinya hari ini – iaitu seorang guru yang memenangi anugerah. Guru berusia 29 tahun ini muncul sebagai 50 finalis terbaik bagi anugerah Hadiah Guru Global Yayasan Varkey 2017, penerima Anugerah Ikon Guru Kebangsaan tahun ini, serta pemenang dua pertandingan antarabangsa untuk guru Bahasa Inggeris.

Di Kolej Vokasional Keningau di Sabah, di mana Sirhajwan mengajar Bahasa Inggeris, selalunya para pelajar di Kolej tersebut datangnya daripada latar belakang sosioekonomi yang kurang berada, dan pendedahan yang terhad kepada Bahasa Inggeris. Bagaimanapun, di bawah bimbingan gurunya yang penyabar, mereka kini sering menjadi pesaing dalam perdebatan, pidato umum, deklamasi sajak, pertandingan mengeja, choral speaking, pertunjukan bakat dan sebagainya, dan seringkali memenangi pertandingan tersebut. Mereka juga mendominasi pertandingan inovasi dan keusahawanan.

Sebenarnya, sewaktu sedang membesar, Sirhajwan tidak pernah berminat untuk menjadi guru.

"Mengajar bukanlah minat saya sebenarnya. Saya menyertai program pendidikan guru selepas tamat pengajian tanpa berfikir panjang," katanya.

Walaupun hati tidak sepenuhnya dalam bidang pendidikan, Sirhajwan sedar akan betapa pentingnya seorang guru itu dalam mencungkil apa yang terbaik dalam generasi masa depan. Secara beransur-ansur, dia jatuh cinta dengan pekerjaannya.

"Kejayaan dan kegembiraan saya adalah apabila saya dapat membantu mengembangkan potensi seseorang pelajar, yang dapat meningkatkan potensi lain dalam kehidupan mereka. Ini membuatkan saya berasa positif tentang pekerjaan saya, dan saya memutuskan untuk terus mengajar," kata lelaki kelahiran Kota Belud, Sabah ini.

Tetapi masih terdapat banyak rintangan. Disebabkan oleh lokasi sekolah yang terletak di luar bandar, program selalunya terhad akibat masalah kewangan, kekurangan akses kepada sumber dan halangan geografi.  Kesemua masalah ini mengganggu keupayaan guru untuk mengajar bahasa.

Walau bagaimanapun, keadaan yang paling rumit adalah di dalam kelas.

"Kebanyakan pelajar saya pada mulanya menunjukkan keengganan dalam menggunakan bahasa kerana malu. Oleh itu, cabaran terbesar saya adalah bagaimana membuatkan subjek tersebut relevan dengan mereka supaya mereka mempunyai motivasi untuk belajar," kata Sirhajwan.

Ramai yang berpendapat bahawa mengajar Bahasa Inggeris kepada pelajar vokasional adalah sukar, tetapi Sirhajwan tidak mengendahkannya. Dia hanya ingat kepada nasihat ibunya iaitu fokus kepada penyelesaian, bukan halangan.

Sirhajwan faham akan apa yang dilalui oleh pelajarnya.  Seperti mereka, dia juga menghadapi kesukaran mempelajari Bahasa Inggeris ketika bersekolah dahulu. Keluarganya berasal dari suku Bajau, dan mereka bangga bercakap dalam bahasa ibunda mereka. Bahasa Inggeris tidak banyak digunakan tetapi dia gigih menyertai pasukan debat Bahasa Inggeris dan aktiviti berpidato, dan itu telah mencetuskan minatnya untuk menguasai Bahasa Inggeris.

Daripada pengalaman itu, Sirhajwan sedar bahawa dorongan kuat untuk belajar Bahasa Inggeris datangnya daripada peluang untuk menggunakannya. Oleh itu, Sirhajwan mengolah mata pelajaran tersebut mengikut kursus vokasional yang khusus atau menayangkan blog video di kelas. Dia juga merancang aktiviti-aktiviti yang mencerminkan situasi dunia nyata, seperti temu duga pekerjaan, mahkamah olok-olok dan penerangan penjualan.

Kerja kerasnya membuahkan hasil apabila murid-muridnya berjaya membanggakan kolej mereka dengan memenangi pelbagai pertandingan.

Sirhajwan adalah orang yang paling bangga terutama ketika pelajar-pelajarnya memenangi pertandingan debat di Karnival Sukan VokTek - iaitu pertandingan di kalangan sekolah-sekolah  vokasional di Sabah - untuk kali pertama.

"Jangan sekali-kali memandang remeh kepada kebolehan pelajar anda dan jangan meragui keupayaan anda sendiri untuk membawa kebaikan kepada orang lain, serta membantu mereka mencapai kejayaan," nasihatnya kepada guru-guru yang bercita-cita tinggi.

Malah, potensi dan kemampuan seseorang sentiasa berubah, dan Sirhajwan berjanji untuk terus mencari peluang untuk para pelajarnya.

You May Also Like

0 100 org jejak kaki

Pinkygroupsaid

Cradle 2011-2018

Cradle 2011-2018
nuffnang -->

Total Pageviews

Blog Archive