Makan-makan di MinMax Restaurant, PNB Darby Park kali ni, dipayung sepenuhnya oleh Tuan Hafizi. Hihihi..
makan sampai lebam. Masing-masing nafsu naga. Jiwa macam membela. Makan tak
hingat, Nampak je badan kecik, tapi bila bab makan semua taknak kalah. Bagi aku
macam biasalah, selera tak berapa nak ada lah lately ni, factor cuaca ditambah
dengan keadaan tekak aku ni macam ilang deria rasa plak.
Nak aku bagitahu setiap nama menu ni?tak payah Tanya sebab
aku memang 100% lupa dan tak tau pun. Semua menu pilihan ni bebudak ni je yang
memandai pilih, aku ngan Adda tolong ngap je. Pahtu masing-masing mula lah
bersilat bila nak suap makanan kena capai pakai chopstick. Masing-masing
ketawakan sesame sendiri, sebab macam-macam style sepit Buddha dorang buat.
Lantak lah sudahnya buat macam Tuan Hafizi cucuk saja makanan tu, janji sangkut
dan selamat masuk mulut. Hahahah…
Untuk Din,
Semoga diluar nanti akan terbuka luas pintu rezeki dan dimudahakan cara dalam apa jua yang kamu buat ya. Kalau kelapangan dating lah lepak ngan kami-kami ni selalu, selagi kami sume berada kat Cradle ya. Jaga diri dan semoga maju jaya.
p/s : Semua food kat sini boleh dikatakan menepati citarasa perut dan tekak aku. Cuma kaya puff yang macam lempeng tu kureng sikit. Rasa sedap lagi kat CGS kot.
Adakah korang cukup mengenali keadaan sebenar kulit korang? bagaimana pula dengan persekitaran dan cuaca semasa korang menjalankan aktiviti seharian? adakah korang macam aku yang seharian suntuk berada dalam bilik ber aircond dan akan tiba-tiba berpanas bila keluar mencari destinasi lunch atau out side meeting. Atau korang seorang yang malas nak sapu sebarang pelindung untuk penjagaan kulit seharain?. Jangan macam tu, kalau tak jaga dari sekarang lama kelamaan kulit akan hilang daya kelembapan dan akan kelihatan kusam dan tidak sihat. Betul ada yang akan cakap "cukuplah sekadar minum banyak air putih dan amalkan supplement yang bersesuaian untuk kulit". Tapi itu belum menjamin yang kulit korang akan sentiasa terlindung dari faktor sinar matahari serta UV nya yang tinggi. atau terhindar dari kulit kering akibat berada dalam penghawa dingin sepanjang hari. Banyak produk yang aku telah guna bagi menjaga semaksimum mungkin supaya kulit aku kelihatan tidak kusam dan sihat, tapi kenayakkanya tidak bertahan lama. Pertama kali menggunakan produk dari Vaseline adalah "petroleum jelly". Dari situ mula aku mencari sedikit info tentang Vaseline dan aku dapat tahu ia memberikan banyak kebaikkan kepada pemakai jika rajin mengamalkannya. From top to toe ia menjaminkan pemakai akan berpuas hati dengan hasilnya.
Aku pemilik kuring kering yang melampau. Ini disebabkan keadaan aku bekerja dalam bilik penghawa dingin seharain yang menjadikan kulit aku merekah dah kering. Tapi sejak mengamalkan Vaseline aku tidak perlu menghadap kulit kusam dan bersisik lagi. Vaseline banyak membantu menjaga dan memastikan kulit aku terlindung dari sinar UV termasuklah penghawa dingin. Kulit kembalit sihat lembab dan aku suka akan perubahan baik pada kulit ni.
Kelebihan VASELINE® HEALTHY WHITE INSTA FAIR
- Menjadikan kulit sentiasa dalam keadaan lembab dan sihat kerana Vaseline ini diperkayakan dengan titisan micro jelly bagi memulihkan kulit yang rosak dan kemerahan.
- Tidak merengsakan kulit
- teksturnya tidak melekit dan meresap dengan pantas ke dalam kulit,
- Kulit akan 4x lebih cerah dan terus bertambah cerah (jika menga,alkannya dengan teratur)
- Ada micro reflectors yang mampu menjadikan kulit cerah sepanjang hari walau dengan hanya sekali sapuan.
- Ada bau wangi yang segar macam baru lepas mandi.
Aku amalkan pemakaian setiap pagi selepas mandi dan sebelum tido terutama pada tapak kaki lutut siku dan kaki. Sebab parts ni yang paling senang bermasalah. (sekarang tak lagi dengan vaseline). baaikan si tangan dompok kecik tu. Azriel pun akan join aku sapu losyen kalau die nampak aku dengan botol losyen ni.
Boleh didapati di semua farmasi terpilih berhampiran korang dan ada 3 size yang mana korang boleh pikir untuk beli as tryer dulu. Bila bagus belilah yang besar. Kat Watson dan Guardian pun ada.
Jika korang ke Johor, korang wajib singgah sini. Antara pitstop yang wajib dikunjungi untuk menajmu selera terutama sekali waktu makan tengah hari. Pertama kali aku ke Johor atas urusan kerja. Seharian hadap back to back meeting dan site visit, akhirnya kami diperkenalkan dengan Indonesia Corner Fast Food Tampoi.
Ruang entrance yang nampak exclusive terfikir juga, nak spend untuk makan tengah hari di restoran yang kelihatan cozy ni. Dalam kepala mesti budget harga mesti tahap bayar guna kredit card ni.
Suasana dalam restoran sedikit kelam kabut dan riuh memandangkan waktu aku pergi time tu, waktu lunch. orang ramai dan kelihatan staff semua busy hantar pesanan ke setiap meja pelanggan. Di iringi muzik bagai terasa di bali.
Klasik rekaan serta dekorasi dalam restoran ni. Bangan lama dan antik serta gambar kenangan para celebriti yang datang kesini dipamerkan sebagai tanda kenangan.
Mula order mengikut kehendak tekak.
kailan ikan masin RM8.50
Golden Crispy RM5 (yang ni aku pilih dan memang tak menyesal sedap sangat oiiii)
Ikan terbang RM18
Ayam belado hijau RM17
Jimbaran kari prawn RM27 (kari dia tak rasa macam kebiasaan kari yang aku biasa makan, yang pasti memang sedap)
Cumi cumi goreng RM15
Total aku makan untuk 5orang semuanya RM125 termasuk air dan nasi tambah, Can you imagine? bapak murah.. dahla sedap.. dan setiap hidangan adalah sangat banyak dan sedap tak menyesal datang sini. Next site visit kena datang lagi. Yang pasti golden crispy aku nak beli dan tapau bawak balik hihi
Bagi yang berminat untuk tahu lebih lanjut boleh layari laman website rasmi mereka, kerana mereka juga ada menyediakan perkhidmatan catering Indonesia Corner Fast food
Alamat Restoran Address
No. 1,Jalan Bayu 2, Taman Perindustrian Tampoi Jaya, 81200 Johor Bahru. Johor.
(07) 232 8366 HP012 735-0075
Assalamualaikum... hi.. nak start ngan mood yang ceria memandangkan aku dah merdeka dengan paper exam yang boleh bikin pecah kelapa. Yeahhhhh..Result?? tak nak pikir tunggu kua dulu lah. So entry kali ni nak cerita tentang Hero aku Azriel yang sekarang tengah diajar untuk kurangkan berstroller. Seperti sedia maklum Azriel banyak menghabiskan masa dalam stroller bila kami keluar ke mall atau attend wedding. Mungkin dia dah biasa dan selesa di dalam stroller. So Memandangkan aku bercuti tempoh hai dan niat nak beli barang dapur top up ape yang dah abis, terutama benda wajib yang kena ada kat umah untuk si Hero ni adalah Yakult, Calsium, Nugget, sausage, Fries dan last skali biskut Tiger atau mamme. Ini adalah makanan yang dia suka makan bila duduk lepak tengok kartun atau layan Phone. Yer ada jer yang bising sebab makanan yang aku amalkan anak makan tak sihat, alhamdulillah aku ada amalkan vitamin dari CALIPH dan juga vitamin dari Cham untuk makanan tambahan Azriel. Sebabkan lah Yakutl wajib ada dalam freezer memandangkan Azriel lebih sukakan Yakult dari minuman kultur lain. Yakult banyak membantu dalam mengimbangi sistem usus Azriel. So walaupun Azriel makan bukan-bukan insyAllah mommy ada back up dengan yakult dan probiotic. (hihi..bijak x mommy?)
Kami shopping groceries kat MyMYDIN belakang umah je. Yang paling excited Azriel lah, pertama kali dia keluar tanpa stoller. Terkejut jugak dia sebab dia asek tanya mana stroller dia. So mommy said today adik "free Stroller"ok?.. So jejalan pimpin tangan OMG so sweet dah besar anak aku. Masuk je MyMYDIN laju-laju grab bakul. Mula-mula dia nak tolak trolley tapi troley tu tinggi dan besar afterward aku ganti dengan bakul ni. Punya dia excited. Siap bagitahu. "mommy takyah ngang! adik buat!"hahahah. anak aku memang dah big-big boy sangat.
Nampak tak kekalutan veliau yang huru hara tengah pilih food dia yang dia suka makan, dah lah riuh satu kedai sebab dia asek jerit mommy nak tu, mommy nak ni. dah amik barang sambil mengomel bebel bahasa dia. Cakap barang yang dia amik tu sedap lah cantik lah, macam-macam. Staff situ senyum kambing je sambil kadang ada yang sengaja usik die. Jelas terpancar kebebasan tu. Hahahah..
Waktu ni nak masuk lorong yang ada banyak jajan tu, tapi sempit. Tengoklah cerdik dia, reverse dan kepak handle pahtu buat Uturn .. Akhirnya.... la..la..la... berjaya melaluinyapun (dlm nada johan raja lawak). Seronok tengok Azriel hari tu. Dia nampak sangat enjoyed dengan aktiviti belibelah ni. Nampak gaya mommy would have a bodyguard aka assistant bila nak keluar shoppping mopping ni. Hureyyyy.
Bagi aku sangat bersyukur dan bangga dengan pencapaian dan kebolehan Azriel. Walaupun aku bukan seorang ibu yang meluangkan masa sepenuhnya untuk anak. Tapi aku bangga sebab Azriel membesar dengan sihat paling penting cergas, aktif dan petah berkata-kata (walau kadangkala bunyi words yang dia sebut buat kami pikir banyak kali merujuk kepada apa) tapi itulah yang terbaik setakat ni dia boleh buat. Aku yakin die mampu lebih dari tu. Kadang ada rasa bersalah sebab aku banyak menghabiskan masa dengan kerja dan juga pelajaran, kadang henpon kat tangan jarang berenggang disebabkan keje. Aku tahu asben ada juga bising sebab jarang luangkan masa mengajar anak, tapitak semestinya aku lansung tak mengajar. Apa yang mampu aku buat adalah sediakan apa sahaja handout atau pun aktiviti yang boleh membantu sistem sel-sel berhubung untuk menjadikan Azriel anak yang bijak dan sihat. IsyaAllah mommy doakan anak mommy akan jadi yang terbaik dikalangan terbaik ok. Sayang Azriel dunia akhirat.
p/s : nanti kita pegi shopping lagi ok??
I'm getting crazy with lipstick just now.2016 adalah tahun yang mana paling banyak aku dapat dan aku beli koleksi lipstick. Start dari lip balm sampailah ke jenis matte dan macam-macam texture lagi. Layankan saja minat orang pompuan macam aku ni, menjadikan make up sebagai hobi dan minat sejak azali. Paling best aku ada best buddy yang memang suka make up iaitu Arlya, Danii, dan Rai yang menjadi kawan lepak bila masuk topik "MAKEUP". Ok berbalik kepada entry post asal.
Ingredient
POLYBUTENE, OCTYLDODECANOL, PETROLATUM, BIS-DIGLYCERYL POLYACYLADIPATE-2, COCOS NUCIFERA OIL / COCONUT OIL, POLYETHYLENE, SUCROSE ACETATE ISOBUTYRATE, CERA MICROCRISTALLINA / MICROCRYSTALLINE WAX, POLYGLYCERYL-3 BEESWAX, ALUMINA, TOCOPHERYL ACETATE, PENTAERYTHRITYL TETRA-DI-T-BUTYL HYDROXYHYDROCINNAMATE, PARFUM / FRAGRANCE, CENTELLA ASIATICA EXTRACT, [+/- MAY CONTAIN CI 77891 / TITANIUM DIOXIDE, CI 45410 / RED 28 LAKE, CI 15985 / YELLOW 6 LAKE, CI 45380 / RED 22 LAKE, CI 77491, CI 77492 / IRON OXIDES, CI 15850 / RED 7, CI 42090 / BLUE 1 LAKE, CI 75470 / CARMINE
Kebaikkan:
- Menjadikan bibir tampak menawan dan tone warna yang sihat hanya dengan sekali sapuan.
- Ketahan kelembapan selama 12 jam creamy texture
- bahan kandungan dari buahan segar untuk menjadikan ia kepuasan sewaktu pemakaian.
- gradient lips with unique three-tone colors that are infused with natural food grade pigments!
Perfect ombre lips.
- Ultra creamy formula with natural food grade colors.
- Show your versatile side with just one swipe to achieve bitten lips.
- MAKE IT SWEET, MAKE IT ALLURING with ONE SWIPE OMBRE.
- RM29.90
- all store out there (Watson, Guardian and farmasi)
6 SUPER-SATURATED SHADES
- CHERRYRD02
- BLACKBERRY CINNAMONRD03
- MIX BERRYPK02
- RASPBERRY SMOOTHIERD01
- STRAWBERRY CHEESECAKEPK01
- SUNSET SORBETOR01
Dah sekian lama aku jarang sangagt nak update pasal tips
kecantikkan mengikut cara sendiri. Disebabkan waktu yang terhad dan sumbangan
task kerja yang memang tak boeh nak tolak menjadikan aku seorang yang
..adoiyaiii malas sangat nak update. Tapi sejak kebelakangan ini. Ramai yang
bertanya aku tentang cara aku menjaga kulit wajah. Tak semua orang bernasib
baik untuk memiliki kulit wajah tanpa perlu dijaga. Walaupun aku bersyukur dating
dari ahli keluarga yang mana sejak dari orang tua aku sampai lah adik beradik
kami memang takda jerawat. Kira jerawat jarang nak menempel melainkan kes-kes
masalah wanita. Dan untuk aku yang seharian di hari kerja. Pemakaian make up
pada muka boleh dikatakan melebihan 8jam sehari. Tapi bagaimana aku kekalkan
kulit wajah supaya ia tidak merosakkan kulit, malah ia membantu lag dalam
menjaga mutu kelembapan kulit.
Kebanyakkan dari kita kaum wanita terutama sekali sanggup
invest untuk produk make up selain dari kasut dan juga handbags. Aku tak
terkecuali, Cuma pada aku tak bergantng sangat pada barand sesuatu produk, tapi
lebih mementingkan keserasian pada kulit bila pakai. Macam kita invest untuk
bisnes nak jugak kita tengok tahap ROI nya. Kalau boleh nak untuk, sama lah
juga untuk kecantikkan, buat apa kalua spend sampai ribuan ringgit tapi
hasilnya kadang mengecewakan. Make up terutama sekali merupakan koleksi alatan
yang mampu mengubah rias wajah seseorang yang biasa jadi menawan. Kalau kena
acara memang lah cantik resultnya. Salah satu alat solek yang aku maksudkan
adalah BEDAK.
Bedak ini biasanya adalah alatan kecemasan dan yang terpenting
bagi wanita. Sampai kemana sahaja mereka pergi bedak adalah alatan asas yang
wajib ada bersama dalam handbag diorang. Kira bedak ni sama penting lah dengan
foundation. Bagi yang suka berbedak ni, kalua tak pakai rase tak lengkap proses
peloleskan kulit wajah. Nak-nak bagi yang kulit berminyak. Alhamdulillah untuk
aku yang memiliki jenis kulit normal dan mudah dijaga. Sejujurnya aku tidak
menggunakan bedak muka setiap kali bersolek, cukup dengan toner, moisturiser,
foundation/sunblock/takpun cream muka an nur /sendayu tinggi. Hihi… Yela adalah
pakai bedak selalunya kalua aku ada terlibat dengan event office yang
memperuntukkan masa dari pagi ke malam hari. Walaupun berkulit normal kalua dah
seharian harus juga lah sebum minyak kulit terhasil yer dak? So bedak salah
satu alat solek yang mampu menyelamatkan keadaan kulit muka kita masa tu.
Setuju tak?.
Kelebihan BEDAK itu sendiri adalah berfungsi untuk
menyempurnakankan sapuan foundation pada wajah asasnya, selain itu juga ia
dapat menutupi cela wajah, mole spot ataupun parut pada wajah dan juga redness
pada kulit wajah. Kira kekurangan kat muka boleh terhindar sekiranya tau teknik
dan tips pemakaian bedak yang betul. Sehinggakan kulit kita akan kelihatan
blend well dengan bedak yang kita apply sampai orang tak perasan pun yang
korang pakai bedak sebab BEDAK yang dipakai diapply dengan cara dan teknik yang
betul. Serta juga pemilihan tone warna bedak yang bersesuaian bagi kita
golongan yang mempunyai kelas warna tertentu bagi kulit orang asia.
Dan berani aku katakana ada je yang aku tengok diorang
setakat sapu bedak secara ala kadar tapi tidak mengunakan cara dan teknik yang
betul. Iyer BEDAK yang korang beli dah mahal kot, branded lagi, tapi kalau just
main sapu je dah trus harapkan keajaiban supaya muka korang boleh nampak keakan
Song Hye Kyo, itu kena mimpi dan berdoalah paling tak pun verangan lah macam
aku ni hah. Tak juga jadi lawa macam dia.
So motif aku buat post entry ni adalah untuk kongsi dan
sama-sama kita amalkan cara dan teknik yang betul dalam pemakaian BEDAK supaya
BEDAK yang kita tepek kat muka tu rata dan tahan lama.
Cara Pemakaian BEDAK yang betul supaya sapuan menjadi rata
dan tahan lama.
- WAJIB! Wajah dibersihakn dahulu, tak kisah lah cuci dengan apa jenis sabun pun, sekarang produk sabun muka dah banyak, ada yang jenis foam ada yang jenis buku dan ada je yang jenis spray.(teknologi betul skang.). Yer kena make sure muka betul-betul bersih ok. Pahtu sambal-sambil lah sikit buat urutan manja kat muka, bukan susah pun, ikut cara iklan fair n lovely pun boley (bulatan sparuh skali bulatan sparuh skali) nahhh… dah rata baru cuci. Cuci kena lah bersih-bersih yer sampai ilang saki baki sabun kat muka. Ingat kalua tak betul-betul bersih tu yang kadang menyumbang kepada infection kat wajah yer.
- Lepas tu lap kering-kering. Kemudian sapulah toner, bagi aku kalua guna toner takda aku oleh pakai kapas, terus aku picit atas tapak tangan dan gomol seluruh wajah. Lebih puas hati bila semua toner terletak atas kulit tapi bukan pada tisu.
- Lepas tu pakailah pelembab+sunblock (pilihlah sunblock dengan SPF 17. Sunblock dengan kandungan SPF 17 bagus kerana nilai SPF 17 adalah amat sesuai bagi kita orang asia yang bersuhu lembab ni).
- foundation.Yang ni aku memang wajibkan pada kulit muka aku, sebab pada aku, itujela bahan yang mampu menyumbang dalam menjadikan kulit aku Nampak sihat selain dari cara pemakanan aku. Semestinya produk yang digunakan adalah mengikut nilai komitment dan kemampuan korang. Murah xsemestinya tidak bagus dan mahal belum tentu serasi dengan kulit kita. Masa menggunakan foundation, sapu dengan cara merata pada wajah terutama sekali bahagian yang tersembunyi seperti dahi yang ditutupi oleh rambut. Stuju?
Last step semua dan selesai barulah sampai ke olesan terakhir untuk alas wajah iaitu BEDAK. Bedak ada macam jenis, yang mineral, yang comparts, ada juga two way cake dimasa bole diguna ketika sponge basah atau kering. Dan ramai yang silap tentang cara kendaliannya bila hendak diapply pada kulit.
- Ketika hendak memulakan langkah sapuan BEDAK, harus dingatkan sapuan hanya cukup sekadar menepuk, atau lebih senang paham deep-deep je. Itu adalah dimana kesan dari sapuan moisturiser dan foundation tadi mampu serasi bersama(bukan sehati berdansa yer) bersama menghasilkan effek pada kulit wajah supaya nampak natural dan asli.(sapuan haruslah termasuk kawasan leher ok.
- Salah satu teknik lagi menggunakan berus muka, dimana berus untuk olesan bedak pada wajah haruslah mempunya permukaan rata. Sebab kulit kita boleh di ibaratkan sepeti kulit buah oren, ada pori pada permukaan wajah. Kebaikan bila menggunakan berus adalah ia lebih sekata, BEDAK dapat di ratakan di seluruh liang kulit, sehingga menghasilkan kesan wajah yang segar. Tak percaya? Korang kena cuba.
- Serious tak menyesal, lama kelamaan kulit Nampak blend weel dengan BEDAK yang disapu juga ia dapat mengawal aliran minyak pada wajah, paling penting, muka korang takkan Nampak cakey,tebal dan merekah. Semestinya untuk dapatkan hasil yang bagus tak semestinya bedak kena tepek tebal-tebal kat muka. Dah macam tepung gomak. (muka akan Nampak fake dan bertepung) paham dak?!
** alah macam iklan Terlajak laris tu (Muka je putih tangan hitam) bersepah aku jumpa orang macam ni. Kulit gelap pun cantic dik kalua ken acara dan warna bedak yang kita pakai. Bukan limanambelaskali kau tepek bedak compart Johnson&Johnson tu kat muka…ngeri dah akak tengok muka adik tau, Nampak bertepung sangat) – Dari kisah benar, masa nak solat aku tengok ada satu awek PNB tu, alah bebudak remaja, manis orangnya berkulit sawo matang, dari aku mula nak solat sampai aku abis solat aku tengok die punya tepek bedak beria kat muka, ape kawan dia tak tegus ke yang muka die dah terlebih putih dari tangan)OMG jangan lah camtu dik, esok2 kalau pakai bedak tebal-tebal kulit pun dapat kesan kekeringan tau, sebab untuk kulit remaja ni sekadar olesan tipis pun mampu buat kulit korang cantic, minyak muka pun perlu untuk kekalkan kelembapan kulit. Kalau tak akak berani jamin kalua awak cuci muka awak tu, lepas tu biar sekejap mesti kulit rase kering dan xselesa. Sebab minyak yang sepatutnya perlu untuk lembabkan kulit abis ko bagi tepung BEDAK sedut. Hihi (sikit perkongsian lah).
Itu jela kot tips cara aku apply BEDAK kat muka. Ohh lupa, kalua
bedak muka aku guna HD high definition Powder (jenis loose powder). Kira bedak debu jenis mineral. Tapi
tak pakai hari-hari bila ada event yang kena standby muka lawa 24jam.hahahahah
Ok hakak belanja satu pic yang mana hakak memang ada apply bedak sebab masa ni nak kua date ngn buddy lepak hakak cik Arlya. kesannya seharian memang wow... kalau ikut teknik yang aku cakap tadilah.
Yer sempat lagi update satu lai entry untuk share part of Azriel punya aktiviti. Yela lama sangat takda update pasal dia. Kat sini sedikit sharing session on Azriel punya aktiviti gathering pertama veliau.
Ok where to start... hurm jap pikir jap... Ok last weekend, Taska Azriel ada buat jamuan makan-makan or else kebanyakkan orang panggil open day. Sesi networking within teachers and parents. Yela untuk aku ini pertama kali lah involved selama ni aku hanya hantar azriel kat baby sitter umah je. Bila dah start biasakan dia kat school kenalah kita golongan mak-mak ni join. Nak gak lah tau sape pengasas, sape yang in charge, sape yang bertugas, kira semua lah nak tau..mak pak kawan paling rapat ngan azriel.
Azriel's favorite teacher adalah teacher Azlin dan teacher Nurul..Dua orang ni yang antara akan sambut dan hantar azriel bila aku hantar dan amik azriel kat Taska. Yang bagusnya Azriel suka gila pegi School. Sampai mommy tak sempat nak bersiap die dah paksa-paksa antar school. Walau tido lewat dan keesokan harinya die kena kejut bila sebut school je trus bangun berjalan sambil tutup mata. So dari situ aku tahu yang Azriel happy dengan teacher2 dia.
So Malas nak citer banyak setakat ni cukup sekadar gambar yang menceritakan detik kejadian.
Nampak tak si manis ni. Inilah founder atau owner Taska ni. Cik Sha'ban student UTP tau. Mak ayah yang fund die untuk build up Taska. Kira dia manage la. Setakat ni MyKids Campus ada 3 Cawangan. Young entrepreneur ni. Well done.. (Nanti mintak staff awak jaga anak saya eklok ek) hihi
Teacher ni rajin layan berlari. Takpelah teacher pun muka budak-budak.
Kalau kat school ni, Azriel sala seorang yang terkenal dengan sikap aktif dan lasak, mane nak heran orang yang dia tahu, main kejar dan sepak bola. Budak kecik hingusan xlayan.. nak main ngan big-big boy je.
Disuruh tiup belon yang memang susah nak tiup sebab belon tu jenis yang tebal. Mommy ada try tiup, cramp jap rahang mommy sebab memang tight kot belon tu. huhuhu
Ramai yang datang, dan tak sangka ada semua kaum. Harmoni sungguh taska ni hahah..
Ok teacher yang dukung azriel tu nama teacher Nurul dan yang pakai baju kurung ijau pink teacher Azlin adalah teacher favorite Azriel. kira setakat nilah aku memang suka dengan kualiti jagaan teacher ni terhadap Azriel. the rest tu teacher dari cawangan lain.
Korang mesti pelik kenapa lah memuda sangat teacher-teacher ni kan? hah! sebab diorang ni student practical early child education punya aliran. Kira MyKids Campus ni banyak hire student aliran ni sebagai tempoh tryer diorang bagi krusus yang dorang amik. Dan most of the teachers yang jaga kanak-kanak ni akan stay untuk 6 months period regardless of training duration la jugak. Bila aku buat survey pasal Taska ni. Memang kat sini banyak amik budak practical untuk uruskan anak-anak. Dalam masa yang sama kebayakkan teacher yang menguruskan anak-anak ni, memang sedia lengkah dengan pengetahuan tentang pendidikan awal kanak-kanak dan tahu untuk uruskan ragam dan tingkah anak-anak mengikut usia. Tak hairan lah kalau dengan teachers Azriel memang jauh lebih behave dan dengar kata berbanding kita sebgai parent. Dalam erti kata lain teacher ni tau macam mana nak handle psikologi kanak-kanak. Nak-nak yang aktif macam Azriel. Dan aku ada juga tanya-tanya parent yang hantar anak masing-masing most of them suka dengan perkhidmatan teacher ni. Sebab anak-anak diorang excited nak datang School katanya. (Samalah ngan anak aku pun, sampai tersalah conteng eyeliner sebab duk desak suh cepat sebab nak pegi school nak jumpa teacher) coii heart break tau mommy. #sentap. Padahal kat Taska tu banyak kawan, buat aktiviti macam2 lepastu ramai-ramai mau diorang tak seronok.
Kami lepak sampai senja, ingat dahnak senja majlis akan beransur kurang tetamu. Nampaknya lepas azan makin ramai yang datang.
Ramai lagi kanak-kanak tapi yang i yang kira suka nak masuk gambar yang lain banyak lari,menyorok dan macam-macam lagi. budak-budak kan? Azriel ni 3 tahun tapi fizikal die macam nak hampir dan sama besar dengan budak 5tahu blakang die. huhu... (anak mommy memang sado).