4 February 2017

# Aktiviti comel # Aktiviti comel OPIS COMEL

farewell buat Pn Kasma




Jumaat lepas kami team investment CIP500 ada mengadakan satu majlis farewell atau dalam bahasa melayunya majlis perpisahan buat Pn Kasma Ex COO Cradle Fund Sdn Bhd. Beliau seorang yang sangat berdedikasi dan aku dapat tahu yang beliau juga merupakan orang kuat disebalik kerjayaan Cradle sehingga kini. Banyak ilmu yang telah beliau kongsikan kepada kami. Seingat aku, pertama kali sertai Cradle adalah pada 6 tahun lepas. Itupun jawatan yang aku sandang waktu tu hanyalah sebagai Setiausaha Excutive kepada CEO.



Nak kata rapat dengan beliau tidaklah sangat. Tapi apa yang aku suka dan boleh dibanggakan adalah beliau seorang yang sangat humble dan lemah lembut oleh kerana sikap keibuan yang ada pada beliau. Sangat energetic dan penuh dengan kata semangat. Sifat kewibawaan seorang tokoh yang tinggi serta sudi berkongsi pengalaman untuk berjaya dalam hidup dan kerjaya. Bagi aku, beliau seorang yang sangat baik dan sangat memahami jiwa setiap anak buah yang berada di bawah naungannya. 

Ingat lagi masa tu, kira aku punya 1st appraisal dengan dia. Soalan dia pada aku adalah, apa matlamat aku masuk Cradle?. Sampai tahap mana aku nak stay dalam Cradle? dan apa yang boleh aku sumbangkan pada syarikat selain menjadi secretary pada CEO. Beliau ada cakap yang aku masih muda, jauh lagi perjalanan hidup aku. Bila tau latarbelakang dan jurusan yang aku pelajari serta pengalaman kerja sebelumnya. Dinasihatkan aku untuk cuba keluar dari zon selesa. Cuba untuk tingkatkan kemahiran kerja dan cuba untuk berpindah kepada department lain. katanya lagi banyak yang aku boleh berlajar dalam syarikat dan akan banyak pengalaman yang bakal aku lalui jika aku berani untuk berubah. Dari situ aku mula rasa semangat dan terus cuba untuk baiki mutu kerja sehinggalah aku berjaya berada dalam team investment ni. Bukan senang tau nak join team ni. Semestinya haruslah accounting background. Tapi aku kan budak engineering, haha memang kelaut lah. Mungkin rezeki aku dapat peluang ni. Terima kasih En Salihin sebab terima saya.. dan aku sangat enjoyed dengan team ni. Boleh dikatakan Cradle sekarang da banyak orang baru. Aku rindu rakan lama dulu-dulu masa mula-mula join Cradle. Tapi tak semua akan kekal sama dan bersama betul tak?. Dan sekarang Pn Kasma pula. 

Hah.. Dia ada anak perempuan yang cun. Chinese look, dan boleh menari lagi, boleh aku katakan beliau sangat obses dengan her little girl. Everytime kami lepak mesti akan sentiasa bercerita aktiviti dan ragam menguruskan anak. Bagi aku normal, semua mak kat dunia akan obses dengan anak masing-masing. Termasuklah aku sendiri. Tak hairan kalau setiap kali buka mulut setiap kali, topik pertama adalah tentang "anak". Pencapaian anak setiap kali mesti nak share dengan semua orang. Memang mak-mak sangat kan.?.

Pn Kasma ni berjiwa muda yer. Very trending dan memang pakar dalam bidang kesenian tarian traditional dan juga hebat dalam skill solekan. So bukan tentang kerja je kita boleh tanya, bab-bab kecantikkan pun boleh. Fuhh kagum..aku. 





Ijai ni, memang aku punya argue buddy.. Kalau bukan aku sakat dia, dia akan sakat aku.. kalau bab buli serah kat dia dengan Hairry memang kaki bahan je tahu..


Ok aku dipakse berada didepan En Azman supaya mereka akan kelihatan kurus dan sembunyikan bumper cute mekema.hahahah..



So we decided to celebrate her dekat Swensen Sunway Putra Mall. Alhamdulillah semua turut serta. 















Kecerian berganda ganda bila dapat tiup lilin.. cute..hihi



VP En Azman bergambar kenangan sambil memengang footage team sebagai kenangan buat Pn Kasma.


CIO kami Juliana Jan dengan present yang kami tak benarkan beliau buka waktu tu, tapi selepas majlis baru boleh buka tapi kat rumah yer.



En Azman majuk ke sebab tak dapat ceduk aiskrim??


Ijai..lu rase dengan pose makan sudu camtu, boleh ajet-ajet kpop yang tengah makan teokbokkie ke?? ceh..


Comelnya korang semua.. sempoi overloded


Korang nampak tak En Salihin tu. Orang suruh pose dia masih dengan phone.. hahah sabar jela.


Korang dah kenapa.... macam perantin malu-malu kambing plak dia.




Out talkative and bold speaker Onie!!


OK Ijai our Minang mix Kpop .. cehhh.. seluar kuning baju hijau memang trademark beliau.


Mr Abu "lama tak nampak" itu memang ayat pertama dia akn tanya bila jumpa kau, walau hanya selepas seminit yang lalu.




P/S : Doa kami semoga Pn Kasma sentiasa berada dalam lingdunganNya, diberikan kesihatan yang baik serta dimurahkan rezeki. Terima kasih diatas segala tunjuk ajar serta nasihat yang banyak membimbing saya kearah yang lebih baik dan menjadi seorang pekerja yang berkualiti. Akan rindu celoteh dan nasihat Puan, cerita tarian dan tentang Eika. jangan lupa kami dan terima kasih banyak-banyak sekali lagi. Sayang Puan .. muahhhh..

No comments:

Post a Comment

Pinkygroupsaid

Si peminjam Hati Tinggalkan Tapak

Popular

Total Pageviews