26 December 2016

Lekas baik sayang Mommy.


Kesian anak mommy. dah lama dia tak sakit, tapi bila dah start memang betul-betul kena jaga. Azriel ni lahir tak cukup bulan satu. Nampak je lasak dan aktif, sebenarnya daya tahan badan dia tak kuat mana pun. Kalau ikutkan aku kurang dedahkan dia dengan persekitaran luar. Boleh dikatakan jarang sekali nak bawa dia ke kawasan umum dan ramai orang. Contohnya bila ke Jusco Mall, dalam Mall tu ada Kidzonna kan? yang mana masuk RM15 dan main lah sampai puas. Adalah dulu kami bawa dia ke sana, tapi asal lepas keluar dari playground Kidzonna je mesti dia akan dapat sakit. Samada selsema, demam atau batuk, takpun cirit birit. Hurm.. Kadang fobia juga nak bawa dia main sebarangan.


Tau saja lah penyakit sekarang macam berlumba lumba kejar glamer. Mana taknya lepas Rota, Neumococal pahtu HFMD sekarang Zika pulak. Ish.. sapa lah pencipta wabak ni. Memang aku kecam sampai bila-bila. Aku sebagai ibubapa memang tak boleh nak elak. Ada je sesetengah parent lain yang sceptical dengan cara aku besar dan didikkan anak. Yer aku mengaku yang kitaorang banyak dedahkan Azriel dengan teknologi gadget yang mana, Azriel di usia 3 bulan dah kami dedahkan dengan Ipad, dan Azriel ada his own phone yang internet access adalah khas untuk dia layari internet. Yer tahu. Gadget akan buatkan anak-anak tak suka bergaul dan kurang peka terhadap persekitaran sekeliling. Tapi melihat pada cara Azriel dia sebaliknya, walaupun dia dengan gadget 24/7 tapi dia tetap aktif dan boleh dikatakan hyper sampai doktor minta kami kurangkan jumlah gula dan elakkan coklat untuk Azriel. Sebab dia dah terlalu aktif. Berkawan dan bergaul pula, yupp dia suka berkawan dan semestinya dia lebih suka bergaul dengan rakan yang jauh dewasa dari umur dia. Alhamdulillah dia pun pandai bawa diri. nak kata kena buli atau kena kacau dekat school tu memang jarang dengar lah. Paling tidak dalam record book dia, teacher akan remark dia menangis sebab berebut barang dengan kawan ataupun merajuk sebab teacher tegur kesalahan yang dia buat. Dan Azriel ramai kawan dari kaum Cina dan India. Yela school dia majoriti pun Cina dan India. Tapi pengasas school orang melayu kita la. So tak ada lah sangat disadvantages kalau dedahkan anak dengan gadget asalkan kita tahu bila dia boleh melayan gadget dan bila dia kena menghadap buku atau buat homework.

Berbalik pada cerita hujung minggu yang mana Azriel dapat batuk dari seminggu yang lepas. So aku ada bawakan ke klinik. Dia demam sikit dan selsema + batuk pakej sakit musim. Doktor cakap viral fever aklah. Dapat ubat semua. Makan ubat berjadual tapi selepas seminggu pun masih tak elok. Azriel ni kalau bab sakit memang seketul ikut Mommy. Susah nak dapat sakit, tapi kalau sakit tawaf lah ahli keluarga hospital rumah klinik sudahnya warded. Hurm,, lain dengan daddy dia, senang dapat sakit dan senang sembuh. Kami dua beranak sepesen tula. Dah bila dia tak juga baik dari batuk, sampai membawa kepada bunyi semacam. Yang mana setahun lepas tak silap dia penah kena batuk macam ni juga. Sampai keluar darah dari mulut. sebab tekak dia dah luka. Aku cuak juga. mak mana wei tak cuak kalau anak kau batuk keluar darah. bertukar ubat klinik sudahnya balik kepada pakar kanak-kanak. Doktor Arbayah An Nur bangi memang doktor Azriel dari kecil. Rekod semua ada situ. Mula doktor cakap symtom yang Azriel dapat masa tu adalah early stage bagi penyakit asthma. Maknanya Masih lite dan boleh dikawal, tapi kalau perkara/symtom yang sama berulang mungkin Azriel boleh dapat asthma kekal macam Mommy. Semestinya kejadian kali ni mengesahkan dia sah pioner penyakit Mommy. Hurm...kesian anak Mommy. Harap kamu kuat ok. Mommy kena start train kamu supaya tahan lasak lepas ni. Sebab nak bagi daya tahan badan kamu setahan Mommy.. hihi (walaupun Mommy pun tak kuat mana)

Apa itu Asma?

Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.
Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.

Asma di kalangan kanak-kanak

Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.
Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun. Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.

Pencetus biasa serangan asma termasuk:

  • alahan dihidu seperti kutu habuk (house dust mite), debunga, spora kulapuk (mould spores), epithelials binatang peliharaan
  • udara sejuk
  • senaman
  • jangkitan sistem pernafasan
  • tekanan emosi
  • aspirin dan ubat seumpamanya
  • Asma juga merupakan satu penyakit yang dikaitkan dengan keturunan.(obviously Mommy puncanya) huhu..

Rawatan / Simptom

Kejadian nafas bersiul dan semput biasanya bertindak balas dengan inhaled bronchodilator yang bertindak dengan menenangkan otot licin ("smooth muscle") pada dinding bronchi (laluan udara). Kejadian lebih teruk mungkin memerlukan pengambilan singkat steroid ditelan yang memendamkan keradangan dan pembengkakan lapisan pada laluan udara.

  • bronchodilator dihidu
  • Short-acting selective beta2-adrenoceptor agonists (ex. albuterol (salbutamol), terbutaline)
  • Antimuscarinics (ex. ipratropium, oxitropium)
  • Systemic steroids (ex. prednisone, prednisolone, dexamethasone)
  • Oxygen to alleviate the hypoxia (but not the asma per se) that is the result of extreme asma attacks.
  • Jika ketidakhadaman asid ("Acid indigestion -GERD") merupakan sebahagian dari serangan, ia juga perlu dirawat atau ia akan memulakan proses keradangan semula.
Dan boleh dikatakan asma Mommy pun masih terkawal dan selalunya ia datang bila Mommy stress atau kepenatan terlampau. Sehinggakan boleh membawa kepada pengsan. Jarang terjadi dan selalunya ia datang bila dapat batuk dan selsema yang teruk. Mommy yakin kamu dikemudian hari akan berkurangan dan akan hilang terus yer.



Anak Mommy kuat dan cergas. Semoga kamu sentiasa berada dalam LindunganNya dan diberikan kesihatan yang baik sentiasa sayang. InsyaAllah.


Outing.. dating.. lepas amik gas terus cargas.. mommy pengsan..😷😷😷😷😩






0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!