24 December 2016

Akhirnya pendek selepas 3tahun dibela.



Selepas 3 tahun, dan akhirnya mommy akur untuk pontong rambut dia. Sorry sayang, mommy tahu yang mommy ada janji akan potong rambut awak bila dah start masuk sekolah rendah, apakan daya, masuk nursery sekarang pun, semua your friends confuse about your gender.




Yup obviously lah yang awak memang mommy punya babyboy, but still some of them tak boleh terima. Yer..yer mommy tahu anak bujang mommy ni cantik, ehh kacak.. hihi.. Syukur sebab Allah anugerahkan mommy anak yang sempurna dan kacak. Melting tengok awak, tenung lama-lama pun takpa. lagi-lagi selepas potong rambut. Kpop habis..


Dan rambut anak bujang mommy ni, mommy sendiri yang potong. Takda hantar kedai, sebab mommy tahu yang anak bujang ni akan buat hal, dan tukang gunting confirm kejar tak cukup tanah. Well Azriel kan. Pengalaman potong rambut dia takdalah susah manapun. Lagipun rambut dia lurus, halus dan senang diurus, cuma dia tak reti duduk diam. Tak habis-habis cakap "mommy ni cepatlah sikit, adik gatal lah, akit..akit amuk gigit" Sebab rambut dah potong so lebihan rambut tu melekat kat badan dia, gatal lah satu badan dia. Jenuh mommy gelak dalam hati. Sebab tengok gelagat dia yang kelakar, membebel macam daddy dia juga. tak reti stop. Dan akhirnya settled juga.




Please jangan chicky sangat boleh tak? mommy melting tau. Huhuhu.. Dia lah nyawa, dialah segalanya. Pembakar semangat dan segala kekuatan. Betul lah orang kata, anak ni penawar segala kedukaan dan penguat semangat dikala kita stress, letih dengan kerja seharian. Kalau penat-penat balik kerja, mengenangkan saat boss membebel dengan dateline kerja kena submit. Bila tengok anak semua jadi lancar. Syukur Alhamdulillah..


Ok sekarang semua dah nampak terang lagi nyata yang saya boy yer. Bab kulit cerah tu, maaf tak boleh tolong dan tak boleh di ubah, sebab saya memang kulit cerah camni dari lahir. Tunggu lah besar sikit kot mana tahu, bertukar sawo matang kan.



0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!