24 December 2016

Selamat Tinggal PNB Darby Park. Haii Sunway Putra Tower

Ok lama sangat tak update blog kan. Bukan apa, dah nama pun hujung tahun, tanyalah sesiapa pun semua akan kata busy. Lagi-lagi aku sekarang tengah sibuk dengan persiapan untuk pindah ke office baru. Banyak sebenarnya nak di ceritakan. kalau ikutkan semua ni laporan lompat yang mana aku sempat nak update untuk entry kali ini. Busy sangat, alhamdulillah demi menyahut seruan kerajaan #2kerja aku seperti biasa akan terikat dengan jadual media sosial aku dan untuk weekdays pula aku dengan kerja makan gaji aku. So faham-faham lah. 


Tarikh yang sepatutnya kami pinda telah diawalkan seminggu menjadikan kami semua kelam kabut untuk pack barang. Yela untuk aku yang dah berkhidmat kat sini selama 6 tahun. Rasa-rasa korang dah berapa kotak barang aku kena packing. Belum tengok kotak kasut aku lagi. Yer.. aku suka online shopping dan aku suka tinggalkan kasut aku bawah workstation, senang kalau ada any events yang kena attend, aku hanya perlu pilih dan sarung. Eventualy naik train masih hanya berselipar jepun. Selesa lagi. 



Ok menunglah kau sejenak pikirkan kat mana nak campak dan susun barang-barang ni nanti. Bercinta juga nak susun. Asyik fikir, kalau dah tutup kotak ni, nanti nak pakai balik mesti kena bukak balik. Kalau kemas sesiap semua mesti dah tak boleh buat kerja. ishhh haru kejap.


Jujur cakap ini adalah kasut-kasut yang ada bawak meja aku. (dengan bangganya hahaah..) tergamam jugak selepas kemas, dan selepas agihkan kepada yang minat. Sampai ada yang tak pakai lagi pun ada. Oh yer, bukan aku beli semuanya, ada antaranya pemberian dari event yang aku attend. 


En Abu pakse jadi model kotak bersempena persiapan pindah opis baru.. dahtu org xready die dah snap ๐Ÿ“ธ๐Ÿ“ธ ini je gambar terbaik yang hado..#layankansaja #untungdapatbosssporting ๐Ÿ˜๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™Š๐Ÿ˜œ





video

Masing masing sebok mengemas memandangkan dalam minggu tu juga semua orang kena siap kemas dan pack barang masuk kotak.

Ok meh nak tunjuk sikit gambar office baru kami.

video

Dengan budak Oni ni..segala benda akan menjadi ..tak caya? layan...







Office baru ni bercirikan open concept gitu. Open ke tak kita kena tengoklah. Tapi interior design office ni memang cantik. Nak macam Google's office pun yer. Dengan pemilihan warna "color block" usahkan kita yang dewasa, budak-budak pun suka kot. Warna ceria dan pembangkit mood kerja. Cuma yang tak bestnya, bila dah nama pun open concept. Haruslah takda wall between staff, takda cubicle, tak ada hadang, tirai langsir or sebagainya. semua transparent dan glass wall. Open sangat. Tempat duduk antara staff pulak menghadap antara satu sama lain. Hadoi susah lah nak korek hidung macam ni. (hmmmm..) Ingat lagi, masa tu si budak Oni ni, bersembang dengan hubby dia kat phone, paham-paham lah borak manja antara suami isteri. dalam pada duk bisik itupun kami boleh dengar sebutir sebutir ayat nya. (hahahah) sebab tu adalah pondok telefon kat gambar atas tu. Itulah kegunaanya. Agak-agak nak borak dengan pengawai bank yang kejar kita bayar hutang, kau boleh lari masuk dalam pokdok ni. Line clear kata mekema. haha..

Yang tak best lagi, kami dapat tahu bakal di implement konsep 5S 

Apakah itu 5S ?

5S merupakan satu amalan budaya daripada masyarakat Jepun, dengan fokus untuk mewujudkan satu suasana kualiti di sesebuah organisasi yang mampu memastikan standard yang ditetapkan serta menerapkan semangat untuk penambahbaikan berterusan. 5S merupakan singkatan kepada perkataan Jepun iaitu :


Amik nah!! dengar kata kasut kena ada sepasang je bawah meja (nangis bucu dinding lah camni) Dahtu tak boleh lah nak hias cantik-cantik meja kau. Semua kena seragam. Tapi management kena tahu kami buat paperwork mana boleh nak kemas meja macam orang takda keje. Sebab meja kami sentiasa penuh didatangi dokumen-dokumen baru yang perlu kami buat check up. huhu,, Berdoa semoga ia tak kekal lama. 

Cuma terbaru kami dapat tahu yang gelas minuman kami dan segala barang harta benda kami kena simpan basuh dan buat sendiri. Dah tak boleh minta tolong tealady lagi. Semuanya handson yer tuan puan.

So khir kata nanti aku update ape yang sempat in next entry ya. sekian.. bye..

0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!