18 November 2016

Saja-saja post














Alhamdulillah tahun depan dia dah 4 tahun, Cepatnya anak mommy membesar, bila anak dah besar dan mula bercakap siap dengan riaksi wajah, rasa tak bosan melayan dia. Azriel ni sejak dah tau buat intonasi siap berdrama ni, melayan dia, adalah therapy terbaik untuk hilangkan penat lelah kerja seharian. Pada aku Azriel adalah penawar untuk segala penyakit. Pada aku, dia adalah sesuatu anugerah yang tak dapat ditukar ganti. Tau tak sekarang kalau ajak borak atau mintak pandangan, bukan aku nak tipu tapi itulah kenyataan, Azriel seorang yang sudi mendengar dan paling best dia seorang yang manja and know how to treat people surrounded tanpa minta balasan.

Dia adalah pelajar favorite kat school. Cikgu semua suka dengan dia, cara dia bawa diri dan senang terima arahan dan pembelajaran dan tahu cara untuk bergaul dengan semua peringkat umur. Paling aku suka dengan dia adalah, dia tahu untuk appreciate and memuji setiap perbuatan atau apa yang aku pakai. Contoh bila aku bersiap ke tempat kerja, waktu pun dia akan bangun, datang dengan muka seksi, sambil peluk aku dan kata "mommy nak work ke?" cantiknya mommy!! melting tau tak. Such a cute little baby boy. Sayang sangat dengan dia. Bila aku balik kerja dia akan cakap"mommy baru balik ke? Mommy adik pandai!teacher ....adik.. ABC123" macam tula.

Bila aku tanya apa dia belajar harini, satu persatu dia akn terangkan apa yang dia belajar. Siap menyanyi yer. Lagi-lagi lagu "satu jari..satu jari..satu jari ..tiktiktik.. tunjuk atas tunjuk bawah satu jari...tiktiktik.. Hahahah cute gila, dan setiap malam aku akan diminta untuk nyanyikan lagu tu.

Mudah jaga Azriel sebab dia seorang yang tak banyak kerenah, dia tahu jam berapa perlu tido, dan seorang yang sangat rajin ke sekolah, even weekend pun akan tanya dan push aku untuk hantar dia ke school. Tapi sorry sayang. Weekend kot!!

Bab makan, hahah sapa yang pernah jaga azriel sebelum ni tahu lah yang anak bujang aku ni, memang bab makan alhamdulillah, jenis yang pantang nampak, asalkan ia nasi putih sama ayam atau ikan. Paling suka dia makan sampai bertambah adalah masak lemak cili api atau kari ayam. Fuuuhhhh korang akan takut tengok dia makan, sememangnya melebihi portion aku makan. Alhamdulillah dia sihat dan kuat juga minum air kosong.

Sekarang pun dia dah start blaja Iqra' muka surat 3 dahpun. ABC 123 dan additional language Mandarin basic. Boleh lah.. untuk dia. Yer aku tahu ada yang akan bising sebab tak bagi perluang untuk dia membesar macam budak lain yang hanya fokus untuk bermain. Tapi bagi aku pendidikkan penting untuk orang hormat dia satu hari nanti sebagai orang yang berilmu. Harapan aku semoga dia berjaya dalam segala yang dia buat dan diberikan kesihatan yang baik. 
  





















0 comments:

Cuba Klik tengok apa jadi!